She is ADILA ...

Thursday, August 15, 2013

Mencintai dunia masakan

#Home

Pagi ni sengaja aku bangun lewat sikit berbanding selalu. Tak lewat mane pom cuma 9.30pagi jer. Selalunya 6.30 aku dah bangun sebab nak pergi office. Bila hujung minggu ni sengaja aku lewatkan bangun pagi. Sebenarnya tak elok jugak kan bangun lewat. Rezeki susah datang katanya...

So, lepas jer bangun aku biasalah bersarapan dulu. I never skip my breakfast. Niat di hati nak kuruskan badan, tapi tak nak skip sarapan. Sarapan kan bagus utk metabolisme badan. So, dinasihatkan jangan tak makan pagi yer adik adik.

So selesai makan bekpes, mihun goreng, aku start tolong mak. Ok today nak masak kari ayam. Hohohoho, i like it, sebab ianya mudah. Aku yang tak reti masak ni mula mula tengok mak masak kari ayam dah bole tahu dan hafal step step utk btnkari ayam. Nak tahu macamane?

Resipi kari ayam
1. Tumiskan bawang merah yang sudah dikisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan rempah kari. Seelokanya gaulkan rempah kari dengan lada kering yang sudah dikisar. Ia lebih menambat selera serta warna lebih nampak pekat.
3. Masukkan ayam yang sudah siap dipotong dan dibersihkan.
4. Masukkan santan sebanyak mana yang anda suka. If nak kuah banyak, buh la santan banyak.
5. Masukkan kentang dipotong ikut citarasa.
Thennnn siappppp

Mudahkan?
Itulah resipi kari ayam saya. Saya sebenarnya mula mencintai dunia masakan yang tak pernah saya suka dulu. Ini semata mata utk kehidupan saya akan datang. Lebih kepada bakal anak anak saya nanti. Niat di hati saya nak sangat sangat jadi mama yang serba tahu. Insyallah...

_xoxo_

No comments: