Salam petang.
Petang petang, baru lepas solat Asar sengaja on lappy. Tak taw nak buat ape time time cuti sem ni, so apa salahnya kalau update blog. Baru balik shopping sebenarnya ni. Sambil sambil nak tunggu tengok Setia Hujung Nyawa :) shopping kah sangat? hahahahahaha
Alhamdulillah, syukur dengan rezekiMu Ya Allah ....
Tak terucap syukur kepadaMu. Tak pernah terlintas atau tergerak hati nak bukak bisnes. Family bisnes lebih tepat lagi. Niat hati tergerak pada Ramadhan tahun lepas. Bermulalah disitu, aku dan ayah Ne (my close uncle) teman aku pergi SSM (Suruhanjaya Syarikat M'sia) dan daftar niaga atas nama aku. Nama abah tak boleh daftar sebab dia anggota polis, nama along pom tak boleh sebab kakitangan kerajaan.
Disitulah terbinanya NZ Mutiara Solution....
Kami menjalankan perniagaan gas LPG. Terletak di sebuah kedai di Kg Bukit Tiu, kami beroperasi lebih kurang 5-6 bulan. Alhamdulillah permintaan bagus. Ekceli kami beruntung sebab guna kedai sendiri, jadi tak memerlukan kedai untuk menyewa. Cuma pada awalnya abah beli lori untuk angkut gas. Kemudian beli pulak motorsikal roda tiga untuk kegunaan seorang pekerja. Abah hanya hired seorang pekerja sahaja, memandangkan segala urusan abah, adik dan beberapa orang ahli keluarga lain membantu (bapa saudara, sepupu sepupu). Thanks u all.
Perniagaan semakin hari semakin bagus sebab makin ramai orang mengenali NZ Mutiara Solution. Dan abah jugak mampu memiliki sebuah lagi asset kegemarannya iaitu Mitsubishi Triton. Makin berkembang perniagaan kami dari hari ke hari. Alhamdulillah. Moga perniagaan ni terus kekal dan semakin berkembang lagi. Aku tumpang seronok jugak bila abah dengan baik hatinya bagi kereta Kenari merahnya itu kepadaku. Abah kata gunalah kereta tu sampai kerja, sampai betul betul kukuh ekonomi untuk beli kereta lain. Huhuhuhu thanks abah. Lot of luv !
-xoxo :D-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment