She is ADILA ...

Monday, May 30, 2011

Cinta hati itu Unik !

Tertarik giler dengan entry ini terbaru dia sila klik sini
Namun itu cerita dia dan lain pula cerita saya.

Kadang-kadang saya terfikir, dunia ini tidak adil. Tak pernah adil kepada yang tulus mencinta tetapi akhirnya di kecewakan. Namun, setiap kali ini jugak saya terfikir, Tuhan telah tetapkan yang terbaik dan mungkin dia bukanlah terbaik.

Tapi itu di fikirkan ketika waras !

Saya jugak ada ceritanya sendiri. Saya juga pernah gagal dalam mengorak langkah bahagia itu. Tapi, siapalah saya untuk menunding jari menyatakan salah siapa. Mungkin sudah itu yang tersurat. Takdirnya begitu. Saya pasrah.

Saya kalah pada emosi yang menjerat hati. Meruntun sakit dijiwa, lukanya saya tak pernah ubati, sebab saya mahu terus kekalkan parut itu sehingga jadi dendam kesumat. Jahatnya saya! Namun, jauh disudut hati kecil saya, ada nafas yang berbunyi "Kalau sayangkan seseorang, redhakanlah kebahagiaannya".


Menangis saya! Kadang-kadang saya fikir ikhlaskah saya melepaskan dia sedangkan di hati ini sedang menyimpan dendam itu. Saya pasrah! Bisik pada hati Ikhlaskanlah melepaskannya, doakan kebahagiaannya ...


Ada ayat terharu di garis penamat itu. Ayat itulah yang menamatkannya. Saya akur dengan ketentuan. Dia bukan jodoh saya. Kemudian, jauh-jauh saya meninggalkannya dan kini saya rasakan saya sudah terlalu banyak buat dia bahagia dan sekarang sudah tiba masanya saya rasakan saya perlu undur diri demi kebahagiaannya.

Kini, dia tinggal sejarah. Hati saya berbisik lagi Bahagiakan diri sendiri sebelum membahagiakan orang lain.... Jauh disudut hati saya, ada hati yang merindu, ada ego yang tercalar, ada rindu yang menggunung ! Tapi segalanya jadi satu, tatkala hati ini Ikhlas melepaskan dia pergi.



Wednesday, May 25, 2011

Tahniah semuanya !

Assalamualaikum.

Kelmarin dah berlalu dengan macam-macam cerita dan ragam. Agak-agak ape yer dah happen? Cube teka sat..

<<<Cuba meneka>>>

<<<Cepat laaa>>>

Oke oke , aku tahu mesti dah penim kepala mikir sat kan. Biarlah aku cerita. Takde story yang paling hangat melainkan story sal result exam. Hahhhhhh .... ape RESULT exam !!!

Yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !
Oke, even tak capai target, aku still got something yang boleh buat aku senyum lebar. Even aku x sebijak Hanis Zalikha sekalipun, aku akan share my result oke. Oke, dengan segala hormatnya, aku got 3.34 !

Takper, sangat puas ati even x dapat pegang lagi dean List. Ramai kawan-kawan aku pinter naek sem nie. Oke, tahniah yer ~

Dia ... cikgu rupenyer !!!

Assalamualaikum.

Lama x hapdet. Windu lah. Nak kongsi citer cikit nim. But, biar aku gelak-gelak dulu. Oke-oke, dalam ramai-ramai member aku dalam Fesbuk nie, aku baek dengan seorang jejaka hensem nie. Ore kelate larh ! Yang hensem-hemsem semua ore kelate oke. Agak lama laaa aku kenal dia, tapi kenal sekadar di alam maya nie aje. Aku panggil dia Yie. Berkenalan bermula dengan sesi tegur menegur kat YM. Then berlarutan hingga ke Fesbuk lak aiii. Kami baek, baek gile-giler. Hari-hari duk chat! Kadang-kadang dye ade call. Agak-agak aku laaa, ada la dalam setahun kami kenal, kawan baek kowt alam maya nie. One day aku ter'tanye dye, bila nak abis study. Maklumlah jejaka ini belajar jauh nun di UKM. Dye reply, keje kejap before posting. Aku dah gelabah dah! Ape nie, posting ape lak nim. Aku dah penim kepala dah, aku budget kenal giler dah, rupenyer x abis lagi sesi berkenalan. Aku dengan rasa x malunyer tanye, "awak awak, actually awak nie amik kos ape yer?". Maybe dye di ujung sana tuh dah gelak-gelak, maybe cakap ngigau ape perempuan nie, lupe ker ape hahahahaha

Dye pom replied ..... "Saya cikgu laaaa awak !" . Aku hahahahaha ..... diam terus ! Betapa tak habisnyer berkenalan kan ... adoyaiiiiiiiii

p/s: Time nak berkenalan tu, biar berkenalan sampai habis oke ! Mujur dye sporting giler hehehehee

Lof cikgu larhhhh !
Ayie Shut

Saturday, May 21, 2011

Bercinta dengan bayang-bayang

Bercinta dengan Bayang-bayang ?
Ada ker? or itu dimaksudkan dengan gila bayang ? lebih kurang laaa hehehehehe

Siapa pencinta itu? Akukah?
atau kamu, atau dia >>>

Entah, sukar dimengertikan bila ada hati yang sayang, ada hati yang terluka. Aku tak pasti akukah yang bercinta dengan bayang-bayang. Ataupun bayang-bayang itu adalah satu realiti. Bila bayangan itu pasti, cinta itu jugak pasti. Tapi aku tak mengerti, dia pom sama, dan awak pom sama!

Cinta ini cinta tiga segikah?
Entah, mungkin. Saya sayang dia, awak sayang saya, dan dia entah sayang siapa. Sayang itu tak pernah memiliki kah? Atau kita yang tak bertuah utk memilikinya.

Siapa yang terluka?
Semua! Pasti semua akan terluka sebab semuanya tidak lengkap. Tapi ada pepatah mengatakan "Bercinta pada yang sudi, berkasih pada yang setia". Aku kena terima cinta dia kah? atau dengan bodohnya terus menyayangi awak, yang tak pernah pasti.

<bertenang, berfikir>

Biar masa yang menentukan. Titik. Tamat.

Friday, May 20, 2011

Syahirah bertunang !

Assalamualaikum.

Seharian tak hapdet blog kesayangan nim, hari ini terpaksa mengorbankan time tidow aku utk this nice entry. Why I said this is the nice one? Oke... kezen aku dah engaged! Sangat gorjes dia dalam serba pink. Irah nie sebaya dengan aku taw. Maybe dah sampai seru dye dulu kowt utk bertunang, so she just go on with her agenda =)

Meriah.
Aku pom pakai pink jugak. Pergi ke majlis agak lewat becoz aku pening kepala after amik amorcyilin. Tobat taa mau amik daa pasnie hurmmmm =(

Oke, here aku share picture dye.






p/s : Pictures nie aku yang snap. Agak oke laaa. Permulaan nak jadik photographer kan hehehehe .... Oke, kepada Irah, Selamat Bertunang yer ~

Wednesday, May 18, 2011

Ayah Su, pergimu takkan kembali

Assalamualaikum.

14 Mei 2011, aku dikejutkan dengan berita kematian ayah su. Sehari sebelum ayah su pergi, aku dapat berita ayah su tenat. Tapi, aku tak pergi tengok pom. Sebab hari tu, abah aku ke Kedah. Abah balik pom lewat dah, xkan aku nak tinggal rumah macam tu aje, kesian plak abah ngan mak balik jauh-jauh orang plak xde kat umah.

Setahu aku, ayah su sakit TB. Dan setahu aku jugak, orang yang sakit TB nie takkan mati disebabkan penyakit itu. Ini pihak hospital sendiri yang memaklumkan perkara ni. Mungkin sudah Ajal... Takdir dah tetapkan ayah su pergi pada hari tu. Apa boleh buat kan...

Masa ayah su sakit, banyak kali jugak aku pergi melawat ayah su. Mula-mula ayah su sakit, dia alami sakit kepala tahap maksimum. Kesian aku tengok ayah su. Lepas sakit kepala, ayah su start xley makan minum, macam tekak dia nak telan benda yang masuk dalam mulut. Seksa aku tengok ayah su. Minum air pom kena baring elok-elok, minum ikut straw lagi. Kesian sangat kat ayah su. Then, ayah su pakai pampers. Dia macam hilang sense utk buang air kecil mahupun air besar.

Ada jugak family ayah su bawak berubat cara kampung. Ada yang cakap ayah su kena buatan orang. Sejauh mana kesahihannya, itu tak pasti. Yang pasti ayah su makin susut badannya dari hari ke hari. Ayah su yang aku kenal, orangnya bertubuh agak tinggi dan sasa. Masa ayah su sakit, tubuhnya mencengkung. Kurus !

Pada hari kematiannya, aku hadirkan diri seawal 10 pagi lagi. Sesampai aku kat rumah ayah su, aku duduk sebelah jenazahnya, aku bacakan surah Yassin. Aku tengok muka ayah su, biasa saja, tiada perubahan. Suhu badannya masih panas. Cuma kaki dan cuping telinganya sejuk. Maybe kesan amik ubat TB yang membuatkan tubuh ayah su jadi panas. Setahu aku masa ayah su hidup, ayah su ulang alik ke hospital utk makan 11 biji sehari.

Part yang aku tak boleh tengok sekali masa jenazah ayah su dikapankan kemudian diberi penghormatan terakhir. Sedih sangat masa tu! Anak ayah su kecil lagi, baru 2 tahun lebih, he doesn't know anything. Cuma dia tengok abah dia pakai serba putih. Itu sahaja! Aku bagi penghormatan terakhir sehinggalah selesai dikebumikan. Baru 4 tahun aku mengenali ayah su, kini dia telah pergi buat selamanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Amin ~

p/s: Ayah su merupakan bapa saudara sabitku.

Tuesday, May 17, 2011

Ini yg cik D suka nie =)

Just for short update.
Oke cik D nak kongsi, entry cik D yg hilang dulu masuk balik. Nape yer?
Alahai cik Blogspot ....

cik D kurang update blog sebab banyak kerja laa. Lagipom skunk cik D x baper sihat. Dengan kata laen, cik D demam ~

oke laa , tata !

Perempuan & Rambut Panjang-nya

Assalamualaikum.

Mesti yang baca entry nie perempuan biasanya. Yelah, sebab blog cik D ni kebanyakkan di'follow oleh golongan yang sejenis dengan cik D (^_^). It mean perempuanlah oke ..

Cuba tengok-tengok diri anda di depan cermin. Cermin lappy pom gasak... boleh jugak hehehe!


Comfomm korunk nie memiliki seraut wajah yang comel, manis, cute and so on lah... diiringi dengan juntaian rambut yang menawan. Adusss memang menarik ... confomm laki tengok dua tiga kali kan kan kan. Perempuan dengan rambut panjang, ia macam sinonim kan? Rambut kan pelengkap wajah. So, tak kisahlah bila mostly Asian women memiliki rambut panjang. Nampak jelas ayu gitu.

cik D rambut panjang ke pendek?

cik D gelak-gelak. Oke, now 2011 cik D dengan imej wanita Asia dengan memiliki rambut yang agak panjang berwarna hitam berkilat. Dulu, sejak kecik sehinggalah tahun 2009 (masa tu umur cik D 19 kalau tak silap) cik D hanyalah berambut pendek! Macam laki laaa.... Bila once cik D berkenalan dengan seseorang ini, identiti dirahsiakan cik D di"paksa" utk menyimpan rambut panjang. Rimaslah, cik D jawab. Tapi dia pandai pujuk cik D, dia cakap "U tak pernah simpan rambut panjang kan, ok kali ini I nak tengok wajah u versi laen time rambut panjang". Uishhh blushing jugak cik D time tu. Even cik D tak mengangguk atau menggeleng, cik D tetap jugak buat dalam diam. Dan sekarang setelah hampir 2 tahun cik D simpan rambut panjang, now rambut cik D baru mencecah bawah bahu hehehehe ... Tapi korunk nak tahu tak, memang beza giler ar wajah time rambut pendek dengan rambut panjang. Nampak agak ayu even tuan tak ayu pom.... are u sleeping ade laaa hehehehe...

Oke ... kat sini cik D akan share my own pitcha utk u all. Kepada gerangan yang still berambut pendek itu, sila-silalah mengikut jejak cik D. Tapi kalau sudah jadi trend nak rambut pendek apa boleh buat kan. cik D cuma suggest'kan sahaja. Yang lain-lain itu terpulanglah mengikut citarasa masing-masing. Cuma cik D nak cakap, perempuan dan rambut panjang memang tak bole dipisahkan (-_-) (!)





Fesbuk bukan tempat menggatai oke !

Assalamualaikum

Sempat lagi bagi salam biarpun dalam hati ini menggelegak nak marah. Jangan senyum-senyum taw sebab memang cik D nak marah orang nieyhh. Biasalah, kalau cik D on lappy buruk nie, cik D akan on FB dan blog sekaligus. Seronoklah hari-hari boleh update.

Yang tak seronoknya, tadi sekejap blogspot page under maintenance lak aii. Mujur kejap! cik D tadi tengah belek-belek layout, then terjumpalah layout baru nie, comei tak? Yang kata comei senyum jer laaa, yang kata tak, maaflah cik D tak mahir sangat lagi nie =)





Masa xley on blogspot tu, cik D jenguk-jenguklah kejap FB cik D. Tu diaaaa ..... ade sorang mamat nie sent message plak aiii! Dah laa mengarut, pastu cam takder adab plak. Mula-mula cik D maki-maki, pastu macam tak jalan jer, dye still wat derkk jer, then cik D terus block dye! Tadaaaaaaaaaa .... padan muka!


Kalau message good good cik D bole terima ag, nie terus 18sx. Memang melampau ... desperate sangat kowt. Kan dah kena dah ngan cik D. cik D memang anti lelaki yang ntah pape nie. Okei lah, jap ag cik D sambung lagi k. Rehat jap zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz OFFLINE

Monday, May 16, 2011

Kenapa cik D berblogging ?

Assalamualaikum.
cik D sengih-sengih. Oke, sudah tidak merajuk lagi dengan blogspot. Kalau merajuk, xder laaa entry baru (-_-)

Tengah lepak-lepak sambil gelak-gelak, terpikir plak nak btaw semua nape cik D join utk berblogging sama. Sebab cik D pom tak pernah buat entry nie, oke ... cik D spent masa utk yg 1st & last nie huhuhuhuhu !


Keterujaan melampau bila menulis
oke utk pengetahuan u all, cik D memang suka menulis. Tambah-tambah bab karangan. Orang kata cik D jiwang. Oke laaa, jiwang + sensitif sikit. Tapi cik D tak mudah nak menangis even cik D sensitif pom. Sebab cik D tabah hehehehehe ... Korunk pom mesti ada keterujaan kan, bila nak post entry baru. Yelah, blog kan tempat kita bercerita melalui penulisan. Bila ada idea, laju jer tangan nie bergerak, tapi bila xde mood, haram memang xde idea sikit pom.

Rasa nak ikut perkembangan semasa lah
sekarangkan dunia IT. Segalanya di hujung jari anda! Rasa rugi plak bila tak ikut trend nie. cik D tengok + survey-survey cket, memang ramai giler blogger di sini. Tak kiralah siapa tuannya itu, cik D dapat rasakan setiap orang ada kreativiti masing-masing. Seperti yang cik D cakap, penulisan itu seni. Ia digambarkan dan dibezakan melalui cara penyampaian masing-masing. Jika dulu orang menyebarkan penulisan mereka di atas kertas, diari but now .... nie dia nie dia !! Blogspot ada ... apa lagi, diari maya-lah plak.

Nak carik ketenangan di sini
bagi cik D bila menulis, cik D akan repeat jugak baca benda yang sama even beratus kali pom. Bila cik D baca banyak-banyak, secara automatiknya cik D akan mudah dapat generate idea baru di sini. Memang penulisan boleh bagi cik D ketenangan. Segala rasa cik D terluah dengan penulisan. Itu depends pada pandangan masing-masinglah kan. Ada jugak jenis suka straight to the point, ada yang berkarya, ada yang buat muka. Macam-macam action utk luahkan apa yang terbuku di hati. Bagi cik D simple saja, sebab cik D malas menghabiskan air liur cik D, penulisanlah menjadi medan utk cik D meluahkan dan di sini ketenangan cik D bila cik D dilanda masalah. 

Boleh ade ramai member kat sini
oke, ini secara tidak langsungnya, cik D akan dapat kawan di sini. Aktiviti follow u-follow me back nie dah lama cik D buat dan memang cik D suka sangat dengan aktiviti nie. Selain menaikkan jumlah follower blog nie sendiri, ia jugak boleh menjadi penyumbang idea cik D. Orang nie banyak ragamnya, banyak jenis yang cik D jumpa kat blog nie. Blogger otai, blogger jiwang, blogger suka sentap-menyentap nie, blogger femes ... macam-macam idea diorang dan tak terjangkau dengan entry-entry mereka. Memang hebatlah cara mereka berfikir. Dan tak salahlah kalau follower mereka beribu-ribu orang pom =)

oke ... Done !

Sunday, May 15, 2011

tak der mood ahh !

Assalamualaikum.

cik D buat muka sedih. Korunk perasan tak beberapa hari lepas blogspot buat hal. Perasan tak ??? Dan kerana blogspot buat hal laa, menyebabkan 2 entry cik D hilang =(   sangat sedih laaa. Bukan main cik D spent time utk entry tu, last-last hilang. Bukan entry saja, dengan layout cik D pom ilang sekali. Adeshhh ... cukup-cukup sedih.

Buat masa sekarang cik D agak bz dengan aktiviti-aktiviti cik D. Macam-macamlah... Teringin nak update blog, tapi bile mengenangkan 2 entry cik D ilang, macam xde mood.

Oke lah, cik D out dulu. Tata.

Wednesday, May 11, 2011

Sedetik waktu itu berlalu ...

Assalamualaikum.

Dah malam kan. Tak sangka cepat pulak masa berlalu. Sekarang dah menunjukkan pukul 10.33 malam, 11 Mei 2011. Dan esok 12 Mei ... dan hari-hari seterusnya semakin lama berlalu meninggalkan masa-masa terdahulu dengan pantas. Kadang-kadan kita tak rasa pun hari-hari berlalu dengan pantas. Ini semua sebab kita sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Tapi cik D tetap dengan jam ditangan, kalendar kecil di dalam purse. Menghitung hari! Bagi cik D masa itu penting. Jauh meninggalkan kenangan semalam, hadir dengan ragam esok dan seterusnya. Hari ini cik D terasa "Ya Allah, dah 21 tahun hidup atas muka bumi nie *even my birthday on September*".... Cepatnya masa berlalu.


Lebih terasa bila sekarang cik D dah bergelar mahasiswi. Setahun cuma ada 2 semester. Lagilah cik D rasa macam kesuntukan masa utk cik D kejar something. 29 Mei nie cik D akan lapor diri kembali ke kolej plak sebagai pelajar diploma tahun akhir. It mean i'm already in Part 6 !!! Memang cukup-cukup terasa lahhh ..

Banyak lagi cik D kena harungi dalam hidup ini. cik D kena pikir sal masa depan cik D even cik D dah di peringkat universiti. cik D pikir nanti keluar nak kerja apa, nak gaji berapa, nak hidup macamana. cik D pikir sebab bila dapat jawapan tersebut, cik D akan buat keputusan samada cik D akan belajar setakat diploma sahaja, atau sambung buat degree ... atau buat Master.


Disitu memerlukan perancangan yang berkualiti tinggi. cik D akui cik D tak pandai sangat bab-bab study ni. CGPA cuma lepas 3.00 sahaja. cik D bukan penyandang Anugerah Dekan. Tapi, cik D rasa cik D nak belajar sampai Master, utk berkhidmat jadi pensyarah di UiTM nanti. Macamana nak buat impian tu jadi kenyataan? cik D kena set yang cik D kena belajar sungguh-sunggu utk degree dan buat yang terbaik masa temuduga Master. Tu yang cik D set.

Bukan mudah nak berjaya dan bukan payah utk jadi gagal. Yang penting usaha, niat itu yang penting. cik D nekad utk lupakan sebentar tentang hal peribadi cik D. Bagi cik D, kejar utk kejayaan masa degree itu lebih penting. Bagi cik D cinta itu tak bermakna apa-apapun selepas kita clash... bercinta sakan pom kalau dia bukan jodoh kita, takkan jadi jodoh kita! Sebab itu cik D taknak tumpukan soal hati dan perasaan lagi. Biarlah, apa yang berlalu biarkan berlalu =)


p/s: yang mana bergelar adik-adik cik D, kejarlah apa yang diimpikan dulu. Soal hati dan perasaan kite bincang kemudian oke (^_^)

Teringin nak tukar Layout tapi ...

Just for short update.
Time-time hujan nie best plak lepak atas katil
dan terus
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

tanpa menghiraukan sesiapa hehehehe...

Sehari dua ni aku sibuk duk
blogwalking.
Yelaaa tengok-tengok blog orang laen.
Adessss macam rendah diri plak

sebab

blog aku biase ajer !

teringin plak nak tukar layout
tapi ahhhh sayang wehhhh 

korunk pikir aku wajib tukar
ke 
x ???

haaaa .... sila jawab dgn beri komen masing-masing !

*agak-agak law ade yang kata memang patut tukar pom
sebab layout ko buruk, akan ada situasi sakit ati x?? takder ahhh ;)*

Tuesday, May 10, 2011

Alhamdulillah ... dapat lagi (^_^)

Bukan mudah nak kekalkan kedudukan di kolej kediaman. Aku fikir semua orang tahu tentang itu. Kolej kediaman tidak mampu menampung sejumlah besar pelajar di setiap universiti. Jadi, menjadi tanggungjawab utama utk fight sesama sendiri.

Oke ... aku nak cerita tentang senarai nama yang berjaya menduduki kolej semester depan. Dan nama aku masih tidak tercicir dalam senarai itu. Yahooooooooooooooooooooo ~

Bukan mudah bagi aku nak kekalkan kedudukan tuh. Ade jer halangannya! Tapi alhamdulillah, sehingga hujung semester, aku tak pernah buat mana-mana rayuan utk dapatkan kolej. Tidak pernah oke! Jadi, aku antara orang yang berada dalam carta pertama... huhuhuhuhuhu !

Setiap sem mesti aku pikir, berapalah kupon dia nak eaa? Adusss pecah kepala kerana kupon. Dan semester lepas, punyer laaa banyak aktiviti yang dianjurkan. Mujurlah ada kerajinan sedikit nak kutip kupon. Dan kupon aku mencecah 30 keping. Itu bermakna 30 aktiviti aku daa join. Hebat kan!!! Rajin giler...

Geng-geng akulah antara supersenior yang berjaya mengekalkan takhta disitu (~_~)


:: nie dia laaa yg kami rebutkan setiap sem ::

VCO : 1st trial pom aku dah rasa Kelainannya

Salam (^_^)
Masih menghadap lappy buruk aku nie, sedar tak sedar dah beberapa hari aku tinggalkan blog aku tanpa entry. Bak kata Hanis Zalikha ... bukan mudah nak menulis sesuatu ! Ya, aku akui aku jugak kekadang ketandusan idea jugak.

Oke ... direct to my topic, aku dah guna VCO jugak! Ngade ehh ~ Dah ramai sangat yang menggambar gemburkan cerita tentang kehebatan VCO nie, aku pom tertarik jugak laa nak rasa dan tengok apekebendanyer VCO nie. Banyak testimoni pengguna yang aku baca. Ehh ... betul ke tak nie? Pikir pikir, aku nekad, oke laa beli laa satu. Aku order dengan seorang sis nie, ejen jual VCO jugak laaa. Tension jugak bila VCO nie tak dipasarkan secara meluas kat farmasi or kedai-kedai ubat. Kan lebih mudah cara camtu! Lupa plak, zaman sekarang orang dah jarang pegi kedai, yelah sibuk kat office. Semua pakai order jer hehehehe ~ Oke oke, aku order laaa satu dengan harga + postage = RM45. Murah dah tu kan kan kan ... Aku sekadar try saje-saje, aku pikir nak hilangkan jerawat kecik-kecik yang tumbuh kat lengan aku. Muka aku ok, selamat lagi la buat masa nie, masih polos tanpa jerawat. Polos ke? hehehehehe

Mula-mula makan tu oke, macam xde pape. Aikk betul ke x nie? Lama tuh, dalam 2,3 hari aku start rasa gatal-gatal kat lengan (tempat yang ade jerawat tu). Then tumbuhlah jerawat kecik-kecik, macam jerawat tu start keluar. Muka aku plak rasa lembut semacam jer, tambah-tambah bila lepas bangun tido..huhuhuhu..muka terasa basah + lembut jer terasa. Aku makan VCO nie 2 biji sehari, pagi dan before tido. Then seminggu sekali aku apply VCO nie kat muka. Memang rasa lembut laaa. Lengan aku nie masih gatal-gatal, jerawat pom makin kering laa jugak. Insyaallah, aku akan amik VCO nie berterusan utk hilangkan jerawat kat lengan aku nie. Now, baru seminggu aku amik VCO, ternyata aku puas dengan hasilnya.

Korunk dah cuba VCO? Kalau tak cuba, rugilah... Kepada mana-mana yang kulitnya berjerawat, bolehlah cuba. Tak rugi taw ....

Oke, tata ....


                           

Tuesday, May 3, 2011

Meredah panas terik demi sehelai Selendang utk Dinner

Assalamualaikum

Masih terasa bahang terik matahari duk atas kepala aku nie even skunk daa kul 9 malam. Metafora betuiii hehehehe. Carik selendang di tengahari masa matahari itu betul-betul terpacak atas kepala aku! Hangen betuiii tapi sapa suh sanggup buat keje nie. Mujur pegi berteman dgn akak & PA aku yang setia giler ngan aku, cik Farah Hasniza. Bukan carik selendang utk aku pom, buat utk Sang Ratu (!) Utk si dia nak buat g dinner akhir semester, x silap aku 23 Mei nanti. Okey, just tunggu picture-picture dari dye laaa k sebab aku malas nak upload picture nie. Oke aku tinggalkan korunk dgn gambar ------------------>

Monday, May 2, 2011

sTory mOry Final Exam

Assalamualaikum



oke di tengah malam buta nie aku sengaja buat drama king cket! Drama king ni laa yg menghidupkan minggu final exam kami. Oke look kartun kat atas tus !! Aishhhh sama ngn geng aku daa ... *kami pom bertiga jugak* ++ potongan rambut tu yang kena mehhhhh ~ hahahahaha lawak laaa kartun nieyhhh .... yg rambut panjang tu Sue, yang rambut pendek tu Emy, yang tengah tu aku laaa (~_~)

Cerita sem ini... adeshhhh law tak terkeluar bab cerita hantu memang tak sah! Mulut nie gatai-gatai nak jugak hangatkan malam-malam stress dengan cerita yang lebey kurang stress laaa jugak. Suka buat keje bodo kan kan... Yang bukak ceritanyer dengan hal bukak ceritanya, yang hal penakutnyer satu daaa ... Ngettttt tapi rindu korang lahhhhh time time malam camnie pukul 12.48am. Ade jugak aku takut sampai kadang-kadang susah giler nak tidow. Nak taw aku buat camner? Aku dengar laa radio via handset yang aku pinjam dgn adik aku tuh... Nset aku mane?? Adeshhhh hanset aku nokia 1100 jer .... shitttttttttt diam sudaaaa hehehehe =)

Tapi bila aku story kat budak dua ekoq nieyhh, diorang pigi lak citer kat aku yang diorang takut nk dengar lagu or pasang radio malam2... takut dengar "suara Laen" !!! sumpahhhh mulut kuang ajar, menakutkan aku jerkkk


Tu baru bab bercerita, belum masuk bab kami melantak sakan! Kepala melantak sakan mustilahhh si Sue yang kurus tuhhh... dye xpe laaa kurus, aku ngn Emy nie laa yg bermasalahnyer. Seronok, kami memang enjoy giler time melantak! Meggi tak meggi, nasik kerabu, nasik dining yang kami sumpah hari-hari tu, kadang-kadang chicken chop/ fries yg kami g beli kat Foodcourt. Bahagia giler time kami makan. Or tak pom law sesak sangat makan biskut Hup Seng dengan milo... haaaa feveret aku tuhhh !!! Law meggi plak aku melantak sakan Mee Sedap yg goreng tuh, Sue pom sama~

Study? Kadang-kadang diorang study start tengahari sampai embum keluar. Aku? Start pagi-pagi buta ag, sebab nak tido time berembun tu. Lagi best kan? Ade jugak aku teman diorang. Law aku panjat katil dulu, ade laa yang mengikutnyer. Tapi minggu last final, aku bersajak di rumah saja. Tinggalkan Sue terkontang kanting di jaga oleh Cik Ah and frens ... sbb aku ngan Emy study kat umah! Bagus giler kan tinggal Sue...*sian kat dye ... sorry laaa Sayammmm*

Even kami buat ape sekali pom, kami tetap sekepala ! Sayang korunk sangat-sangat muahhhh ~


Time to Miss him (~_~)




aku mengaku
yg aku masih rindu dye
aku masih sayang dye

sorry 
mungkin kenyataan nie
buat orang sakit hati

tapi ini yg sebetulnya !!!

mesti hangen dgn aku
patut laaa aku reject org yg dye pilih utk aku
please .. aku tak mampu lagi !

one day
one day

aku akan tinggal dye jugak

tapi bukan masanya lagi 

Sunday, May 1, 2011

Carik Follower ke 99

Salam semua (^_^)
oke oke 
now cik D daa ade follower seramai 87 orang sudaaa
hehehehe
i like it laaaa ~

Thanks you so much kepada semua yg sudi jadik
follower cik D

oke oke ...
tengok tajuk di atas oke 


II
IIII
IIIIIIII
IIIIIIIIIIII
IIII
IIII
IIII
IIII
IIII


cik D nak carik follower 
ke 99 

jika orang laen sibuk carik follower ke 100
not I'm not like that
no ganjil tetap jadik pilihan di hati 


cepat-cepat follow blog cik D oke
cik D nak bagi 





besaqqq punyer ThumBs Up uTk si Dia ~

Marimar



Korunk tengok x cite nie ??

Marimar .... 

Actually 1st time tengok advertise dye
aku daa jatuh chenta giler-giler dengan si Marimar nieyhhh

Pemilik nama Marian Rivera nie
bagi aku chantek original laaa =)
ntahhh lama tengok dye macam "wahhhh teruja giler"
tambah-tambah bila dye daa jadi
Bella Aldama ~

so aku dgn ngada-ngada'nyer g Google bio si Marimar nie :

Marian Rivera (born Marian Rivera Gracia on August 12,1984 in MadridSpain)
Her first TV role came in 2005 via TAPE Inc.'s afternoon drama, 
in the lead that was aired in GMA Network.
 In 2007 she was cast for the title role 
in the Philippine remake of MariMar. S
he released two studio albums 
Marian Rivera Dance Hits and Retro Crazy sold 75,000 copies. 
She currently signed with GMA Network.


oke look dis ---->


:: dalam version Marimar ::


:: nieyhh plak bile dye daa jadik Bella Aldama ::


:: even sape pom dye , dye tetap 
si Marian Rivera yg chantek oke ::