Salam .. singgah sebentar disini. terasa lama sangat tak menulis. otak dah jem dah! idea banyak tapi masa takder. sedih betul .... x boleh ker time time idea mencurah curah datang tu, terus masuk menaip disini? kalaulah begitu .......... kan senang heeeeeee =)
setelah hampir sebulan duk tersengih dekat kedai jam tu, haaaaaaaa sini ... nak share something tentang jam. ape korunk tahu tentang jam? brand? lagi ... alaaaaaa takkan sekadar brand jer kowt. oke sini aku nak share something tentang jam.
brand brand yg sentiasa dikelilingi oleh aku setiap hari ada brand dr Casio, Lusenzen, QnQ, Roscani, Crocodile, Harvard Polo Club, Dano Polo, GA Blue, Alexus Christy, Carlo Cardini, Hegner, Buzz, Claudia, Orient, USSR Eagle, Onjsh (2 jer kowt hehehehehe .. lupa sat). setiap brand, dia ada kelebihan dan kekurangan masing masing. yang tu tak dapat nak elak lah kan.
kita pilih jam ni kena ikut kesesuaian dengan tangan kita. kalau boleh carilah yang saiznya ngam ngam dengan tangan kita. selain brand, kita kena utamakan kualiti jam itu sendiri. bukan bermakna harganya mahal, kualitinya elok. seperti contoh dari brand Roscani, jenis model berlian(women watch) jarang yg ada cermin jenis saphire. korunk mesti dapat bayangkan kalau brand Roscani harganya memang di gred yg agak tinggi. walaupun ia kelihatan sangat vogue, tapi kekurangannya terletak pada cerminnya pula. tambahan pula rantainya yg bersadur emas 23 karat juga akan luntur (walaupun ianya mengambil masa).
berbanding dengan brand Dano Polo, kebanyakan model jam bukan setakat jenis steel, malahan ada juga dari jenis ceramic dan jugak tainstum (kaca). cerminnya juga kebanyakkan dari jenis saphire. saphire merupakan cermin yg tidak bercalar, tidak pecah serta boleh ditores dengan pisau. cermin ini hanya pecah apabila berlakunya kemalangan yg teruk. tengok! istimewa kan. selain daripada brand Dano Polo, brand Carlo Cardini dan juga brand Crocodile ada juga yg menggunakan cermin saphire. tetapi tidak pada brand Casio. even harganya beribu ringgit, semua model jam tidak menggunakan cermin saphire.
bagi model yg tahan lasak anda mungkin boleh mencuba brand Orient ataupun brand Seiko. ianya cukup tahan lasak walaupun harganya agak mahal. bersesuaian dengan kualiti, saya yakin anda tidak akan menyesal memilikinya =)
utk bertahan lama jangka hayat sesebuah jam itu, anda mestilah memulas pin jam itu sekurang kurangnya sebulan sekali. ini mengelakkan pin itu berkarat. anda tidak perlu menarik keluar pin tersebut (nanti masa beralih plak). cukuplah sekadar memulas pin itu. apabila menukar bateri, jangan kedekut duit yer. gantikan pada bateri yg mahal serta berkualiti. kepada si pemakai jam automatik, sila jangan tanggalkan jam anda oke. apabila anda tidak pakai jam automatik anda itu, ia bakal rosak sebab berkarat kerana tidak aktif bergerak. 1 lagi, jangan cuba pandai pandai repair jam anda sendiri. sejenis coil yg berada di bahagian enjin jam merupakan coil yg paling sensitif. coil tersebut mengandungi beribu ribu utas benang halus. jika terpegang, ia berkemungkinan terputus benang (tanpa kita perasan) dan pada masa itu anda bolehlah campak ke laut jam anda itu (takder function sebagai jam langsung).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment