She is ADILA ...

Saturday, September 14, 2013

3 hari menjelang Hari Ulangtahun ke 23

#PTJM

Selama dua minggu melarikan diri kikikiki dari dunia alam maya ini, aku kembali 3 hari sebelum tanggal Ulangtahun ke 23 pada Rabu ini. Ececcececece ..... feeling birthday girl la sangat.

Ke mana menghilang? Ke mana?
Ok, nak bercerita sikit nih ke mana menghilang selama 2 minggu ni. Ekceli masa 2 minggu ni aku sibuk menguruskan thesis, itu sahaja. Feeling tak sempat nak type entry panjang panjang, aku stop sini ok. 

Monday, September 9, 2013

#Throwback Merdeka Raya PTJM

#Home

Hari nie dah 9 sept sudah. Berkurun lama meninggalkan Ogos, bulan kemerdekaan. Berjanji yang manis manis saja, nak update belog larh. Apeee dah 9hb dah baru bukak belog. Mane cerita Merdeka aku nih? Ini semua gara gara Along balik cuti.

Ok ringkasnya, aku justnak story bout the Merdeka night lah sikit. Sengaja lambat lambatkan update *biarlah wekkkk*. Malam tu aku just celebrate Merdeka kat rumah saja. Dengan Big Box Pizza Hut terbentang atas meja kecik, kami just borak kosong, makan makan plus watching tv. Takde ape yang menarik sgt bab merdeka. Yang menariknya, Mr B ada sekali huhuhuhu... dia lah yg belanja supper dinner kami. Yeayyyyy!

Ok, merdeka sudah.. ok raya kat PTJM belum sudah lagi.

Hehehehe... raya PTJM dibuat hari Isnin, selepas Merdeka yer. 2hb Sept baru baru ini telah berlangsungnya Majlis Hari Raya Aidilfitri Unit Pembangunan...

Happening meriah gila gila. Semua ada... mak datok makanan amat amatlah banyka sekali. Aku juhak tak lokek nak sumbangkan Laksa Penang utk majlis tu. Walaupun tak prepared ape ape, ++ takut staff lain x bawak pape, rupa rupanya sampai penuh meja jugak. Reti jugaklah staff staff ni bawak someting. Almaklumlah, majoriti staff yang ada ialah lelaki.

Well, i stop here for my short nap. I will come back with others story. Taaataaaa...

Monday, September 2, 2013

Wifi dah ada .., yeayyyy

#Home

Gara gara wifi bermasalah semua ni. Aku jadi tak sempat nak update belog. Dah macam macam cerita nka cakap, semua dah lupa. Ini gara gara wifi lah. Hehehehe ...

Hampir seminggu jugaklah tak update belog. Almaklumlah, selain wifi tak menjadi, opsss sebelum tu lagi dah berona malas nak update belog. Mau tak nyer sibuk melaram nak g makan majlis terbuka raya sana sini, ecececece.... bila ada je peluang berhari raya, memang takkan lepaskanlah. Orang ajak makan kan, takkan lah x sudi pulak. Bukan orang ajak nak bergaduh, ye dokkk?

Minggu lepas memang full la jamuan raya sana sini. Department dah banyak buat majlis raya. Ok pergi makan, sikit sikit. Try tu sikit try ni sikit. Dalam hari2 tu, ada jugak yang terpaksa pergi makan 2 tempat sekaliguss. Ok masa tu lupa dah hari apa, rasanya Selasa minggu lepas. Memang meriah ar pegi raya. Mula mula kat TNB, then ke Pejabat Penerangan pulakk... wahahaha ini dah jadi kes membulatkan diri yg sedia bulat ni.

Hari Rabu tu tetiba puasa sehari. Ok masa tu terlepas majlis raya kat Pejabat Pertanian ngn HEA UitM. Alaaaaa .... xpelaahh. Puasa lah sehari. Khamis pulak tetibe tak puasa! Ini gara gara ada majlis kat Unit Hasil pulak. Memang sayang giler tak pegi kan. Ok, yess makan lagi.

Ingat malam tu nak update punggg panggg punggg pangg bab majlis raya + makan makan ni. Tapi menyakitkan hati pulakk bila wifi tak menjadi. Gara gara hujan lebat giler petang Khamis tu. Kilat menyambar modem wifi kat rumah ni. Mujurlah takde berlaku yang lebih teruk. Alhamdulillah, setakat modem apalah sangat. Takut jugak bila di sambar kilat ni macam macam bole jadi. Nauzubillahhh

Ok, sekian setakat ni dulu berbicara. Nanti sambung entry lain pulakkk ;)

Sunday, August 25, 2013

Suprise dari B

#PTJM

Salu pagi pagi camni xde orang kat office. Boleh lah rekex relexkan diri sikit. Tapi dah bt panggilan dah sejak pagi td lagi. Jadi call girl japp. Ehh! Not not .... jadi operator girl . Nanti double meaning pulakkk.

Ok, today melaram ngan beg baru, kasut baru. Aishhhh, lepas raya baru nak melaram kan. Tak kisahlah lepas raya ke masa raya ker, janji dapat hadiah kasut dan beg baru. Ehhh hadiah? Yelaa... hadiah dari cinta hati. Cinta hati salu beli brang barang yang sangat sangat mengujakan. Tak sangka tak sangka dapat beg baruuuu....

FURLA lagiiiiiiiiiiii

Ya Allah, B salu beli barang barang yang tak tercapai dek akalku. Ye, diakui, aku tak mampu nak pakai gorjes gorjes ini. Aku sedar aku hanya anak anggota polis. Setakat manalah gaji abah aku. Lagipun adik2 masih lagi belajar. Takkanlah aku nak menyusahkan abah. Mak pulak tak bekerja. Lagilah kan .... kehidupan kami cukup simple, serdahana saja. Tak kira raya ke ape ke, xde jenama jenama jenama mewah terbalut kat badan ni. Abah hanya mampu bagi yang ala kadar, tapi abah tetap mampu bagi kan. Tu dah kira bersyukur.

Aku akui aku tak pernah kenal barangan jenama jenama ini. Jeans yg aku pakai pun aku beli murah murah saja. Sengaja carik time2 less, dapatlah harga lagi murah. Jam aku pakai hanya Casio. Tu pom harganya tak sampai seratus. Beg pula sekadar beli yang biasa2. Xde pom beg aku cecah Rm50. Membazir je beli mahal mahal. Lagipun aku kesiankan abah. Aku kena pikir jauh lagi nak beli barang barang jenama ni. Mak cakap Tunggu keje, pakai lah nak pakai apa sekalipun, sebab ade duet sendiri.

Itulah kata kata mak ....

Sejak kaple ngan B, B salu beli barang2 branded. 1st time B beli barang kat sayang masa B nak belanja sayang jeans. Sayang ingat lagi kita g KB Mall, masuk Brands Outlet, carik jeans 2helai RM100. B tarik tangan sayang lepas sayang dah try jeans tu. B cakap kita carik tempat lain. Uishhh dalam hati sayang terdetik jugak mahal sangat ke seluar jeans tu. Sebab sayang rasa dah tersangat ok dah 2 helai RM 100. Rupanya lepas keluar Brand Outlets tu B tarik tangan sayang masuk butik Levis. Sayang terkedu .... sumpahh! Sayang tak pernah masuk, lalu depan Levis boleh lah. B suh sayang pilih yang mane sayang nak. Pilih pilih semuanya RM 200++ ... sayang cakap uishhh mahal membazir ... sayang heret tangan B sayang cakap semua tak cantik B. Pahtu B cakap ok, kita pegi Levis dalam bandar pulak. Hahhhhhhh.... Levis jugak ke. Masa kat Levis dalam bandar tu B sendiri carikkan utk sayang. Try tu try ni ... B bayar jean Levis RM 179 kt sayang. Mahalnyer sayang ....

Bila sayang balik rumah, tunjuk kat mak, mak cakap mahalnye, mak marah sayang, mak cakap sayang paksa B beli yang mahal mahal. Sayang cakap tak tak .... B yang pilihkan. Sayang nk hang murah jer. Tu lah hadiah pertama dari B untuk sayang. Tak terucap mahalnya. Dan tu lah jeans yang pertama yang paling mahal yang pernah sayang miliki.

B dah terlalu banyak membeli utk sayang. Next hadiah yang paling mahal. Ok ini semua untuk hadiah yang mahal mahal saja dulu. Yang keduanya sayang terkedu B belikan jam Guess utk sayang. S
Guess kowt .... mahal.... masa B bagi tu B pesan kat sayang, jaga elok2, ni tanda b cintakan sayang. Jam tu bertali coklat, muka dia emas. Cantik sangat2. Terima kasih B...

Masa sebelum raya ritu, B ajak pegi KB beli baju raya utk sayang. Masa tu sayang dah tetapkan nak masuk De Alfa, sebab kat situ murah, 2 pasang RM 150. Sayang grab lah2 pasang warna hitam ngn purple pink, masa nak g bayar tu dah ada promosi sejam murah. Yang pUrple tu 3 pasang RM150, yg hitam tu 2 psg RM 150. Sayang letal yang hitam tu, amik 3 psg. B ckp amik la yg hitam tu cantik. Sayang cakap xpe, ckup dah 3 helai. Tu pom dah mahal. Sayang cakap kat B nati lain kli kite datang beli yang hitam k. Sayang taknak menyusahkan B, bagi sayang orang belanja tu kira ok sangat dah.

Lepas tu tengok kasut pulak, semuanya RM 70++, sayang cuba flat Larrie, sayang letak semula sebab mahal sangat. B suh sayang amik, tapi sayang kata xnak. Sayang taknak susahkan B.

Yang terbaru sekali kita pegi RP, sayang dah niat nak beli kasut ngn beg. Memang sayang pakai kasut jelly shoes kat RP jer. Tak mahal, cuma 30inggit jer. Lepas tu sayang masuk tengok beg, beg candy furla, RM 130++. Sayang try angkat beg tu. Wahhh cantiknyaa. Kaler biru sama ngan kasut jelly sayang baru beli tadi. Sayang letak semula beg tu sayang cakap mahal sangat. Adik sayang pulak sibuk nak beli purse Furla RM50. Sayang tak bagi sebab mahal, membazir. Lepas tu kita g makan kan B. Sayang belanja B hihihihihi. Jarang jarang sayang kena belanja B jugak.

Lepas tu B suh sayang jalan jalan pegi kat kereta. B nak g beli buah. Sayang g jela ngn akak. Teman akak jalan jalan. Lepas tu sayang masuk dalam kereta tu, akak turun pulak nak beli kacang. Takpe, sayang tunggu B ngn akak. Lepas tu, semua dah ada dalam kereta, sayang drive balik Machang terus. Lepas hantar B,B pesan balik rumah terus. Ok, B. Sampai rumah, tengok dalam bonet ade plastik hitam besar. Sayang hairan ape yer. Bukak bukak, guess what?????

Beg Furla biru tadi + ngan purse lagi ......

B !!!!!!!!!!!!!!! Kenape suprise kan sayang lagiiiikkkkkkkkk

Friday, August 23, 2013

Mohon berhati hatilah ketika di atas Jalan Raya

#Home

It sound macam nak membebelkan. Whatever la nak bebel ke ape ke, yang penting... ni haaaa mpnak menasihat kat korang korang semua ni. Menasihat ape yer? Sebagaimana tajuk di atas, nak menasihatlah sikit selaku orang tua (opsss tua ke? Taklaaa, sebaya keknis je kowt), mohonlah , tolonglah berhati hati ketika di jalan raya.

Kenapa yer? (Ade jugak yang bangang nak tanya)

Sebabnya malang ini memang tak de bau dekk. Memang tak terbau jika namanya malang. Kalau kita tahu bila malang tu nak menimpa kita, confirm confirm dek ooiii xdakk yang nak keluaq masa tu. Haaa... betulkannn. Tak semua orang bernasib baik di atas jalan ni sebenarnya.

Macam kita tahu, musim perayaan selalunya kita sering dikejutkan dengan berita kemalangan. Sana sini orang eksident. Nak balik rayalah, lepas balik raya lah.... boleh dikatakan xdakk hari raya tanpa kemalangan kat Malaysia nie. Kenapa nak tukar mood raya jadi mood sedih nie? Kenapa? Kenapa? Setengah orang cakap "saya dah berhati hati dah, dia mai langgaq saya. So kat sini nak salah kat sapa?" Hadoiiii, memanglah sometimes kita dah berhtai hati dah masa memandu, tiba tiba pungg pangg punggg panggg yang lain datang langgar kita. Jadi mangsa jugaklah kita. So, disini bukan sorang dua patut bersikap hati hati, profesional di atas jalan raya. Tapi seluruh rakyat Malaysia patut bertanggungjawab ke atas individu lain bila berada di jalan raya. Di situlah kemalangan boleh dielakkan. Tak perlu AES bagai, cuma perlukan SIKAP. Yer, ayuh Malaysia, ubahlah SIKAP mu.

Lets me share sebuah cerita, baru berlaku beberapa hari saja di kampung saya. Kemalangan melibatkan dua buah motorsikal. Bertembung satu sama lain, dikatakan sebabnya lampu motor yang samar samar. Parah jugak kedua duanya. Bila dah jatuh sakit, makin beratlah beban yang harus ditanggung. Dah lah beban yang ada sudah berat, ditambah pula yang ini. Yang bersalah akan menyalahkan dirinya sendiri. Bagaimana pula dengan tidak bersalah? Ini lebih parah, kesian dia, sudahlah tua, ditimpa malang lagi. Khabarnya dia berada di HUSM Kubang Kerian dalam keadaan separa koma. Masyaallahhh ... yang lawannya pula patah bahu kita, serta mengalami pendarahan teruk pada organ dalam badan. Doakan mereka sama sama selamat yer kawan kawan ...

Pssss, lepas ni tolong hati hati. Ingat nyawa kita serta nyawa orang lain sekali. Peace!

Inai Kenanga kebanggaan Malaysia

#Home

Proud of abang Zul 2 by 2, who remind him? Alaaa... yang DCT duet buat kali pertama tu la. Lagu Kau Mawarku... ingat tak ingat takkkk???? Why i said proud to him? Because he is one of the director of IMW, and produce Inai Kenanga dredger!

Fulamakkkk....

The Malaysia Books of Record telah mengiktiraf Inai Kenanga sebagai the number 1 biggest dredger in Asian and number 3 largest dredger in the world! Well done Malaysian well done...

Dengan kejayaan ini, Malaysia boleh berbangga dengan anak Malaysia kerana berjaya mencipta nama di persada dunia dalam industri perkapalan. Tahniah sekali lagi .. berbanggalah Malaysia!

Thursday, August 22, 2013

I had made BREAKFAST very Well !!!! Good job Adila

#Home

Alhamdulillah alhamdulillahhh alhamdulilllahhhhh ....
Benda yang tak disangka sangka happen jugak in this morning. Guess what? I had make a brekafast yeayyyyy... akhirnya aku dah yakin dengan diri aku sendiri yang sebenarnya aku reti memasak.

How pity am I right?

Yes, i know well myself. I had told everyone that I can't cook, I do not know how to cook. For a long time I wish I want to cook. I want to say that I very good in cooking. Actually dah lama aku ikut mom masuk dapur, i look her way on cooking. I tried to remember what she make tohave a good taste. I always said to her that I dah pandai masak, after tengok mom masak. Gila kan! Semudah tu aku ucap "Ala dah pandai masak itu, ini, after tgk mak masak". Hoiiii perasan gilaaa...

Lastly, Tuhan tu beri jalan untuk aku , barangkali lah. Mom demam, tak sihat. Kebetulan di pagi Jumaat yang indah ini aku tak work. So, aku dah agak dah aku la kena masak pagi ni sebab mom dah tak larat sangat. Ok, nevermind. Bila lagi aku nak tunjuk skill aku kan. Ok, lepas aku bagi Oren makan (mioeww aku) aku start jerang air dulu. Yela jerang air kan agak lama. So, better jerang air dulu, nak bt air laaa makcikk weyhh. So, aku potong ayam kecik kecik.

Disebabkan dari semalam lagi aku rendam mihun, so xde masalah laa kan. Tumbuk tumbuk bawang merah dan putih sikit, panaskan kuali, letak minyak. Lepas tu bila kuali dah panas, aku campak bawang bawang tu... amboiii lagak bagai cheff la konon. Ok, takper. Aku potong sawi sikit. Bila tumis bawang tu dah masak, aku letak 3 sudu cili yang dah dikisar. Lepas tu campak ayam... letak air sikit, then biarkan ayam tu masak tu. Lepas tu aku letak ajinomoto, garam then mihun. Mula mula macam kering kan, aku dah tak terfikir dah nak bt macamana, then toinggggg .... baru teringat mom letak air, so, syurhhhhhhh masukkan air... ok good menjadi. Aku letak sawi, kicappp sikit sebab nampak pucat la mihun aku. Tanya akak dan adik, dah bau ke mihun ala nih? Dah ala... dahhh.... ok amik sudu, taste.. ok very good. Tutup api, then amik mangkuk, letak mihun.

Masa tu la jugak akak done bt air. Ok, panggil mom abah makan sama sama. Sedapppppp, abah puji!!! Ya allah... akhirnyaaaa. I done it well!

Kemangan maut di Genting Highlands

Takziah aku ucapkan buat keluarga mangsa mangsa nahas terbabit. Tak mampu rasanya nak beritahu yang aku tak mampu nak tengok gambar gambar kemangan tersebut. Sedih sangat hati ini. Tapi dek kerana sifat ingin tahu menebal nebal dalam jiwa ini, aku godek godek jugak segala macam portal tentang kes ini.

Banyak sangat reaksi dari rakyat rakyat kita tentang nahas tersebut. Dari pembacaan aku, ada seorang abang ini (pemandu bas henti henti) yang jadi saksi pertama kejadian ini. Sebab abang tu bawak bas ekori bas malang tu. Abang tu fikir bas tu tak sempat nak kawal bas, tambah tambah dengan overload passenger tu. Masa tu jugak lah brek gagal berfungsi. Abang tu cakap dia namoak kesan tayar brek kat permukaan jalan tu, kiranya driver tu dah berusaha untuk mengelak kejadian ini berlaku. Tapi apakan daya .....

Then abang tu cakap dia dengarlah suara jeritan sebelum bas terhempas jatuh dalam gaung tu. Ya Allah cuba bayangkan kita sudah tahu maut di depan kita. Masyaallah. Berdiri kejap bulu roma. Pemandu bas, penumpang mesti dapat tengok maut menghampir mereka. Takutnya Tuhannnn .... Boleh nampak yang bas tu terjunam teruk dalam gaung. Itu pun kira bernasib baik sebab terletak dekat pokok besar, kira bas tu tergantung kat pokok tu la. Kalau tidak lagi dalamlah bas tu jatuh. Sebab tu jugaklah pihak bomba sukar nak keluarkan mangsa mangsa. Mereka sedaya upaya buat yang terbaik, teliti, berhati hati takut bas tu jatuh ke dalam gaung yang dalam lagi.

Kebanyakan yang terselamat adalah mereka yang tercampak keluar dari bas. Dari pembacaan aku, aku tengok mangsa mangsa yang terhimpit himpit itulah mangsa yang maut. Yang terselamat adalah mereka yang tercampak ke luar. Ada sorang gurl ni, dia sempat call ayah dia beritahu yang dia dalam gaung, bas eksiden, jangan risau dia cuma patah kaki. Bayangkan apa persaan ayah dia masa tu...

Banyak spekulasi timbul pasal nahas ni. Salah satunya syarikat bas ini nak kaut untung banyak. That why yang jadi overload passenger. Bila overload, bas tak dapat nak tampung beban yang banyak. Tambahan lagi, keadaan jalan bercerun di Genting Highlands. Lagi spekulasi timbul, macamana pengurusan bas boleh bagi bas bergerak aktif sedangkan bas itu sudah pun berada dalam BLACKLIST SPAD. Ini sangat sangat lah tidak patut dibiarkan berlaku. Nampak sangat bas dah ada banyka problem, tapi tetap dibenarkan bergerak. Inilah yang mendatangkan padah dan kecelakaan pada orang ramai. Tentang pemandu bas yang baru berkhidmat 2 bulan jugak jadi isu. Yelah, walaupun sebelum ini dia pernah jadi pemandu bas jugak tapi di Singapura, bukan bermakna dia mampu berkhidmat di Genting Highlands. Kawasan bercerun hanya layak pada yang arif dan cekap sahaja.

Walau apapun spekulasi timbul, pihak pengurusan bas patut amik iktibar tentang kejadian ini. Kni soal nyawa manusia lain, bukan soal wang ringgit. Nak kaut untung sekalipun, fikirlah tentang orang lain. Jangan jadikan orang lain jadi mangsa atas kerakusan anda tu. Walau apapun, takziah swkali lagi diucapkan. Tak kira bangsa apa sekalipun, kita wajar bersedih kerana kita telah kehilangan rakyat kita.

Tuesday, August 20, 2013

Andai memori itu boleh di"reset"

#PTJM

Perasaan hari ini bercampur baur. Terlalu bercampur baur. Ada sendu sedih di getar suara ini. Rindukah aku pada masa silam? Kenapa merindu lagi? Bukankah rindu itu sudah hilang. Bukankah rindu itu sudah kusumpah biar takkan datang lagi. Bukankah sudah ku berdoa siang malam agar ditutupi segala pintu pertemuan?

Aku manusia biasa. Ada hati dan perasaan.

Bila sudah ku letak dia dalam memoriu, terlalu sukar untuk dipadam. Malah aku terpaksa memaksa diri ini untuk melupakan. Kasih ku tabur sekian lama, seikhlas mungkin, dibajai dengan penipuan belaka. Hancur luluh hati ini tatkala diri ditipu hidup hidup. Sia sia aku sayang dia.... hanya sia sia belaka.

Kenangan lalu buat aku rasa takut dan berhati hati sayangkan orang. Bukan apa, aku belajar dari kesilapan lalu. Jangan terlalu suka menyayangi orang, kelak merana. Biarlah si dia menabur janji sayang setia bagai sekalipun. Aku tetap dengan berhati hatiku. Sebab hati ini terlalu rapuh untuk menyayangi, terlalu mudah dilukai.

Tuhan, andai boleh aku hilangkan masa laluku, aku benarkan ia hilang. Agar hilang juga sakit dihati ini, agar hilang juga dendam kesumat ini. Masa lalu, pergilah engkau, amanlah kau disana ..............


Sunday, August 18, 2013

Kun Fa Ya Kun

#Home

Terasa berat hati nak mulakan cerita. Entahlah, seperti membuka pekung di dada sendiri. Seperti membuka masalah peribadi sendiri. Sisi sedih yang tak pernah orang lain tahu. Sisi di sebalik gambar gambar mesra kami. Sisi itu sisi kelam, sisi gelap, sisi sedih yang tak dapat diungkap dengan kata kata.

Soalan demi soalan menjengah di fikiran. Sakit hati, marah, geram bercampur baur. Tak salah menilai, mengkritik, tapi biar berpada. Biar tahu menjaga hati orang. Aku budak U, bakal pemegang skrol ijazah tahun depan. Bakal bergelar pegawai, mungkinlah ... (aminkan), datang pula dari keluarga yang berkemampuan (walau bukan anak orang kaya). Tapi keluargaku cukup segalanya.

Dia, sekadar budak lepasan SPM yang terkontang kanting bekerja keras di sebuah bundle. Share dengan rakan kongsi sebuah kedai di pinggir bandar, menjual barangan bundle (orang kata barangan lusuh). Jual segala macam jenis benda, tak kira baju bola, kasut, jeans, jam, wallet, belt dsb .... Kadang kadang fly ke Hatyai (bukan dengan airplane, but by car). Dia pulak hanya memiliki sebuah skuter Nouvo. Ibunya golongan ibu tunggal yang hanya bekerja kampung (mengurut orang, menoreh padi). Rumahnya kayu yang serdahana kecil. 

Persoalannya?

Layakkah dia berdampingan dengan aku? Mata ramai menggeleng, katanya tidak sesuai. Aku budak U, dia hanya peniaga bundle. Aku anak orang senang, dia pulak dari keluarga yang sangat sangat biasa. Kenapa orang menilai begitu? Tak layak ke aku berkawan baik dengan dia? Takut jatuh miskinkah aku bila hidup dengan dia nanti.

Senang cerita begini ....
Biarlah Tuhan tentukan jodoh kami. Biarlah dengan takdir Tuhan itu yang mempersatukan kami berdua. Andai Tuhan tu dah tetapkan jodoh kami sudah tertulis di Luh Mahfuz, siapa kami untuk menghalangnya. Andai benar dia jodohku, satukanlah kami dengan sempurnanya. Biarlah ajal yang memisahkan kami andai benar kami bukan ditakdirkan untuk bersama.

Yang pasti kami percaya pada Kun Fa Ya Kun......

_xoxo_

Setelah bertahun tak keluar outing bersama

#PTJM

Mood hari Ahad bekerja dah on. Please la, dah minggu kedua selepas raya pun masih ramai staf amik cuti. Hadoiii.... tinggallah terkapai kapai budak budak praktikal sorang, dua tercongok dalam ofis ni. Buat buat rajin pulak aiii.

so sekarang nie mata tengah melayu nak tidur. Jam dah pukul 3.15 petang. Mengantukkk bagai. Tetibe nak update belog. Kelmarin tak sempat nak uodate belog. Sebab outing dengan old best friend. Fulamakkkkkk! Best weyyy

My old best friend tu Zula namanya. Mengenali dai sejak mula mula berhijrah ke Balai Polis TM. Kat situlah detik detik perkenalan kami. Rumah dia kat blok depan rumah aku. So berkawanlah kami. Dulu selalu keluar ke bandar sama sama. Then suka melepak kat Esso, makan makan icecream sambil lepak usha usha abang aband Esso. Nakal betul.

Masa berlalu pantas. Dia ke sekolah asrama penuh, aku pula ke sek men biasa. Dia pulak berpindah keluar dari berek polis tu. Then keluarga aku pulak stay situ sampai lah aku tamat SPM. Then disitulah aku berhijrah ke Kuala Krai, sebelum menetap tetap di Machang. Sekarang ni kami sama sama sekali lagi tinggal kat Machang. Cuma berlainlah kawasan saja. Aku di Bandar Machang, dia di hujung daerah Machang. Kami selalu jer chat kat FB. Tapi kelmarin lain. Dia ajak aku keluar!

So, aku cancelkan terus date aku dengan Mr B demi dia. Berusaha kowt, sebab dah lama tak outing sama sama. Banyaknyer kami borakkan. Dari Machang, aku dan dia ke Pasir Puteh, pegi kedai Eco Save. Semua barang barang kat kedai tu harganya RM2 sahaja. Mak aiii .... aku rembat beberapa buah frame gambar, tisu 1 paket, cawan comel 1 set (4 biji semuanya ... gambar smile lagi) then periuk kecik utk masak meggi (kaler Merah makngahhhh). Zula pom borong tak kurang hebatnya. Menghabiskan duet memang kerjaan kami kan.

Then, move again terus ke Kota Bharu. Mula mula plan nak g makan McD je kat WCY. Lepas tu Zula kata dia nak ke Watsons. Dah alang alang nak makan + nak g Watsons, aku cakap better pegi KB Mall terus. Lagi mudah. Kereta terus memecut ke KB Mall. Sempatlah kami makan Mc D Lunch Value sebab masa tu lebih kurang kul 2.30 petang. Lepas makan borak borak lagi kat Mc D, kami start meronda. Dari Guardian ke Watsons, terus naik ke level 2, masuk Reject Shop, Brand Outlets, Vincci then terus turun pergi Thai market kat parking bawah. Sempat jugak aku rembat 3 helai T-shirt kt Brand Outlets. Zula pulak beli peplum kat Thai market. Cantik weyhhh, kaler cokelat soft.

Habislah duet aku sebanyak RM70 hari ini. Hahahaha.... sangat sangat puati bila dapat keluar dengan Zula macam zaman zekolah dulu kala. Then ada beberapa percutian hangat mula kami rancangkan. Hohohoho, tak sabar. End of day, Zula selamat hantar aku kat rumah setengah jam sebelum jam 7 petang. Jumpa lagi Zula!!!

_xoxo_

Friday, August 16, 2013

Picnic Raya

#Home

Sambil sambil upload gambar dalam fesbuk, sempat lagi saya nak uodate belog. Biarpun jam sekarang pukul 12.23am, tetap rajin nak ngedat belog. Ok keletihan kepenatan kekejangan otot dah ni. Tapi masih bersemangat nak menaip disini.

Ekceli sepetang tadi saya menghabiskan masa dengan whole family. Kami ke Pantai Perkasa, Melawi, Bachok. Hohoho sangat2 lah best giler.. dah lama x mandi laut nie. Whole family tu trrdiri daripada makcik makcikku, pakcikku, sepupu sepapat, dan tak lups utk join sama sama dengan kami ialah boyfie saya. Begini lah kami, selalu keluar dengan family, ramai2. Boleh dikatakan xpernah keluar berdua bila jauh dr bandar Machang. Kami sentiasa diawasi oleh family terdekat ;)

Berbekalkan DSLR secondhand saya nie, yg berusia 2 tahun (dibeli tahun 2011 rasanya), kami posingmaut. Gilernyer bergambar hanya tuhan jer tahu. Macam macam aksi! Lompat x lompat, baring la, ape laaa... alahai amat2 happening. Kami semua memang sekepala. Bukan saja sepupu sepapat, malah lebih dari tu. Dah jadi bff, besties forever....

Kekalkanlah kebahagiaan keluarga kami ya Allah.

_xoxo_

Thursday, August 15, 2013

Mencintai dunia masakan

#Home

Pagi ni sengaja aku bangun lewat sikit berbanding selalu. Tak lewat mane pom cuma 9.30pagi jer. Selalunya 6.30 aku dah bangun sebab nak pergi office. Bila hujung minggu ni sengaja aku lewatkan bangun pagi. Sebenarnya tak elok jugak kan bangun lewat. Rezeki susah datang katanya...

So, lepas jer bangun aku biasalah bersarapan dulu. I never skip my breakfast. Niat di hati nak kuruskan badan, tapi tak nak skip sarapan. Sarapan kan bagus utk metabolisme badan. So, dinasihatkan jangan tak makan pagi yer adik adik.

So selesai makan bekpes, mihun goreng, aku start tolong mak. Ok today nak masak kari ayam. Hohohoho, i like it, sebab ianya mudah. Aku yang tak reti masak ni mula mula tengok mak masak kari ayam dah bole tahu dan hafal step step utk btnkari ayam. Nak tahu macamane?

Resipi kari ayam
1. Tumiskan bawang merah yang sudah dikisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan rempah kari. Seelokanya gaulkan rempah kari dengan lada kering yang sudah dikisar. Ia lebih menambat selera serta warna lebih nampak pekat.
3. Masukkan ayam yang sudah siap dipotong dan dibersihkan.
4. Masukkan santan sebanyak mana yang anda suka. If nak kuah banyak, buh la santan banyak.
5. Masukkan kentang dipotong ikut citarasa.
Thennnn siappppp

Mudahkan?
Itulah resipi kari ayam saya. Saya sebenarnya mula mencintai dunia masakan yang tak pernah saya suka dulu. Ini semata mata utk kehidupan saya akan datang. Lebih kepada bakal anak anak saya nanti. Niat di hati saya nak sangat sangat jadi mama yang serba tahu. Insyallah...

_xoxo_

Bloggeroid

#Home

Dah lama dah aku carik application yang direct boleh update belog. Sejak pakai Tab 10.2 nie, beberapa bulan yang lalu, sekarang ni baru aku berani nak godek godek application dalam Playstore. Rupanya bahpnyak sanagt yang aku tahu.

Ok aku jakun sangat2!

Last last aku jumpa bloggeroid. Wahahaaha ini application yang sangat menarik. So sekarang tak payah la nak Google2 tengok nak bukak blogspot. So, sekarang dengan adanya bloggeroid ianya memudahkan aku nak update belog ini.

Ok mr B dah bebel masa ini belum tido lagi. Ok log out dulu, byeee!

_xoxo_

SilkLite bagus untuk kesihatan

#Home

Korang pernah dengar tak barangan kesihatan dari Silklite. Ok meh aku nak share simit dengan korang nie. Kepada yang dah familiar dengan Silklite nie mereka mesti tahu ianya barangan kesihatan seperti mesin urut automatik mudah alih serta selipar kesihatan. Ok Silklite ini produk dia amat amat lah berbaloi untuk dibeli. Mudah, murah, selesa utk dibawa ke mana mana sahaja. Ekceliakupombaru tahu tentang produk ini. Ini semua gara gara seorangakak ni datang nak promote barang nie kat ofis aku.

Aku pulak jenis yang suka sangat membeli. So memang kena lah. Akak tu promote promote bagi aku try test produck dia. Memang la terasa urutan guna mesin tu. Lagipun jenis mesin tu macam ipod, mudah kecik pulak tu utk dibawa. So benda nie x menyukarkan utk dibawa ke mana mana. Essy to use, many function, electrolic, so why not i should'nt buy this thing. It will be benefit for me. So, kerana dek harganya RM29.90 so, why i not grab this chance? So, i made an offer, and akak tu said she will come yesterday to give the thing and collect the money.

So, grab la aku 1 item. Pung panh pung pang pikir wajar or tak, memebazir ke tak. Last last aku diamkan saja rasa hati. Dalam hati ade jugak timbul kekesalan. But, it too late! The thing will be giive by tomorrow. It ok, nevermind. Pujuk hati sendiri. It will be bring a benefit for me. I trust you SilkLite!

Esokknya (petang tadi) akak tu sampai la kat ofis. Hajat di hati nak larik dah x mo bayar and amik barang. Tapi memandangkan this is her job, why i did'nt helped her? So without any perasaan mencurigakan, perasaan menyesal, aku bukak purse, hulur not RM50. She give me the balance, sambil smabiltu dia keluarkan pulak selipar kesihatan. Adoyaiiii....

Dik, amik la dik, 20ya jah..... offer ni dik ...
Ishhh serba salah pulak aku. Kakak weiii, saya nie budak praktikal jer kak weyy. Guna pon sbb duet raya banyak taun nie. Sekali lagi aku tutup mata bayar dengan not 20 yang balanxw tadi. Ok clear RM50 sepetang nie dengan 2 barangan kesihatan. Dalam hati kata xpe barang ni bagus.

Ekceli tak rugi u all if u all beli produk kesihatan. Lagipun benda nie bagus. Kadang kadang kita tak sayang duet beli bayu kasut memahal giler, tapi utk beli produk kesihatan, FAILED! Amatlah tak patut jika kita ignore our body. Give the body some allowance to make it keep fresh always. So, moralnya jangan kedekut utk benda yang berfaedah yer adik adik sekalian. Beg kasut perlu dibeli, di tukar ganti, bila ianya betul2 diperlukan. U all kena ingat u all melaram bagai nie feeling artis ke!

Hahaha ... good night.

_xoxo_

Wednesday, August 14, 2013

Majlis Perpisahan OA Hj Kamaruddin

#PTJM

Today office aku ada buat majlis sikit sempena perpisahan OA dari PTJ Machang ke PTJ Tanah Merah. Aku ada la bawak biskut raya sikit sikit, campur campur sebab dah tak banyak biskut raya kat rumah. Then aku bawak jugak siput goreng aku tuh. Aku bawak sikit jugak, nak bagi officemates rasa biskut raya aku lerrr.

Majlis tu OA yang sponsor sendiri. Dia bawak nasi Arab + sikit sikit biskut raya. Sedap youuuu nasi Arab dia. Sangat sangat lah rajin wife OA bangun pagi pagi semata mata nak sediakan nasi Arab utk staf pembangunan hari ini. Sebab nasi tu agak banyak so, kami panggillah staf staf unit lain. Panggil DO (District Officer). That first time I met DO, very nice guys even look tegas sikit. Sangkaanku meleset bila dia ramah jer dengan staf staf lain, ramah dengan budak budak praktikal macam kami. Alhamdulillah, tak mengira status jugak lah dia.

OA is stand for office assistance, like macam ketua kelas lah. Itu ayat pertama bila aku masuk lapor diri di unit ini. Hahaha... agak alim orangnya, sangat sangatlah hardworking you. Sangat sangat baik tapi agak kurang bercakap. Tak semestinya orang yang kurang bercakap tu sombong yer... Haaa ingat tu. Sebab aku jugak bukan dari golongan yang cakap banyak. Bercakap jugak tapi tak banyak.

Ok lah , untuk OA selamat berkhidmat di tempat baru yer.

_xoxo_

Muka baru , Mood baru

Betapa malasnya tahun 2013 nak update belog. Kusam, tak up-to-date, no followers. Itulah yang terjadi pada belog aku. Kenape?

Sebab Malas.

That the point. Malas sebab ape? Layout tak tukar. Layout nampak childish sangat. Warna yang grrrrrr... Sakit hati rasanya nak nengok. Last last aku update new layout. Yes, semangat berkobar kobar nak update belog. Pembukaan yang menarik dengan cerita raya, cerita pasal internship. Wahahahaha .... seronok!
 
Yang penting, sekali lagi change header belog. Kali ini letak She is Adila .... sama dengan url la plakk . Seem so gorjes, let me presented the new of http://sheisadila.blogspot.com

_xoxo_

Tuesday, August 13, 2013

I am here @ PTJM

#Week 4

Assalamualaikum PTJM . Alhamdulillah sudah 4 minggu berada di sini. Korang semua tak tahu kan (sebab aku tak inform pom... hehehehe) , aku sedang berkhidmat di Unit Pembangunan, Pejabat Tanah Jajahan Machang. Yes, I am.

Berkhidmatnya aku di sini sebagai budak praktikal. Hohohohoho .... yes this is my final semester. Alhamdulillah. Bakal berakhir pada Disember 2013 (yeaaayeaaaahhh tak lama lagi), aku di sini menjalani kehidupan latihan industri dan jugak perlu buat thesis. 

Thesis?!!
Tajuk thesis pom tak sempat aku carik lagi. Haaadoiiii

Memilih untuk berkhidmat di Unit Pembangunan adalah sangat sangat menarik minat aku. Full name department ini adalah Unit Pembangunan Fizikal dan Masyarakat. Create event .... buat itu ... buat ini. Ianya lebih kepada membina sesebuah jajahan tak kira dari segi masyarakat ataupun fizikal seperti bina bangunan, rumah rumah PPRT dsb.

Ok, lets me stop here. I will continue later.

_xoxo_

Zaman makin maju, Jenayah makin Bertambah

#Ini fakta

Siapa setuju zaman moden ini lebih tinggi kadar jenayahnya? Boleh dikatakan semua bersetuju. Zaman sekarang zaman moden, arus globalisasi mengalir bagai air, permodenan tercipta sana sini. Tapi tahukah anda semua, kadar jenayah juga makin meningkat?

Akhbar sana sini menceritakan hari hari berita tentang jenayah. Tak kira jenayah depan mata, jenayah siber semuanya boleh dikatakan setiap hari berlaku. Jika zaman dulu, kiranya pelik jika terdengar berita mati dibunuh. Tapi sekarang! Everybody have a chance to be DIED. Yes, it not just a statement, but it it happen in Malaysia right now. Gejala tembak menembak makin berleluasa. Terpempan sana sini dalam akhbar cerita Mati di Tembak, Mati di Bom. Malaysiaku aman damai kah?

Persoalannya mengapa ia berlaku?
Apakah sistem keselamatan di negara kita longgar?

Banyak persoalan bermain di minda. Salah siapakah semua ini berlaku? Sampai bilakah kadar jenayah di Malaysia semakin hari semakin naik? Adakah kehidupan di Malaysia ini masih selamat? Atau semua orang patut membimbit pistol ketika keluar membeli belah untuk keselamatan diri sendiri?

Renung-renungkan. 

Selamat Hari Raya kawan .......!

Setahun lama menanti, hari lebaran menjelang lagi. Tak kira kecik, tua, muda pasti seronok menjelang lebaran. Dan yang pasti aku turut bahagia di lebaran kali ini.

Kenapakah?

Ini disebabkan kakanda tersayang turut beraya bersama. I heart her so much laa! Along come back home for a week, rasanya tak silap aku 5 hari sebelum raya. Sempatlah dia berbuka di rumah dlm 3,4 hari. Berbuka dengan airtangan ibulah yang paling bererti di bulan Ramadhan. Sepanjang hari menahan diri berpuasa, akhirnya berbuka dengan juadah yang cukup istimewa dari mak.

Juadah tak perlu mewah, tak perlu banyak. Cukup untuk mengalas perut kosong seharian ini pun dah cukup. Berlaukkan ayam goreng pedas, sambal, timun pom mampu membuka selera. Ya Allah, betapa besarnya kenikmatan air tangan ibu ini. Aku pernah tonton siaran WHI, ada membuat liputan tentang Air Tangan Ibu. Tak dinafikan ada sejenis kelenjar aktif yang mampu meransang sesuatu menjadi hebat apabila dibuat dengan penuh keikhlasan. Itulah air tangan Bonda! 

Bercerita tentang persediaan menyambut lebaran kali ini, aku memilih untuk terus menerus SIMPLE. Cukuplah dengan baju sepasang yang cukup elegan. Hahaha, warna biru tiffiny (agaknyanye larh....) jadi pilihan hati. Sedondon dengan kekasih hati lagi euwwwwwww..... (ini gedik)! Taklah, sebenarnya baju yang dikatakan cantik itu adalah baju dinner aku yang aku tak jadi pergi tu. Ekceli baju tu dah lama siap, baju tu untuk malam pra-graduan aku. Tapi disebabkan aku ni agak cerewet orangnya, masa time nak g dinner tu, duet tak baper nak cukup utk beli tudung, aksesori bagai. So, dengan rasa tak bersalahnya aku terus tak pergi dinner tu. So, tanpa membazir berkali-kali, aku pakai jelah baju tu untuk hari raya. Apa salahnya kan , lagipun baju tu tak pernah ku pakai lagi.

Berbaju biru, bertudung pink lembut. Memang masuklah sangat sangat biru tu dengan pink. Aku berusaha jahit border lace kat baju tu then tampal sekali dengan manik. Border lace tu aku pilih kaler pink belacan, then kat atas tu aku jahit pulak manik manik bulat yang kecik kaler tiffany tu. Youuuuu ............ mengancammmmmm! Manik-manik itu siap dijahit sehari sebelum raya. Mak aiii , nak dibuat cerita hari last puasa tu aku jatuh sakit, gara gara balik lewat malam pergi majlis mahasiswa mahasiswi. Pergi majlis tu dapat lah merasa duit raya dari YB Jazlan , RM100 seorang. Alhamdulillah. Lepas majlis tu, aku jatuh sakit, demam selsema. Itu dugaan. MC lah aku hari last puasa, bila lepas sahur tu aku telan ubat, 3 biji, terus segar tak tidur siapkan manik manik. Seharian aku bekerja keras untuk hari lebaran keesokkannya.

Juadah raya? Ok hari raya pertama tu kami menyediakan RENDANG, KETUPAT, KUAH KACANG, PULUT KUNING, NASI IMPIT, serta AGAR-AGAR ANGGUR & ROSE. Air tangan aku semestinyalah agar-agar tu. Ohh, tak lupa pula pada Pavlova yang aku tempah dengan kawan baik aku, Zula namanya. Sedap youuuuuuuu... Mr B yang tolong bayarkan. ILY lahhh hahahaha.... Ramainya orang datang rumah hari tu. Kawan kawan pejabat abah datang, family aku lagi, kawan kawan lagi. Habis licin. Petang tu aku goreng mihun pulak untuk tetamu tetamu. Alhamdulillah habis..... Raya kedua pulak mak buat MEE SOTO. Jemput lagi family belah abah aku. Mak mak sedara, sepupu sepapat, semua datang! Alhamdullillah again habis. Mr B pon datang, dua hari berturut turut lagi youuuuuuuuuuuuu ...... 

Raya seronok tak? Haruslahhhh! Ya Allah aku mohon kau kekalkanlah kebahagiaan ini. Amin.


Aidilfitri 2013
Aidilfitri 2012


Wednesday, July 31, 2013

Janji dia , janji kosong

#Ramadhan23

Baju raya masih takde lagi. Sebelum nie, dia janji nak pegi shopping sama sama tapi, bila dah sampai hari ini, takde istilah nak keluar shopping sama sama. Apa dia tahu, keje keje keje ..............

Terima kasih kerana rajin carik duit. 
Sebab itulah dia sampai takde masa untuk aku. Takde perasaan ke dia? Hurmmmm , ntah lah aku malas nak carik gaduh hanya sebab baju raya. It sound so ridiculous! So, raya tahun ni aku cuba utk suka suka walaupun dalam hati membara nak marah.

Takpe la, aku nak tengok. Ramadhan kan ade beberapa hari lagi kan. Sempat atau tak dia belikan aku baju raya. Kalau tak sempat, memang tak beraya la taun nie. 

Sakit hati jugak kan bila orang tak pedulikan kita!!!

Tuesday, March 12, 2013

Mak .... yang terbaik !

Salam magrib. Baru selesai solat Magrib, kebetulan laptop dah already on, aku rajinkan jari menaip disini.

Malam ini,
Aku tidur di Kb. Along tidur di Sg Buloh. Mak abah adik adik plak di Machang. Semalam, aku dan Along masih tidur sebilik, masih makan malam bersama sama. Tonton tv sama sama. Pergi pasar malam sama sama. Tapi malam ini dah hambar. Tak macam semalam, tak macam 5 hari yang lalu. Kegembiraan 5 hari lalu dah berakhir kan. Bila masing masing sudah meningkat dewasa, inilah episodnya. Itu belum lagi masuk ke alam rumahtangga. Pasti bakal jauh, menjauh dari zaman kanak kanak dulu. Pasti banyak beza dari zaman sekolah.

Teringat zaman sekolah,
Dulu masa aku dan Along di sekolah menengah, adik adik di sekolah rendah. Sama sama pegi sekolah. Sama sama bersarapan. Mak pagi pagi lagi sibuk sediakan sarapan. Masih macam sekarang. Mak selalu siapkan sarapan, tak kira hari bersekolah mahupun weekend. Mak mak! Tak pernah terpisah dengan dapurnya. Air tangan mak tiada bandingannya. Abah sibuk dengan kerjanya. Masa kami bersekolah, abah anggota polis trafik. Tak banyak masa di rumah sebab selalu operasi. Tambah tambah bila bulan puasa, abah jaga speadtrack area Gua Musang. Jauh kan jaraknya dr Tanah Merah ke Gua Musang. Begitulah kami ..... Melalui kehidupan dalam keluarga polis. Mak setia menjaga kami di rumah bila abah keluar bekerja. Mak aku isteri yang terbaik. Ya, yang terbaik yang dimiliki oleh abah aku.

Bila dah meningkat dewasa,
Aku belajar di KB. Disini plak aku duk rumah sewa. Weekend baru nampak muka di rumah. Along? Dia jauh, dia kerja di Sg Buloh. Lagilah jarang balik. 3 bulan sekali baru jejak kaki di bumi Kelantan. Akak? Dia baru habis SPM, tengah tunggu result. Dia amik keputusan kerja sementara kat bandar Machang. Pegi kerja pukul 9pagi balik plak pukul 6 petang. Hari hari begitu kecuali Jumaat dia cuti. Adik? Dia amik PMR tahun ini, jadi dia bersekolah sebelah pagi. Pukul 2 dah ada kat rumah. Balik makan, tido, petang keluar pergi kedai gas abah kat kg bukit tiu. Abah? Lepas balik keje, makan jap tido then petang dia jugak pergi pantau kedai gas. Hari hari begitulah fenomena rumah aku. Yang kesiannya, pada mak. Mak lah jadi penunggu setia ,di rumah. Sambut setiap ketibaan yang datang/balik ke rumah. Tak kira siapa, aku abah akak along atau adik, dialah penyambutnya. Tanpa jemu tanpa mengeluh.....

Semoga mak sentiasa sihat, panjang umur......
semoga setiap ketibaan kami di rumah syurga itu adanya penyambut tetamu iaitu Mak. Yang menyambut dengan penuh kasih sayang, yang penuh kesetiaannya. Yang tak pernah mengeluh menarik muka dengan setiap kedatangan insan insan ke rumah itu. Mak lah yang terbaik.

- Saya sayang mak saya -

Monday, March 11, 2013

Hampir 3 tahun menyulam kasih

Salam petang. Salam sayang !
Teruja sebenarnya nak bercerita, tapi tak pe la, slow slow aku nak mulakan mukadimah awal Mac ini. Excited dalam hati xyah nak cakap ar, memang excited giler oke! Keterujaan dan bersyukur amat diberikan peluang keemasan ini. Peluang ini akan aku jaga sebaik mungkin. Itu janji aku!

Peluang apakah yang bermain di fikiran aku?
Peluang mengiktiraf perhubungan cinta kami ( aku dan dia *kelip kelip mata ). Pengiktirafan bagaimana? Pengiktirafan yg digelar RESTU oleh ibubapa kami ( mak abah aku dan emak nya ). Gembira usah cakap larh. Penantian kami akhirnya terjawab. Penantian kami akhirnya tamat. Kisah dongeng kami mula mekar menjadi semakin realiti. Kisah hati kami mula mencuri tumpuan. Mimpi mimpi indah kami yang diangankan akan tercapai. Tiada kata yang mampu terlafaz kecuali ALHAMDULILLAH!

Berkat usaha kami, sabar kami akhirnya terbalas. Tak sangka hampir hampir tahun ke 3 hubungan ini berlangsung ( Jun 2013 nanti ) hubungan kami beranjak ke peringkat yang lebih serius. Kami hanya minta restu dari mereka, alhamdulillah ianya termakbul. Sekarang, kami terus berusaha utk mengikat tali pertunangan. Tapi tak mungkin tahun ini, sebab dia cakap lepas aku habis belajar barulah dia datang merisik. Hehe ! Siapa tak seronok kan ?! Insyallah jika tiada aral melintang, akhir tahun ini ( 2013 ) aku akan tamatkan bachelor aku. Dan dia cakap insyallah tahun ini jugak dia akan ade bisness dia sendiri. Berdoalah, moga Tuhan permudahkan urusan kami berdua.

3 tahun kami menunggu.
Hampir putus asa. Hampir kecewa. Satu per satu dugaan datang menghimpit kami. Perasaan bercelaru antara keluarga dan kekasih. Perasaan yang tak yakin pada sebuah hubungan. Perasaan yang dah terkecewa. Semuanya jadi satu, semuanya jadi halangan buat kami. Semuanya terpaksa buat pilihan. Akhirnya pilihan itu tiada. Pilihan utk terus bersama terbuka luas utk kami. Ini yang kami minta selama ini. Kesabaran, airmata jadi saksi betapa sucinya kasih kami. Bukan utk sehari dua kami berkasih. Kami mahu kasih sayang yang utuh dan abadi. Tiada perbezaan taraf disini. Kami sama, kami bercinta berkasih sayang sebab kami tahu kami mampu bina kehidupan kami bersama nanti.

Abah mak,
Terima kasih diatas restumu. Mak cakap, tiada halangan jika benar jodoh kami kuat. Doa ibu doa yang mustajab. Doa ibu doa yang terbaik. Semoga dia pilihan hati yang sangat tepat utk aku. Semoga dia boleh menjadi imamku, cikguku, doktorku. Semoga dia mampu jadi suami yang soleh, bapa yang mithali pada anak anak kami nanti. ( Aminkan bersama )

Awak,
Terima kasih sebab mampu menelan segala pahit manis dalam hubungan ini. Terima kasih kerana mampu menerima dia yang serba kekurangan ini. Terima kasih kerana sanggup berteduh di hati ini. Akan saya buktikan yang diri saya akan menjadi yang halal buat awak. Awak tunggu yer, akan tiba jua masa itu nanti :)

Monday, March 4, 2013

Baucer ohhh Baucer

Selamat petang di kota bharu. Selesai sudah masuk kelas pertama pada semester terbaru. Hehe, saya jadi super senior yer adik adikku. Semester 5 sudah. Alhamdulillah, tiada sebarang halangan sejak 5 tahun sudah belajar di Universiti Teknologi Mara Kelantan. Semester 5, semester terakhir utk saya masuk kuliah. Semester depan insyallah jika diberi umur yang panjang, saya sudah praktikal. Tak sabar tak sabar ngeee :D

Siapa yg boleh bersabar sejak sekian lama duk belajar? Terasa bagai nak pegang duit sendiri. Lebih tepat lagi, mau bekerjalah. InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan. Kalau boleh, lepas jer praktikal nak bekerja terus. Tapi yelah, tak semudah mulut yang berbicara tuh. Tapi, itulah impian di hati!

Kelas pertama macam biasa. Lecturer hanya brief subject. Ade jugak yang tak masuk kelas. Minggu pertama masih holiday oke :D Ramai budak budak baru hoii. Kenal sangat lah budak baru, diorang kan bawak salinan X-Ray yang besar gedabak. Haha kenal sangat lah kan. Ok normal budak baru masuk sem baru. I mean baru datang laa haha, pergi carik kelas. Eh eh ... ade pertambahan bangunan blok larh. Almaklumlah, kampus kota kan. Bangunan kecik jer, tapi student ramai. Batch Bachelor, malam lak batch PLK, PJJ. Penuh lah seharian. Kelas pack! Timbul masalah bila nak buat kelas ganti.

Hari ini ramai yang beratur amik baucer buku. Alaaa ,,, yang RM250 tu kan ngeee :D mula mula teruju nye! Sanggup beratur panjang nak dapatkan baucer. Selesai tang baucer, mula pikir eh nak pegi kbmall lah. Nak beli alat tulis. Kan nak start kelas! Oke pegi lah ke kbmall dengan roomates. Bawak kereta kan :D mudah nak bergerak sikit. Masuk lah Popular. Bukan main ambik bakul, kaya kan duet banyak nih nak memborong. Mudah jer, ambik jer satu per satu. Perasaan nak shopping satu Popular tu mak kau! Mula mula sekali pegi amik Buku 1 Hari 1 Resipi. Mak berkenan sangat nak buku tu. Hari tu pegi pinjam yang maksedara. Tapi tak best lah nak memasak takkan asyik pegi pinjam yang orang. Oke pegi lah amik buku tu. Then yang lain lain aku borong la stationary. Banyak lah jugak :)

Tang tang nak pegi bayar, ade sorang kakak tu, keje kat situ. Dye tegur la aku nak guna baucer ke? Aku jawab la ye la, nak guna baucer nih. Kak tu pun cakap lah, baucer tu nak kena guna utk beli buku 80%, then for stationary only allowed 20% ! Hapeee 20% jer. Aku nih dah terlebih dah. Total total aku kena tambah sebiji lagi buku kira kira dalam RM40. Sebab aku nak guna baucer RM100. So dengan muka sedihnya aku pegilah letak segala bagai stationary yang tak penting. Amik yang penting penting jer untuk baucer RM50.

Kenapakah begitu?

Setahu aku tak pernah pom bersyarat. Kena kali ini kena bersyarat syarat. Tidak ke stationary tu pentingjugak? Nak cakap tak dapat untung bila student beli stationary sahaja, tipu lah tak untung. Kalau setiap student tu berbelanja RM100 untuk stationary, dah dapat untung yang banyak kan. Entahlah, aku tak tahu plak kena sem ni susah plak nak guna baucer buku. Disini bukan nak cakap kami tak mo beli buku dengan baucer sedia ada tu. Tapi yang masalahnyer, buku kami tidak dijual di kedai kedai buku yang open tuh. Hanya dijual di universiti sahaja. Nak guna kat U plak, pihak U hanya jual buku sahaja, stationary tak dijual. Susah susah ! Hmmm lebih baik lain kali bagi saja dalam bentuk tunai. Untuk keuntungan semua pihak. Setuju tak ?

Pray for Lahad Datu

Semester 5 sudah ... Liku liku semester akhir bermula hari ini. Alhamdulillah sebab dikurniakan umur yg panjang oleh Allah SWT. Semester baru, azam baru. Buang yang keruh, ambil yg jernih. Tak gituuu heee :D

Mac 2013, digembarkan dengan peperangan di Lahad Datu Sabah. MasyaAllah ! Tragisnya kejadian ini. Aku selalu update dekat page PDRM di Facebook. Di situ banyak komen komen, berita semasa tentang kejadian di sana. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa terdetiknya sayu di hati kecil ini. Sebab aku jugak dalam kalangan keluarga PDRM yang besar ini. Abah ku juga anggota polis. Abahku juga perajurit tanah air. Semua anggota PDRM itu bagai keluarga besarku. Sayu hatiku bila dapat cerita seorang demi seorang perajurit gugur di medan perang. Memikirkan anggota yang mempunyai anak anak yg masih kecil dan tak tahu apa apa menyebabkan hatiku sedih. Tumpang derita bila bercerita tentang Lahad Datu.

Doakan insan yang kerdil lagi lemah ini, semoga semua perajurit perajurit negara selamat di medan perang. Aku hanya manusia yang lemah yang mampu menitip doa dalam berjuta doa doa rakyat Malaysia. Semoga Allah sentiasa melindungi perajurit perajurit tanah air. Amin ....

Thursday, February 28, 2013

Rahsia Muda Jelita by NURBEAUTYLINE SOY COLLAGEN

Hadir dengan 2 perisa, iaitu Soya dan Coklat, aku menyakini tagline nya Rahsia Muda Jelita :) Sudah 4 bulan aku mengambil supplement tambahan utk kulit aku, so dengan perasaan gembiranya, aku merasakan kulitku makin cerah dari hari ke hari.

Harganya cukup berpatutan bagi aku yg tiada fixed income. Hanya RM 60 bagi 3 kotak, ianya cukup untuk kegunaan sebulan. Minum sekali sebelum tidur aku cukup yakin dengan produk ini.

Terima kasih NURBEAUTYLINE :)

-xoxo :D-

Feeling sedih jap nak balik U

Hewwhewwwheww

Di luar masih hujan. Sejuk. Buat mengantuk. Even belum mandi lagi, tapi disebabkan kesejukan itu, aku tetap sejuk (++ malas mandi hiksss) . Buruk perangai. Walaupun diluar hujan agak lebat, kipas dalam bilik aku tetap berputar. Nak tambahkan kesejukan katakan.

Feeling puteri bagai, bangun lewat setiap hari, sarapan terhidang siap di meja! oh syahdunya. Tapi jangan bimbang, ianya bakal berakhir tak lama jer lagi. Ok, counting! Hari ni, esok dan lusa. Yess lusa mau berangkat kain baju ke rumah sewa di KB. Oh cuak gila rasanya. Nak drive ulang alik mak abah tak bagi, sebab jauh ( bia sejam jer ponggg) + + takut letih nanti sampa tak sempat nak study. Disebabkan tak dapat pujuk mak abah, so kena stay jugak kat rumah sewa utk semester yang terakhir.

Time please move it quickly :) i'm begging

Semester baru, azam baru namun ia jadi semester yang terakhir sudah. Ehh bia betikkkkk . Ye, betik di pokok! haha . Akhirnya, sampai jugak ke semester yang terakhir. Bakal merindui zaman di universiti. Bakal merindui kelas kelas yang sudah berjaya ponteng, merindui lecturer lecturer yang salu di usha usha. Semuanya bakal dirindui. ( lap lap air mata )

Sumpah lepas nie, bakal rindu gila pada U!  hermmmssssss ..... waaaaaaaaaa

-xoxo :D-

Kehidupan lebih bermakna dgn FAMILY

Petang petang sambil layan Kerana Sarah, merajinkan jari jari (exercise la konon nyer) menaip entry baru. Teruja nak bercerita tentang family. Family segalanya bagi saya.

Alhamdulillah syukur punyai family yg cukup bahagia. Dan cukup besar hehehe. Seronok ada keluarga bahagia. Walaupun along jauh di Sg Buloh, saya tak pernah rasa kurang. Sebab adanya sepupu sepupu yang comel comel dan lucu lucu semuanya. Family saya memang sangat talkative.

Macam tadi, kami anak beranak berkumpul nak tengok LTDL 2013. Kebetulan laluan Ltdl tu depan umah atok saya. Apalagi, kami nerkumpul sakan beramai ramai tengok. Lucu, macam macam ragam dibuatnya. Tambah seronok lagi bila MrB masuk kepala dengan family saya. Bertambahlah seronokku.

Oklah saya out dulu.

-xoxo :D-

Wednesday, February 27, 2013

Untuk Bakal Suamiku

Tiap jari yang menari tiada apa yang berlagu di hati
Cuma menanti sesuatu yang pasti
Yang indah , yang kekal abadi di dunia ini

Buat bakal suamiku
Pimpinlah tanganku bersamamu
Yakinlah aku bahawa tanganmu layak memegangku
Layak menjadi imamku, layak menjadi nakhkodaku

Istana indah di alam mimpi
Menjadi igauan setiap isteri
Moga kau menjadi penyeri
Di setiap kehidupan hari hari

Aku memerlukanmu atas dasar kasih
Atas dasar sayang
Tiada balasan yang mahal ku tuntut
Cuma sebuah janji termetri ikatan di sanubari

Jadilah seorang lelaki yang selayaknya menjadi suami
Yang layak mendidik seorang isteri
Yang layak menghuni sebuah rumahtangga yang abadi
Yang layak dicontohi oleh zuriat zuriat mu nanti

Doaku
Moga kamu memenuhi impianku
Melaksana tugas tugasmu
Yang mampu memimpin tanganku
Memegang amanatmu


Sunday, February 24, 2013

Last Semester Break

Februari dah nak berlalu pergi, aku baru berkesempatan nak update belog.

Sorry, awal tahun berjanji bagai nak selalu follow up disini. Nampaknya tidak menjadi. Maafkan saya (versi Miss Wan). Banyak benda dah di storymory kan disini. Al maklumlah, tiada sebijik artikel pom terpempan disini. Uishhhh pemalas...

Begini ceritanya.
Dah berbulan madu lama sangat time time semester break, tambah tambah bila duet semakin hari semakin menciput, aku mula menyibukkan diri, nak bekerja la al kononnya.... Farah, kezen aka bff aku dah terbang ke keyL, stay dengan aunty kat sana. Diorang ade bukak bisnes sikit sikit, so Farah nih keje kat sana la. Memula nak pegi keyL dengan Farah, last minit tukar plan! Haha . Aku suh Farah g try dulu seminggu dua, then bila keadaan dah oke, aku nak fly lah plak ke sana. Alahai tak menyempat dua minggu, si Farah dah fly back. Apekes?!

Dia bercerita bagai pung pang pung pang .... Last last aku batalkan niat nak fly! Fullstop duk umah, tadah tangan mintak duet ngn along dan abah . Haha bertuah badan :D

Tibanye CNY. Ni part yang best nak bercerita ni. Kak ma, dia offer aku jadi photographer wedding kawan dia. Dekat jer lah, area Machang jugak. Aku memula tak ready, oittt ingat mudah kea nak shot brides. Tawaran demi tawaran di buka. Kak ma offer kat member dia RM250 untuk 100 keping 4R. Countim bagai, okey RM380 utk 200 keping 4R, 6 keping 8R dan 1 full album. Murah gila babasss.... Tak per lah lagipun bukannya profesional mane. Aku shot utk akad nikah, sanding dan jugak bertandang. 2 hari gua ngn Farah penat! Hasilnya bersih dapat kat aku dalam RM150, alhamdulillah. Rezeki Allah.

Lepas jer CNY, aku terbang ke Pahang. Jumpa atuk nenek sat :) with abah, mak dan adik !

Now, aku sedang bershopping sakan di Munduk with kak Ma, Farah, MrB, adik dan yakak. Happening gilosss. Duet plak bagai air keluar syurhhhhhhhh.....

Apepun, Sabtu nih aku kena balik study kat KB semula. Utk semester 5, last sem sebelum praktikal. Insyaallah, hujung tahun ini aku akan menghabiskan degree aku. Doakan aku yer.

-xoxo :D-

Monday, January 28, 2013

Setia Hujung Nyawa

Ehemmm ehemmmm ....
Update tentang cerita slot Akasia jam 7 petang di TV3 setiap Isnin hingga Khamis.

Pasti korang tengok kan?
Pasti ada komen yang tersendiri....

Ohhh gilakan Zain Hakimi .... Ersalina Amani....

Saya jugak teruja menontonnya. Malang sekali, saya perlu menonton melalui portal Tonton. Yelah, masa tu kan time Magrib, abah saya memang melarang sesiapa menonton tv masa tu. Sebab time tu la kita kena solat Magrib, mandi. Masa pulak singkat.

Even saya menontonnya di episod 6, dah terlepas 5 episod terdahulu. Sebab mula mula tengok macam menariklah. Bermulalah tengok masa mak si El ngan mama si Zain mengenenkan mereka berdua. Masa mula mula kahwin memang sweet kan depa. Tapi, bila time El gugur, semuanya berubah.

Boleh dikatakan banyak sangat nasihat dan pengajaran di sebalik cerita ni. Yang pertamanya, si mama El tu tak patut menyembunyikan hal sebenar kepada El. El patut tahu, perkara tu tak perlu disorokkan. Senang sama sama, susah mesti sama sama jugak kan. Mungkin abah dan abang El ada pandangan sendiri. Perkara yang besar macam tu perlu dibawa berbincang bersama. Memanglah sukar tapi itulah sebaiknya. Yang keduanya, even kita berkawan baik sebaik baik mana pun dengan seseorang, janganlah semua cerita kita perlu bagitaw kat kawan kita. Perlu ada cerita yang boleh diceritakan, dan perlu ada dirahsiakan untuk keselamatan diri sendiri. Macam Zain, dia terlalu percayakan kawan dia, Hady, tanpa dia tahu Hady telah menikamnya dari belakang. Kan mudah orang buat jahat tu kan. Last sekali, terimalah hakikat bila kekasih kita, orang yang paling kita sayang dah ada orang lain. Belajarlah hormati dia. Macam bekas kekasih El tu tak nampak macam menghormati Zain walhal dia tahu si El ni isteri orang.

Well, apa saja yang berlaku kita perlu amik iktibar, amik contoh dan belajarlah untuk memahami dan juga menerima.

-xoxo :D-

Sunday, January 27, 2013

Perempuan yang tak reti memujuk

Pelik tapi benar ....

Ikhlas ku akui aku lemah bahagian pujuk memujuk ini. Dengan lebih tepat lagi aku ni FAILED! Itulah kelemahan aku. Time buat B sakit hati dengan aku, aku tak reti pujuk langsung. Dan B plak mengada ngada. Eiiii ..... nak suh aku pujuk macamane tak taw laaa.

Tapi bahagian buat dia frust memang akulah JUARA !

Bila dia start jer tarik muka dengan aku, aku mula gabra. Macamana nak buat, aku tak reti pujuk pujuk. Aku pandai mintak maaf. Cuma sekadar maaf jer la. Berulang kali aku janji tak mao buat lagi tapi hujung bulan nanti gaduh pasal hal yang sama lagi.

Adila ....... Adila ........

Sabarnya dia dengan aku hanya Tuhan jer yang tahu. Aku mane tahu dia ni amat amat sensitif orangnya. Oke, sekarang dia masih lagi dalam mood merajuknya itu. Haissshhh dah berminggu minggu aku rasa kami bergaduh hari tu, tapi tak jugak oke oke. Aku plak rasa cuak nak buat masalah lagi dengan dia. Akhirnya aku jugaklah kena tukar MODE... Off mode NAKAL, dan ON mode BAIK. Semuanya utk abe saye saya!

-xoxo :D-

Thursday, January 24, 2013

Gewe B gudddd

Orang kata setiap perkataan yang baik baik yg kita sebut itu umpama Doa...

MrB selalu puji saya good. Walaupun saya tak sebaik mana, dan tak jadi sebaik dia, dia tetap saya cakap good. Bila saya cakap jangan puji saya good lagi, dia balas, B nak sayang jadi gud selalu.

Cukup terharu bila dia selalu doakan yang terbaik buat saya.

Dia kekasih terbaik yang pernah saya miliki. Sentiasa menyokong saya dari belakang, sentiasa positif bagi nasihat untuk saya. Sentiasa buat yang terbaik untuk saya. Yang paling terharu, dia tak pernah menyakitkan hati saya walaupun sekali sejak hampir 3 tahun kami couple.

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat jadi kekasih tercinta dia. Walaupun dia tegas, dia kuat cemburu, dia agak mengongkong saya, saya tahu itu semua terjadi sebab dia nak buat yang terbaik untuk hubungan kami. Dia selalu sebut moga saya jodohnya, sekali gus jadi isteri yang solehah buatnya. Terharu tak? Punyai kekasih yang terlalu menyayangi kita sehingga dia sensitif dan menangis bila kita mengabaikan perasaan dia.

Saya sayang dia. Dan saya juga harap kekasih saya yg tersayang ini jadi Jodoh saya.

-xoxo :D-

Bisnes makin maju... Syukur Ya Allah

Salam petang.

Petang petang, baru lepas solat Asar sengaja on lappy. Tak taw nak buat ape time time cuti sem ni, so apa salahnya kalau update blog. Baru balik shopping sebenarnya ni. Sambil sambil nak tunggu tengok Setia Hujung Nyawa :) shopping kah sangat? hahahahahaha

Alhamdulillah, syukur dengan rezekiMu Ya Allah ....

Tak terucap syukur kepadaMu. Tak pernah terlintas atau tergerak hati nak bukak bisnes. Family bisnes lebih tepat lagi. Niat hati tergerak pada Ramadhan tahun lepas. Bermulalah disitu, aku dan ayah Ne (my close uncle) teman aku pergi SSM (Suruhanjaya Syarikat M'sia) dan daftar niaga atas nama aku. Nama abah tak boleh daftar sebab dia anggota polis, nama along pom tak boleh sebab kakitangan kerajaan.

Disitulah terbinanya NZ Mutiara Solution....

Kami menjalankan perniagaan gas LPG. Terletak di sebuah kedai di Kg Bukit Tiu, kami beroperasi lebih kurang 5-6 bulan. Alhamdulillah permintaan bagus. Ekceli kami beruntung sebab guna kedai sendiri, jadi tak memerlukan kedai untuk menyewa. Cuma pada awalnya abah beli lori untuk angkut gas. Kemudian beli pulak motorsikal roda tiga untuk kegunaan seorang pekerja. Abah hanya hired seorang pekerja sahaja, memandangkan segala urusan abah, adik dan beberapa orang ahli keluarga lain membantu (bapa saudara, sepupu sepupu). Thanks u all.

Perniagaan semakin hari semakin bagus sebab makin ramai orang mengenali NZ Mutiara Solution. Dan abah jugak mampu memiliki sebuah lagi asset kegemarannya iaitu Mitsubishi Triton. Makin berkembang perniagaan kami dari hari ke hari. Alhamdulillah. Moga perniagaan ni terus kekal dan semakin berkembang lagi. Aku tumpang seronok jugak bila abah dengan baik hatinya bagi kereta Kenari merahnya itu kepadaku. Abah kata gunalah kereta tu sampai kerja, sampai betul betul kukuh ekonomi untuk beli kereta lain. Huhuhuhu thanks abah. Lot of luv !

-xoxo :D-

Wednesday, January 23, 2013

Jangan diusik kenangan silam

Hari tu... aku masih ingat lagi hari tu....

Satu per satu aku singkap cerita lama. Kenapa? Sebab aku tertengok gambar dia bersama perempuan lain. Masa tu perasaan dah hilang, dah tiada apa apa lagi perasaan utk dia. Satu per satu gambar aku belek. Bahagianya dia... sepertimana aku bahagia.

Kemudian, aku dikejutkan dengan berita tahun baru yang cukup pilu. Dia selamat menikah dengan perempuan tu. Alhamdulillah, semoga dia bahagia. Hati tak pernah sama dengan mulut ketika berbicara. Nampak tak ikhlas kan? Aku pernah sehidup semati dengannya. Tipulah kalau aku tak sedih, tipulah kalau aku tak goyang. Tapi aku tetap pujuk hati aku, segala yang berlaku ada hikmahnya. Ada hikmahnya.... Aku jugak bahagia dengan kekasih aku. Tak jujurkah aku sayang dia.... Tak, aku terlalu sayang dia. Terlalu sayang dia. Cuma dalam hati ini tak pernah luntur nama MFA. Entah kenapa, berulang kali aku cuba, kenapa nama dia masih terpahat dalam jiwa.

Sekali lagi aku terima berita. Ini lain pula ceritanya. Dia sakit. Terkejut jugak aku bila aku dapat tahu dia sakit. Dalam hati aku, aku cuma doakan semoga dia cepat sembuh. Itu saja yang mampu aku lakukan. Semoga dia cepat sembuh. Wife dia baik, mungkin sebab tu kot dia memilih perempuan itu jadi isteri terbaik buatnya. Semuanya ada hikmah. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Semoga dia cepat sembuh dan semoga dia bahagia sampai akhir nyawa. Semoga jadi suami yang terbaik yer .....

-xoxo :D-

Saturday, January 19, 2013

Dia juga mampu bahagia

Salam petang.
Petang yang mendamaikan, petang yang tiada kekusutan di fikiran. Sambil sambil tengok ulangan Juara Lagu ke 27, aku tarik charger laptop, bersantai di depan tv sambil jari menari nari di laptop.

Si dia disini?

Sebenarnya petang ini sengaja aku ingin menulis tentang dia. Dia yang pernah bertakhta di hati aku. Dia yang pernah aku ucap ayat cinta, sayangkan dia. Dia ialah MFA! (sila godek godek entry lama saya oke) Dia kini sudah berkahwin, secara automatiknya dia adalah laki orang.

Tiada rasa apa apa apabila aku tahu dia sah bergelar suami orang baru baru ini. Sedih pom tak, suka pom tak. Bagi aku, aku bukan sesiapa yang utk menidakkan kebahagiaan dia. Dia mampu memiliki kebahagiaan dia sendiri. Seperti aku, yang kini lebih bahagia tanpa dia :) cuma disini aku nak ucapkan "Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia sampai akhir hayat". Amin .....

-xoxo :D-

Friday, January 18, 2013

Semakin lama berkasih .....

Lamanya tak singgah disini :)
Setelah berminggu minggu menyibukkan diri dengan study sampai lebam, jadi sekarang telah sampai masanya utk berjimba bersuka ria di semester break yang berlangsung pada hari ini...

okey lah bila diberi cuti walaupun hanya 6 minggu sebelum bermulanya semester terakhir. Wah macam tak percaya pulak nak abis dah degree aku. Happy face! Tak disangka sangka budak nakal sepertiku ini jugak mampu menggenggam segulung ijazah (insyaallah andai diberi kesempatan dan dipanjangkan usia).

Lama aku mengasingkan diri dari dunia siber sejak study week 3 minggu lepas. Alhamdulillah berkat kesabaran aku belajar dapat jugaklah aku menjawab final exam dengan tenang. Cuma hanya sangkut kat paper Investment. Oh bagai nak mati bila soalan susah. Tapi aku tetap jugak buat. Moga moga tak sia sia aku memberikan jawapan walaupun aku sendiri tak baper sure!

ok malas nak berbicara pasal paper yg baru saja tamat pagi td. Gilos cepat aku terbang balik ke Machang. ohhhh hati rindu rumah! Sebab itulah lepas jer keluar dewan aku terus berlari balik kat rumah sewa and collect all my things, then move balik Machang terus.

korang..... aku nak share something. Ini soal hati, soal perasaan. Boleh tak aku luah disini?
korang taw tak bila dah lama berkasih, macam macamlah berlaku. aku tak rimas, tapi aku takut bila kerap kali bertelegah, bergaduh, buat kita makin renggang dengan pasangan kita. Betul ke apa yg aku rasa ni? Atau aku sebenarnya takut pada sebuah pergaduhan yg boleh mencetuskan perhubungan ini retak. Aku tak mau bergaduh biarpun selalu aku buat masalah. Sory disini aku tak curang k. Kadang kadang ntah lah aku tak terpikir benda yg aku buat bole mencetuskan marah si dia.

Beginikah keadaannya bila hubungan makin lama? (berfikir)

-xoxo ;D-