Salam petang. Salam sayang !
Teruja sebenarnya nak bercerita, tapi tak pe la, slow slow aku nak mulakan mukadimah awal Mac ini. Excited dalam hati xyah nak cakap ar, memang excited giler oke! Keterujaan dan bersyukur amat diberikan peluang keemasan ini. Peluang ini akan aku jaga sebaik mungkin. Itu janji aku!
Peluang apakah yang bermain di fikiran aku?
Peluang mengiktiraf perhubungan cinta kami ( aku dan dia *kelip kelip mata ). Pengiktirafan bagaimana? Pengiktirafan yg digelar RESTU oleh ibubapa kami ( mak abah aku dan emak nya ). Gembira usah cakap larh. Penantian kami akhirnya terjawab. Penantian kami akhirnya tamat. Kisah dongeng kami mula mekar menjadi semakin realiti. Kisah hati kami mula mencuri tumpuan. Mimpi mimpi indah kami yang diangankan akan tercapai. Tiada kata yang mampu terlafaz kecuali ALHAMDULILLAH!
Berkat usaha kami, sabar kami akhirnya terbalas. Tak sangka hampir hampir tahun ke 3 hubungan ini berlangsung ( Jun 2013 nanti ) hubungan kami beranjak ke peringkat yang lebih serius. Kami hanya minta restu dari mereka, alhamdulillah ianya termakbul. Sekarang, kami terus berusaha utk mengikat tali pertunangan. Tapi tak mungkin tahun ini, sebab dia cakap lepas aku habis belajar barulah dia datang merisik. Hehe ! Siapa tak seronok kan ?! Insyallah jika tiada aral melintang, akhir tahun ini ( 2013 ) aku akan tamatkan bachelor aku. Dan dia cakap insyallah tahun ini jugak dia akan ade bisness dia sendiri. Berdoalah, moga Tuhan permudahkan urusan kami berdua.
3 tahun kami menunggu.
Hampir putus asa. Hampir kecewa. Satu per satu dugaan datang menghimpit kami. Perasaan bercelaru antara keluarga dan kekasih. Perasaan yang tak yakin pada sebuah hubungan. Perasaan yang dah terkecewa. Semuanya jadi satu, semuanya jadi halangan buat kami. Semuanya terpaksa buat pilihan. Akhirnya pilihan itu tiada. Pilihan utk terus bersama terbuka luas utk kami. Ini yang kami minta selama ini. Kesabaran, airmata jadi saksi betapa sucinya kasih kami. Bukan utk sehari dua kami berkasih. Kami mahu kasih sayang yang utuh dan abadi. Tiada perbezaan taraf disini. Kami sama, kami bercinta berkasih sayang sebab kami tahu kami mampu bina kehidupan kami bersama nanti.
Abah mak,
Terima kasih diatas restumu. Mak cakap, tiada halangan jika benar jodoh kami kuat. Doa ibu doa yang mustajab. Doa ibu doa yang terbaik. Semoga dia pilihan hati yang sangat tepat utk aku. Semoga dia boleh menjadi imamku, cikguku, doktorku. Semoga dia mampu jadi suami yang soleh, bapa yang mithali pada anak anak kami nanti. ( Aminkan bersama )
Awak,
Terima kasih sebab mampu menelan segala pahit manis dalam hubungan ini. Terima kasih kerana mampu menerima dia yang serba kekurangan ini. Terima kasih kerana sanggup berteduh di hati ini. Akan saya buktikan yang diri saya akan menjadi yang halal buat awak. Awak tunggu yer, akan tiba jua masa itu nanti :)
Monday, March 11, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment