She is ADILA ...

Monday, January 28, 2013

Setia Hujung Nyawa

Ehemmm ehemmmm ....
Update tentang cerita slot Akasia jam 7 petang di TV3 setiap Isnin hingga Khamis.

Pasti korang tengok kan?
Pasti ada komen yang tersendiri....

Ohhh gilakan Zain Hakimi .... Ersalina Amani....

Saya jugak teruja menontonnya. Malang sekali, saya perlu menonton melalui portal Tonton. Yelah, masa tu kan time Magrib, abah saya memang melarang sesiapa menonton tv masa tu. Sebab time tu la kita kena solat Magrib, mandi. Masa pulak singkat.

Even saya menontonnya di episod 6, dah terlepas 5 episod terdahulu. Sebab mula mula tengok macam menariklah. Bermulalah tengok masa mak si El ngan mama si Zain mengenenkan mereka berdua. Masa mula mula kahwin memang sweet kan depa. Tapi, bila time El gugur, semuanya berubah.

Boleh dikatakan banyak sangat nasihat dan pengajaran di sebalik cerita ni. Yang pertamanya, si mama El tu tak patut menyembunyikan hal sebenar kepada El. El patut tahu, perkara tu tak perlu disorokkan. Senang sama sama, susah mesti sama sama jugak kan. Mungkin abah dan abang El ada pandangan sendiri. Perkara yang besar macam tu perlu dibawa berbincang bersama. Memanglah sukar tapi itulah sebaiknya. Yang keduanya, even kita berkawan baik sebaik baik mana pun dengan seseorang, janganlah semua cerita kita perlu bagitaw kat kawan kita. Perlu ada cerita yang boleh diceritakan, dan perlu ada dirahsiakan untuk keselamatan diri sendiri. Macam Zain, dia terlalu percayakan kawan dia, Hady, tanpa dia tahu Hady telah menikamnya dari belakang. Kan mudah orang buat jahat tu kan. Last sekali, terimalah hakikat bila kekasih kita, orang yang paling kita sayang dah ada orang lain. Belajarlah hormati dia. Macam bekas kekasih El tu tak nampak macam menghormati Zain walhal dia tahu si El ni isteri orang.

Well, apa saja yang berlaku kita perlu amik iktibar, amik contoh dan belajarlah untuk memahami dan juga menerima.

-xoxo :D-

Sunday, January 27, 2013

Perempuan yang tak reti memujuk

Pelik tapi benar ....

Ikhlas ku akui aku lemah bahagian pujuk memujuk ini. Dengan lebih tepat lagi aku ni FAILED! Itulah kelemahan aku. Time buat B sakit hati dengan aku, aku tak reti pujuk langsung. Dan B plak mengada ngada. Eiiii ..... nak suh aku pujuk macamane tak taw laaa.

Tapi bahagian buat dia frust memang akulah JUARA !

Bila dia start jer tarik muka dengan aku, aku mula gabra. Macamana nak buat, aku tak reti pujuk pujuk. Aku pandai mintak maaf. Cuma sekadar maaf jer la. Berulang kali aku janji tak mao buat lagi tapi hujung bulan nanti gaduh pasal hal yang sama lagi.

Adila ....... Adila ........

Sabarnya dia dengan aku hanya Tuhan jer yang tahu. Aku mane tahu dia ni amat amat sensitif orangnya. Oke, sekarang dia masih lagi dalam mood merajuknya itu. Haissshhh dah berminggu minggu aku rasa kami bergaduh hari tu, tapi tak jugak oke oke. Aku plak rasa cuak nak buat masalah lagi dengan dia. Akhirnya aku jugaklah kena tukar MODE... Off mode NAKAL, dan ON mode BAIK. Semuanya utk abe saye saya!

-xoxo :D-

Thursday, January 24, 2013

Gewe B gudddd

Orang kata setiap perkataan yang baik baik yg kita sebut itu umpama Doa...

MrB selalu puji saya good. Walaupun saya tak sebaik mana, dan tak jadi sebaik dia, dia tetap saya cakap good. Bila saya cakap jangan puji saya good lagi, dia balas, B nak sayang jadi gud selalu.

Cukup terharu bila dia selalu doakan yang terbaik buat saya.

Dia kekasih terbaik yang pernah saya miliki. Sentiasa menyokong saya dari belakang, sentiasa positif bagi nasihat untuk saya. Sentiasa buat yang terbaik untuk saya. Yang paling terharu, dia tak pernah menyakitkan hati saya walaupun sekali sejak hampir 3 tahun kami couple.

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat jadi kekasih tercinta dia. Walaupun dia tegas, dia kuat cemburu, dia agak mengongkong saya, saya tahu itu semua terjadi sebab dia nak buat yang terbaik untuk hubungan kami. Dia selalu sebut moga saya jodohnya, sekali gus jadi isteri yang solehah buatnya. Terharu tak? Punyai kekasih yang terlalu menyayangi kita sehingga dia sensitif dan menangis bila kita mengabaikan perasaan dia.

Saya sayang dia. Dan saya juga harap kekasih saya yg tersayang ini jadi Jodoh saya.

-xoxo :D-

Bisnes makin maju... Syukur Ya Allah

Salam petang.

Petang petang, baru lepas solat Asar sengaja on lappy. Tak taw nak buat ape time time cuti sem ni, so apa salahnya kalau update blog. Baru balik shopping sebenarnya ni. Sambil sambil nak tunggu tengok Setia Hujung Nyawa :) shopping kah sangat? hahahahahaha

Alhamdulillah, syukur dengan rezekiMu Ya Allah ....

Tak terucap syukur kepadaMu. Tak pernah terlintas atau tergerak hati nak bukak bisnes. Family bisnes lebih tepat lagi. Niat hati tergerak pada Ramadhan tahun lepas. Bermulalah disitu, aku dan ayah Ne (my close uncle) teman aku pergi SSM (Suruhanjaya Syarikat M'sia) dan daftar niaga atas nama aku. Nama abah tak boleh daftar sebab dia anggota polis, nama along pom tak boleh sebab kakitangan kerajaan.

Disitulah terbinanya NZ Mutiara Solution....

Kami menjalankan perniagaan gas LPG. Terletak di sebuah kedai di Kg Bukit Tiu, kami beroperasi lebih kurang 5-6 bulan. Alhamdulillah permintaan bagus. Ekceli kami beruntung sebab guna kedai sendiri, jadi tak memerlukan kedai untuk menyewa. Cuma pada awalnya abah beli lori untuk angkut gas. Kemudian beli pulak motorsikal roda tiga untuk kegunaan seorang pekerja. Abah hanya hired seorang pekerja sahaja, memandangkan segala urusan abah, adik dan beberapa orang ahli keluarga lain membantu (bapa saudara, sepupu sepupu). Thanks u all.

Perniagaan semakin hari semakin bagus sebab makin ramai orang mengenali NZ Mutiara Solution. Dan abah jugak mampu memiliki sebuah lagi asset kegemarannya iaitu Mitsubishi Triton. Makin berkembang perniagaan kami dari hari ke hari. Alhamdulillah. Moga perniagaan ni terus kekal dan semakin berkembang lagi. Aku tumpang seronok jugak bila abah dengan baik hatinya bagi kereta Kenari merahnya itu kepadaku. Abah kata gunalah kereta tu sampai kerja, sampai betul betul kukuh ekonomi untuk beli kereta lain. Huhuhuhu thanks abah. Lot of luv !

-xoxo :D-

Wednesday, January 23, 2013

Jangan diusik kenangan silam

Hari tu... aku masih ingat lagi hari tu....

Satu per satu aku singkap cerita lama. Kenapa? Sebab aku tertengok gambar dia bersama perempuan lain. Masa tu perasaan dah hilang, dah tiada apa apa lagi perasaan utk dia. Satu per satu gambar aku belek. Bahagianya dia... sepertimana aku bahagia.

Kemudian, aku dikejutkan dengan berita tahun baru yang cukup pilu. Dia selamat menikah dengan perempuan tu. Alhamdulillah, semoga dia bahagia. Hati tak pernah sama dengan mulut ketika berbicara. Nampak tak ikhlas kan? Aku pernah sehidup semati dengannya. Tipulah kalau aku tak sedih, tipulah kalau aku tak goyang. Tapi aku tetap pujuk hati aku, segala yang berlaku ada hikmahnya. Ada hikmahnya.... Aku jugak bahagia dengan kekasih aku. Tak jujurkah aku sayang dia.... Tak, aku terlalu sayang dia. Terlalu sayang dia. Cuma dalam hati ini tak pernah luntur nama MFA. Entah kenapa, berulang kali aku cuba, kenapa nama dia masih terpahat dalam jiwa.

Sekali lagi aku terima berita. Ini lain pula ceritanya. Dia sakit. Terkejut jugak aku bila aku dapat tahu dia sakit. Dalam hati aku, aku cuma doakan semoga dia cepat sembuh. Itu saja yang mampu aku lakukan. Semoga dia cepat sembuh. Wife dia baik, mungkin sebab tu kot dia memilih perempuan itu jadi isteri terbaik buatnya. Semuanya ada hikmah. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Semoga dia cepat sembuh dan semoga dia bahagia sampai akhir nyawa. Semoga jadi suami yang terbaik yer .....

-xoxo :D-

Saturday, January 19, 2013

Dia juga mampu bahagia

Salam petang.
Petang yang mendamaikan, petang yang tiada kekusutan di fikiran. Sambil sambil tengok ulangan Juara Lagu ke 27, aku tarik charger laptop, bersantai di depan tv sambil jari menari nari di laptop.

Si dia disini?

Sebenarnya petang ini sengaja aku ingin menulis tentang dia. Dia yang pernah bertakhta di hati aku. Dia yang pernah aku ucap ayat cinta, sayangkan dia. Dia ialah MFA! (sila godek godek entry lama saya oke) Dia kini sudah berkahwin, secara automatiknya dia adalah laki orang.

Tiada rasa apa apa apabila aku tahu dia sah bergelar suami orang baru baru ini. Sedih pom tak, suka pom tak. Bagi aku, aku bukan sesiapa yang utk menidakkan kebahagiaan dia. Dia mampu memiliki kebahagiaan dia sendiri. Seperti aku, yang kini lebih bahagia tanpa dia :) cuma disini aku nak ucapkan "Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia sampai akhir hayat". Amin .....

-xoxo :D-

Friday, January 18, 2013

Semakin lama berkasih .....

Lamanya tak singgah disini :)
Setelah berminggu minggu menyibukkan diri dengan study sampai lebam, jadi sekarang telah sampai masanya utk berjimba bersuka ria di semester break yang berlangsung pada hari ini...

okey lah bila diberi cuti walaupun hanya 6 minggu sebelum bermulanya semester terakhir. Wah macam tak percaya pulak nak abis dah degree aku. Happy face! Tak disangka sangka budak nakal sepertiku ini jugak mampu menggenggam segulung ijazah (insyaallah andai diberi kesempatan dan dipanjangkan usia).

Lama aku mengasingkan diri dari dunia siber sejak study week 3 minggu lepas. Alhamdulillah berkat kesabaran aku belajar dapat jugaklah aku menjawab final exam dengan tenang. Cuma hanya sangkut kat paper Investment. Oh bagai nak mati bila soalan susah. Tapi aku tetap jugak buat. Moga moga tak sia sia aku memberikan jawapan walaupun aku sendiri tak baper sure!

ok malas nak berbicara pasal paper yg baru saja tamat pagi td. Gilos cepat aku terbang balik ke Machang. ohhhh hati rindu rumah! Sebab itulah lepas jer keluar dewan aku terus berlari balik kat rumah sewa and collect all my things, then move balik Machang terus.

korang..... aku nak share something. Ini soal hati, soal perasaan. Boleh tak aku luah disini?
korang taw tak bila dah lama berkasih, macam macamlah berlaku. aku tak rimas, tapi aku takut bila kerap kali bertelegah, bergaduh, buat kita makin renggang dengan pasangan kita. Betul ke apa yg aku rasa ni? Atau aku sebenarnya takut pada sebuah pergaduhan yg boleh mencetuskan perhubungan ini retak. Aku tak mau bergaduh biarpun selalu aku buat masalah. Sory disini aku tak curang k. Kadang kadang ntah lah aku tak terpikir benda yg aku buat bole mencetuskan marah si dia.

Beginikah keadaannya bila hubungan makin lama? (berfikir)

-xoxo ;D-