Dari dulu lagi saya memang tak suka aktiviti lasak.
Pengalaman jatuh dari tempat tinggi buat saya tak percaya pada tangga
(dulu pernah ada experience jatuh dari tangga sebab panjat tempat tinggi hihi)
Alahan pada tangga ni masih ada rupanya.
Ianya berjaya dikesan bila first time involve dengan aktiviti lasak.
Sapa pernah pergi sini?
Mesti ada dikalangan korang yang memang suka tempat tempat macam ni.
Konfem korang memang dah pernah jelajah tempat ni kan.
Bukan setakat kat Shah Alam tapi sampai ke Langkawi !
Bukan sekadar orang dewasa je boleh datang ke tempat rekreasi ni, malah budak budak pun boleh turut serta mencuba aktiviti lasak ini.
Kalau korang nak tengok sejauh mana anak korang mampu jadi lasak, sangatlah dialu alukan datang ke sini. Seronok sangat.
Paling best bila datang dalam team @ by group. Kat situ korang boleh tengok diorang punya performance, teamwork macamana.
Location:
Taman Botani Negara Shah Alam
Opening hours:
Saturday, Sunday, *Public Holiday
Time:
8.30 am- 3.00 pm
Second Location:
Burau Bay, Langkawi
Opening hours:
Daily
Time:
9.00 am- 3.00 pm
Kat sini juga ada rules dia. Rules dia lebih kepada minimum tinggi seseorang peserta serta maksimum berat. Ketinggian korang mestilah 1.1m - 1.5m beserta berat tidak melebihi 100kg. Rules ini sangatlah penting disebabkan ia ada kaitan dengan aktiviti lasak ini. Boleh mengundang kemalangan atau sebarang kecederaan jika peserta mempunyai kurang ketinggian atau lebih berat badan.
Please refer Price below
Those yang berminat nak datang cuba cuba uji tahap kelasakan anda bolehlah layari laman web tertera dibawah. Disarankan anda perlu menjelaskan bayaran penyertaan anda secara online. Ini memudahkan anda dan para petugas di sana juga. Availability tempat juga diambil kira. Lebih bagus jika anda bergerak dalam kumpulan dan kumpulan anda hanyalah diberikan tempoh masa selama 2 jam untuk menghabiskan 20 cabaran di sana.
Layari Skytrex Adventure untuk lebih info
No comments:
Post a Comment