She is ADILA ...

Sunday, October 25, 2015

Tugas mengajar perlu belajar

Sejak dari diploma saya angan angankan nak belajar sampai masters.
Orang cakap bila ada masters you boleh jadi teneaga pengajar a.k.a pensyarah :)


Masa tu adore sangat nak jadi pensyarah. Yelah zaman diploma dikelilingi pensyarah pensyarah 
muda. Dah lah lawa kemain dress up, cantik pulak tu, muda, bijak. Nampak diorang mengajar rilex sangat. Tak lah sepenat kerja cikgu. Cikgu kena mengajar budak budak. Pensyarah ajar budak lepasan sekolah dah. That means diorang ajar orang dewasa.
Kefahaman orang dewasa dengan budak budak sekolah lain. Sebab tu nampak tugas pensyarah ini rilex memanjang. Gaji banyak hahhaha



Itu point utama!



Sampai degree dah rasa letih dah, lepas tu give up tak nak lah sambung masters sebab belajar susah. Masa tu fikir lepas kena marah @ masa kena buat balik paper research yang salah. Keinginan nak kerja selain pensyarah pulak timbul. Sebab degree finance, diploma banking cita cita nak jadi banker pulak. Sebulan lepas jadi banker, ok rasa penat cuak giler kena hadap muka customer (sebab jadi sales executive kan). 


Then sambung pulak masters.



Perjalanan masters penuh airmata. Give up kadang kadang. Disebabkan masters penuh airmata, tekad dah dalam diri walau apapun berlaku nak jadi pensyarah jugak. Sebab rasa payah kan nak dapatkan masters. So bila dah dapat masters demand nak jadi pensyarah up lah kan.




Then dapatlah rezeki jadi pensyarah sambilan. 




Kau rasa apa? 
Baru tahu erti penat lelah belajar sebab nak mengajar. Semua benda kena ada dalam otak. Hari hari otak kena function. Sebab lecturer kan hebat bab menjawab soalan dari students.
Hari hari hadap buku sampai khatam bab demi bab. Rasa otak dan badan rehat hanya time tido sahaja. Masa drive pun tengah pikir pasal schedule. Prepare things before class itu harus kena ada.




Memang penat. Tapi suka.
Sebab minat.

Tuesday, October 20, 2015

Mahalnya sebuah Pengalaman

Pentingnya sesebuah pengalaman itu sebab ia membezakan kita dengan orang lain.
Saya bagi contoh seperti ini, saya dan sahabat sama sama pergi interview utk jawatan sales executive.
Pointer degree saya hanyalah biasa biasa. 3 lebih lebih je. Dekan pun sekali je.
Sahabat tu pointer kelas pertama. Berbeza kan? Saya nampak macam tak rezeki, sebab mesti company akan pilih orang yang resultnya hebat.


Tapi yang berlaku adalah saya yang berjaya. Kenapa?


Pointer tak hebat macam sahabat. Bezanya kami adalah dari segi pengalaman. Saya ada pengalaman. Pengalaman yang sangat biasa. Saya pernah jadi sales promoter kedai jam dan pernah juga jadi jurujual kat kedai telefon. Masa saya kerja dulu orang cuma pandang bagai budak baru habis SPM yang resultnya tak boleh masuk universiti. 
Sedangkan masa tu saya kerja sambilan saja, kebetulan cuti semester. 
Tapi pandangan orang tetap selekeh kan. Tetap rendah.


Tapi dek kerana pengalaman itulah membezakan saya dengan sahabat. Dia cemerlang tanpa pengalaman. Saya pula result lulus dengan baik dan berpengalamn. Industri akan memilih seseorang yang berpengalaman. Walaupun tarafnya SPM tapi pengalamannya bagus, tetap akan dipilih. Percayalah


Faham kan betapa bernilainya sesebuah pengalaman?


Bagaimana nak dapat pengalaman?
Usah memilih kerja. Kerjalah apa sahaja walaupun gajinya kecik, tapi pengalaman yang korang akan dapat itu tiada ternilai. Kerja apa sekalipun korang haruslah kreatif. Jangan hanya sebab nak dapat gaji. Tapi fikirlah bekerja untuk mendapat rezeki serta ilmu. 


Contohnya, yang saya dapat ialah ilmu untuk memasarkan produk. Saya belajar macam mana nak tarik pembeli untuk membeli dengan kita walaupun kedai sebelah jual benda yang sama. Macamana adab dengan pelanggan, cara nak layan pelanggan, cara memujuk. Itu perlu ada skills.


Carilah pengalaman sebanyak mungkin. Sebab pengalamanlah akan membezakan awak dengan sahabat awak. Pengalaman tak boleh dibeli taw, pengalaman itu kena datang bila awak buat dan awak lalui pahit manis nya. 


Sebab tulah orang kata pengalaan itu berharga :)

Wednesday, October 14, 2015

Kelebihan Part time Job

Sesetengah orang tak suka pada kerja sambilan. Macam tiada masa depan bila kerja sambilan sahaja.
Lebih baik cari kerja tetap yang punyai gaji tetap bulanan.


Saya juga mula mula fikir sama macam tu.
Tapi bila dah terjebak dengan part time job ini rasanya lebih menyeronokkan.
Dulu dulu saya pernah jadi photographer sambilan. Pernah juga shoot untuk wedding.
Masa tu saya masih student. Then bila dapat pula offer untuk shoot second time terpaksa tolak,
Sebab timing tak kena. Ada final tak silap saya.


Sekarang ini terjebak lagi dengan part time job.
Setiap hari Isnin saya jadi tutor utk Finance subjek kat Universiti Malaysia Kelantan.
Hari hari lain saya bebas buat aktiviti saya sendiri.
Seperti hari ahad, selasa dan khamis saya jadi runner. 
Runner hanya makan masa 10-15 minit sahaja.
Tugas saya hantar parcel ke pejabat pos laju. 


Bayangkan kalau saya jadi runner utk 5 pihak. 1 pihak sekali hantar barang RM 10. 
Kalau 5 pihak saya dapat RM 50 utk kerja dalam masa 10-15 minit sehari.
Kalau penghantaran setiap 3 kali seminggu saya dah dapat RM 150 seminggu.
Belum campur gaji saya jadi tutor yang dibayar Rm 50/ untuk sejam. 
Sehari saya perlu mengajar 4 jam, so dapatlah RM 200.


Bagusnya kerja part time ini sebab 
1# tak terikat dengan jadual
2# boleh buat banyak kerja 
3# income masuk dalam banyak cara 


Thursday, October 8, 2015

Kelantan Great Photographer

Masih mencari photographer?

Wedding tak dah nak dekat! Photographer masih tak jumpa jumpa


Seriously you can call and look your date with this great man.
Reach them thru Facebook. Contact them asap






Confirm gambar sangat puas hati. Pakej mampu milik. 
Tak percaya? Cuba tengok dulu. Confirm jatuh hati!

Bantuan Kewangan Bagi Pemohon Master @ PHD

Berkait rapat dengan last article, hari ini saya nak sambung dengan 
part bantuan kewangan 
untuk mana mana mana student yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat 
master atau PHD.


Soalan pasal bantuan kewangan 
masa di interview oleh panel tudah jadi macam soalan wajib jawab. Soalan tu kire macam menguji sejauh mana anda alert dengan kemudahan kemudahan yang diberikan oelh piha kerajaan. 
Soalan tu jugak nak tahu kemampuan korang membayar yuran pengajian. 
Yurannya bukan murah yer..... diulang lagi yurannya bukan murah :)


Kirenye ni saya dah bagi soalan hint kat korang semua eaaa hihih


Tapi dengan adanya bantuan dari MyBrain15 korang takpayah risau. 
Jaminan yuran pengajian korang sepenuhnya ditanggung oleh pihak MyBrain.


Klik sini


Kat laman web ini juga disertakan cara cara dan juga jumlah yang akan anda terima.
Selain daripada MyBrain15 pelajar pelajar juga boleh memohon bantuan kewangan daripada
Mara dan PTPTN 



Wednesday, September 30, 2015

Cara nak apply Master kat UiTM

Berminat nak sambung belajar lagi?
Tapi tak tahu proses macamana?

Sini saya nak share pengalaman saya sendiri memohon Master kat UiTM.
Semoga boleh membantu mana mana yang nak sambung Master kat UiTM ok! 


Mula mula sekali beli no Pin Master kat BSN yer. 
ada sesetengah orang cakaplah (tak tahu fakta @ auta ini) student UiTM tak payah beli no Pin Master. Pergi je kat Bendahari. 


Layari laman web IPSIS 
kebiasaannya permohonan akan dibuka awal pada awal April hingga Jun (bagi intake September) dan September hingga Disember (bagi intake Mac). So, time tu korang kena alert sendirilah. Caranya google je selalu laman web Ipsis ini. Web ini selalu saja update news, announcement etc. So kat situ korang akan selalu dapat info.


Lepas tu korang akan mohon melalui Ipsis lah. Pilih mode apa yang korang nak sama ada 
Fulltime , Part Time @ Evening Track 
bole choose ikut availability anda sendiri. Bagi fresh graduate (yang belum kerja macam saya ritu) memang saya akan apply fulltime lah. Part time ini kelas weekend sahaja. Evening track pulak kelas weekdays tapi start kelas malam. Bagi orang yang jwanya besar saja boleh masuk evening track punya kelas (pagi bekerja, malam belajar.... bayangkanlah).


Selain daripada pilih mode, korang jugak kena pilih jenis master apa yang korang nak buat.
Coursework or by Research
part ini korang kena tanya hati jugak. Kalau korang minat sangat buat research, bercita cita tinggi nak sambung balik research korang time degree dulu, bolehlah apply master by research. Keje korang buat paper jelah. Attend conference, haaa camtu...
Tapi kalau korang berkeinginan lebih nak duduk lagi kat meja study dalam kelas dengan kawan kawan, suka present dalam kelas, suka jawab test (hihihihi) so boleh have fun pilih coursework.


Lepas dah selesai pilih semua semua tu. Korang send lah application form by post. Selain daripada application form, kena ada surat sokongan dari lecturer korang @ advisor thesis korang masa degree. Beserta dengan 1 essay biography anda. Boleh google Admission link tu. Kat situ ada cara cara macamana nak tulis essay tu. 


Kat sini korang boleh usha usha flow korang jadi student baru nanti. Heheheh



Then bila dah siap hantar form semuanya, nanti selalulah update status anda kat situ yer. Nanti akan dapatlah email Tahniah Anda Berjaya bla.... bla.....bla....bla.....


lepas tu get ready lah, anda akan dipanggil temuduga oleh pihak UiTM. 
Dulu dulu masa aku kena panggil interview tu aku tengah dalam mode nak viva thesis masa degree. Cuaknye lahaiiii.... tapi aku gagahi jugakkk...


Then bila semua dah siap interview, dah balik, tunggulah email lain. 
Sama ada anda berjaya atau tidak :)



Skytrex Adventure

Dari dulu lagi saya memang tak suka aktiviti lasak.
Pengalaman jatuh dari tempat tinggi buat saya tak percaya pada tangga
(dulu pernah ada experience jatuh dari tangga sebab panjat tempat tinggi hihi)

Alahan pada tangga ni masih ada rupanya.
Ianya berjaya dikesan bila first time involve dengan aktiviti lasak.


Sapa pernah pergi sini?

Mesti ada dikalangan korang yang memang suka tempat tempat macam ni.
Konfem korang memang dah pernah jelajah tempat ni kan.
Bukan setakat kat Shah Alam tapi sampai ke Langkawi !

Bukan sekadar orang dewasa je boleh datang ke tempat rekreasi ni, malah budak budak pun boleh turut serta mencuba aktiviti lasak ini. 
Kalau korang nak tengok sejauh mana anak korang mampu jadi lasak, sangatlah dialu alukan datang ke sini. Seronok sangat. 
Paling best bila datang dalam team @ by group. Kat situ korang boleh tengok diorang punya performance, teamwork macamana. 




Location: 
 Taman Botani Negara Shah Alam 
Opening hours: 
Saturday, Sunday, *Public Holiday
Time:
8.30 am- 3.00 pm


Second Location:
Burau Bay, Langkawi
Opening hours:
Daily
Time:
9.00 am- 3.00 pm


Kat sini juga ada rules dia. Rules dia lebih kepada minimum tinggi seseorang peserta serta maksimum berat. Ketinggian korang mestilah 1.1m - 1.5m beserta berat tidak melebihi 100kg. Rules ini sangatlah penting disebabkan ia ada kaitan dengan aktiviti lasak ini. Boleh mengundang kemalangan atau sebarang kecederaan jika peserta mempunyai kurang ketinggian atau lebih berat badan.


Please refer Price below




Those yang berminat nak datang cuba cuba uji tahap kelasakan anda bolehlah layari laman web tertera dibawah. Disarankan anda perlu menjelaskan bayaran penyertaan anda secara online. Ini memudahkan anda dan para petugas di sana juga. Availability tempat juga diambil kira. Lebih bagus jika anda bergerak dalam kumpulan dan kumpulan anda hanyalah diberikan tempoh masa selama 2 jam untuk menghabiskan 20 cabaran di sana.


Layari Skytrex Adventure untuk lebih info

Tuesday, September 29, 2015

Diskaun sehingga 95% di LAZADA !



Anda mencari barang barang elektrik murah?

Diskaun sehingga 95%?

Tekan link di bawah ini


di LAZADA, anda bukan sahaja mampu membeli barangan elektrik, malah banyak lagi barang barang yang di tawarkan di LAZADA seperti di bawah



Sign in mudah dengan menggunakan akaun
 Facebook @ Google anda


Bagi pengguna DIGI pula anda boleh mendapatkan

Kegilaan #MYCBYPERSALE@ http://lazada.co/gen_digi
DISKAUN sehingga RM 30 dengan belian minimum RM 30. 

Jangan lepaskan peluang membeli dengan LAZADA


Jadual Kursus Kahwin Tahun 2015 bagi Negeri Kelantan

Bagi mana mana pasangan yang berniat untuk menghadiri kursus kahwin, anda semua bolehlah lawati mana mana laman web JAKIM


Bagi setiap negeri pula anda disarankan melawati laman web jabatan agama islam negeri masing masing. 


Tekan link sini
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI KELANTAN


Anda hanya perlu cari "Muatturun Terkini"
untuk mendapatkan jadual kursus kahwin terkini beserta borang.



Sunday, September 27, 2015

Make up by D'Rias Bridal

Those yang mengimpikan nak jadi Raja Sehari, saya sangat mengalu alukan anda semua
untuk menggunakan khidmat pakar sebaik Cik Mie
dari D'Rias Bridal, Kok Lanas, Kelantan


Cik Mie ni bukan sahaja kreatif buat baju pengantin, kreatif deco pelamin impian korang, 
tapi jugakkkk
sangat cantik menatarias wajah anda. 


Tak percaya. Jom view gambar gambar sista, start dari majlis akad nikah sehinggalah ke majlis bertandang.

Rata rata tetamu datang asyik duk puji pengantin lawa sangat.
Dengan pelamin penuh bunga bunga (warna pastel gituuu)
lepas tu dengan baju gorjes (pakai trending color)
lepas tu make up pulak cantik.

sape taknak puji kan.....

so pengantin pun rasa berbaloi dengan bajet yang dia bagi serta servis yang diberikan. `

Solemnization. Make up sangat simple. Dan cepat!


Persalinan majlis bertandang (choose husband fav color)

Make up bersanding. Zoom bagi dekat. Berpeluh pun still maintain cun sampai habis majlis


Bertandang make up simple sangat tapi naik seri pengantin tu.


Pelamin pastel penuh bunga bunga



Rasa tak menyesal guna perkhidmatan bridal nih. 
Lagi satu yang menarik, semua aksesori pengantin start dr baju, tudung, veil, rantai, bunga tangan, tanjak, sampin semuanya diberi.
So tak payah susah susah nak pegi carik tudung tuk match dengan baju.


PAKEJ RM 2500.00
3 persalinan baju lelaki + perempuan lengkap dengan aksesori spt 
(rantai, tudung, veil, bunga tangan 2, tanjak, samping, (kasut include tp sista pakai kasut sendiri, payung, tiara)
Pelamin full deco
Meja beradap full deco
Set bilik pengantin full deco
Arch
Make up 2x (akad nikah + bertandang) #add RM 150 untuk make up bersanding



Can reach by Facebook:

Instagram:
Salmie_Butik




#Facebook Viral: Mee Golok, Teh Beng Madu Hijau

Viral ini baru sahaja muncul di FB.
Tapi penangannya cukup cukup kawww.

Meh nak share sikit info pasal makanan yang viral kat FB ni.


Mee Golok




Lokasi kedai makan: 
Area Kok Lanas, Kelantan.
Berdekatan dengan Pasaraya Jelira (sebelum sampai KFC Kok Lanas)

Masa operasi: 
12.00tghri - 10 malam

Menu utama: 
Mee Golok, Nasi Air, Air Teo o Beng Madu (boleh pilih color fav korang)


Bagi penggemar makanan yang datang dari Thailand, bolehlah try kat sini.
Memang menu utamanya fresh dari negara Gajah Putih.
Kat Thailand, memang diorang minum air teh hijau,


Mungkin sebab itulah diorang sangat viral di Facebook.




Air Teo o Beng Madu Hijau jadi kegilaan ramai. Korang datang sini pilih fav color yer!


Tapi ada jugak part yang menyedihkan bilamana customer datang kul 9 malam, makanan diorang
dah habis terjual. Cuma yang tinggal hanya air. Kesian pada customer yang sanggup datang dari jauh semata mata nak try mee golok kat kedai anda,


Diharap lepas ini pemilik kedai ini akan upgrade diorang punya servis.
Nanti tak pasal pasal kena komplen sebab servis tak jaga. 

#Visit Malaysia: Kampung Cina, Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman.

Kalau nak tahu, kat negeri ini memang terkenal dengan banyak sangat tempat tarikan pelancong.
List saja tempat tempat menarik kat Malaysia, pasti ada terselit lokasi di 
Terengganu.

Selain dari pulau yang indah seperti
Pulau Redang, Perhentian, Lang Merah dll


ada jugak tarikan lain di pusat bandar Kuala Terengganu itu sendiri. 
di Kampung Cina.

Ala ala Street Art kat Seksyen 7 Shah Alam, kat KT ni pun ada jugak street art. 
Layankan gambar gambar yang sempat disnap kat sini









Those yang tak pernah lagi sampai kat street art Kampung Cina ni boleh lah waze saja.
Lokasi sangat mudah untuk dicari.
Berhampiran dengan Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu

tak lupa jugak kat sini terdapat barisan kedai kedai pinggir bandar yang menjual kain corak batik.
harga sangat berpatutan.
Boleh singgah untuk bg cenderahati untuk yang tersayang


#LoveMalaysia
#VisitMalaysia

Henna made by Nick

Henna dah jadi macam trend zaman sekarang. 
Pengantin mana yang taknak tampal inai kat jari kan. Makin lawa inai makin suka hati.

Petang sebelum majlis akad nikah sis, sis panggil tukang lukis inai.
Datang rumah inaikan kami semua.
Kami tu merangkap adik beradik sepupu sepapat yang rapat rapat jer.
Ada lah dalam 20 orang campur budak budak ngn dewasa.




henna pengantin. draw sendiri. not tampal2 atas kertas eh


Yang bestnye tukang lukis henna ni sangat kreatif.
Ada bakat semulajadi dalam diri dia. So korang choose je nak bentuk camne, 
sure dia akan lukis sebijik macam tu.

so my sis awal awal lagi dah buat ala ala buat macam scarptbook.
So everybody can choose their fav!


menanti giliran penuh sabar

draw sendiri. Nick memang terbaik

choose this pattern from Ig by henna_inspire

so those yang duk Kelantan or Melaka, you should try Nick service.
Memang berbaloi.
Nick ni orang Tanah Merah. Tapi dia sekarang ikut husband dia, so now dia stay kat Melaka.
Nick ni boleh je booking dia awal awal. so law kena dengan timing dia memang akan balik Kelantan
untuk berinai.


Can reach Nick from Facebook 


Harga jangan risau. Mampu milik!


Tuesday, September 8, 2015

#Perhentian Island

Dah lama sebenarnya plan nak pegi bercuti dengan geng geng shahalam ni. 
Tapi dek kesibukan yang melampau, lepas tu payah pulak nak bagi komitmen sorang sorang, tertangguh tangguhlah percutian menarik ni. 

Mula mula kami plan nak p dengan geng geng pempuan semuanya.
Masa tu semester 1. Last last bila dah nampak permainan masing masing, takjadi!
Sedih dah kat situ.

Then masa semester last ritu plan lagi. Kali ni geng bestfriend gila gila nak p.
Terdirinya drpd aku, ja, tqah, hilmi, ayu, intan, is, apek dengan epul.
kemainlah sorang sorang google nak p duk chalet mane, nak amik pakej mane.

tapi akhirnya.
yang betul betul pegi hanya aku, ja, tqah dan hilmi je.
yang lain ke lautan dalam!
hihihihi

cuma adalah penambahan anggota seramai 6 orang!
kami bawak dee (kawan shah alam jugak), marc (bf aku), bad (bf ja), cikngoh, teq and payex.
cikngoh & payex tu bff marc :)

terjadilah percutian menarik 23-25 Ogos lepas


otw dari jeti Kuala Besut
seronoknye makkkk hangggggggg!!! 
D'ROCK GARDEN jadi lokasi chalet kami dekat LONG BEACH PERHENTIAN ISLAND
kami naik bot dari JETI KUALA BESUT selama 45 minit jer
kat situ paling best sebab jadi lokasi tumpuan visitor dr pulau lain
disebabkan kami sampai pun dekat pukul 2 dah masa tu, so kami semua rehat rehat kat bilik.
then petang tu pulak p mandi mandi kat pantai.

mandi petang hitamkan muka
lepak minum petang 
second day tu kami snorkeling kat 4 tempat
1. kat tempat paing cantik kat situ airnya biru sangat (maaf lupa nama)
tapi kalau nak p kat situ pakej nye RM70 taww
2. kami pegi kat ikan nemo banyak banyak, bagi makan ikan lagi
3. kami pegi kat Lata Air Berani, mandi kat situ sejuknyeeee
4. shark point kami lalu sahaja, semua takmauuu turun snorkeling
5. turtle point! best tengok turtle besar :)

kami nak p snorkelingggg
4 jam jugak kami snorkeling. hitam muka!
petang tu sambung mandi kat pantai lagi. yang lelaki lelaki pulak sibuk nak main bola masa tu

go pro kan hadoooo
group kami
last day
kami pegi naik kat kincir angin!  

jauh jugak perjalanan pendakian 900 anak tangga tu kan. dan lagi lama bila kaki aku luka kena coral masa second day tu. lagilah amik masa lama untuk turun. sobsss

muka sedih kena paksa pegi kincir angin

hitam kan kami! atas kincir angin ni taww

next, kami nak datang lagi! perhentian island tak pernah mengecewakan kami :)
















Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Apa itu SLE? 
SLE atau LUPUS adalah sejenis penyakit kronik dimana antibodi tubuh seseorang bertindak balas dengan tisu tisu badan mereka sendiri. Kebiasaannya pesakit akan mengalami masalah seperti radang kulit (tompok tompok merah dibahagian kulit termasuk dibahagian muka), sakit sendi dan akan membuatkan mereka menjadi letih serta demam.

SLE akan menyerang?
Beberapa sistem tubuh seperti kulit, sendi, paru paru, buah pinggang, sistem saraf, tulang dan beberapa organ lain didalam badan.

Siapakah yang mendapat SLE?
90% dianggarkan lebih menyerang wanita berbanding lelaki serta kanak kanak. Biasanya, diusia boleh melahirkan anak, wanita lebih berisiko mendapat penyakit ini. Amat jarang sekali berlaku pada kanak kanak perempuan atau setelah wanita itu sudah putus haid.

Faktor yang menyebabkan seseorang mendapat penyakit SLE
Faktor keturunan adalah menjadi penyebab utama seseorang itu berkemungkinan berisiko mendapat SLE. Selain daripada itu, faktor kecelaruan sistem pertahanan tubuh juga menjadi punca sakit kronik ini.

Bagaimana untuk merawat pesakit SLE
Hydroxychloroquine
Ubat anti-malaria yang pada asalnya digunakan untuk merawat malaria didapati amat berkesan untuk merawat SLE. Hydroxychloroquine sahaja boleh diberi atau digabungkan dengan ubat lain. Ianya biasa digunakan untuk merawat keletihan, sakit sendi, sakit kulit, dan keradangan paru-paru. Kajian klinikal mendapati penggunaan berterusan hydrochloroquine boleh menghalang penyakit SLE dari berulang.
Kesan sampingan ialah sakit perut dan kerosakan pada retina walaupun sangat jarang berlaku.
Kortikosteroid
Merupakan rawatan utama untuk SLE. Jenis kortikosteroid yang biasa digunakan ialah prednisolone. Kortikosteroid boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan, dalam bentuk krim yang disapu pada kulit, atau suntikan. Memandangkan tindakan dan reaksinya yang tersangat kuat dan ketara sekali, penggunaan dalam dos yang rendah adalah diamalkan untuk keberkesanan rawatan.
Kesan sampingan jangka pendek ialah mendapat bengkak muka, tambah selera makan, serta penambahan berat badan. Kesan sampingan ini akan hilang apabila pengambilan ubat ini di hentikan. Namun begitu, pemberhentian pengambilannya dengan secara tiba-tiba adalah merbahaya. Oleh itu doktor akan mengurangkan dos dengan secara sedikit demi sedikit hinggalah ianya boleh diberhentikan. Kerjasama di antara doktor dan pesakit amatlah penting bagi mengelakkan salah faham tentang cara pemberhentian ubat ini.
Kesan sampingan jangka panjang kortikosteroid pula ialah tulang rapuh (osteoporosis), tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, paras gula dalam darah yang tinggi (diabetes), kerosakkan pada arteri, mudah mendapat jangkitan, dan katarak. Lagi tinggi dosnya dan lebih lama tempoh kortikosteroid diambil maka lagi ketara dan teruklah kesan sampingan yang akan dialami. Doktor akan cuba mengurangkan pengambilannya dengan menggabungkan bersama ubatan yang lain yang kurang kesan sampingan, dan apabila SLE dapat dikawal, dos kortikosteroid akan dikurangkan secara berperingkat. Bagi mengurangkan risiko osteoporosis, pesakit akan diberi ubatan tambahan seperti kalsium, vitamin D, dan lain-lain lagi.
Immunosuppresif
Bagi sesetengah pesakit yang buah pinggang dan sistem saraf pusatnya terjejas oleh SLE, sejenis ubat yang dipanggil immunosuppresif mungkin digunakan. Jenis-jenis immunosuppresif, seperti Cyclophosphamide (Cytoxan) dan mycophenolate mofetil (CellCept), bertindak menghalang sistem imun yang terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi. Immunosuppresif boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan atau secara infusi (drip). Kesan sampingannya ialah loya, muntah, gugur rambut, masalah pundi kencing, kurang kesuburan, risiko untuk mendapat kanser, serta senang mendapat jangkitan. Kesan sampingan akan lebih ketara jika penggunaan ubat ini dilanjutkan dalam masa yang lama. Seperti juga penggunaan ubatan SLE yang lain, jika ubatan ini diberhentikan ada kemungkinan serangan SLE akan berulang kembali.
Kerjasama yang rapat antara doktor dan pesakit sangat penting untuk memastikan rawatan yang diterima akan memberi kesan yang baik. Pesakit perlu memberitahu doktor dengan segera sekiranya terdapat gejala baru untuk mengesan sebarang kesan sampingan yang memudaratkan. Satu perkara yang perlu diingatkan ialah pesakit tidak boleh menukar ubat dan memberhentikan ubat secara spontan tanpa berbincang dengan doktor mereka terlebih dahulu.

Sunday, September 6, 2015

How you choose your favorite LIPSTICK?



People said choose your lipstick color based on your skin color. 
Is it true?
and I said it based on your confident to wear lipstick!


 Is it the color or the texture of lipstick is important? For me both them important. Before I fall in love with matte type, I really not considered about the texture. However, after i seem one of my friend use matte type and after i tried it, i really love that lipstick!














Describe MATTE Lipstick
Not a glossy type lipstick, but give a matte look to the lips. 


Why must choose MATTE Lipstick
Smudge-free ; this lipstick does not spread and stays for a whole day. You will enjoy your day with lipstick stay in your lips without any touch up. Easy right? It is make you more confident when your day is full and busy until you did not have time to touch up your lipstick!

Stick free ; its does not stick your expensive cloths. 

Natural look ; contrast with the glossy, matte lipstick will give effect more natural. You will be look as one who really natural and will make you smile all the time to show your naturalist!

It can be the only make up ; if you in rush, just apply this lipstick. You will still look gorgeous. You also not to have apply many make up in your face if you consume this lipstick. It can bring the personal aura to the women!


And Why I choose NYX MATTE Lipstick?




Because of the highly pigmented richly color. Also long wearing :) that why i love this lipstick so much. I fall in love with their various selection color.


below, i shared my addiction on NYX :)
and don't forget to choose your favorite one also.
believe me you must like and love MATTE lipstick.











Berakhirnya Dunia sebagai Pelajar



Menginspirasikan character korang dalam bentuk lukisan. Mengabadikan kenangan masa jadi student dengan korang. Korang yang kepala asyik masuk air jer. 

ini kawan kawan aku. nanti aku kenalkan tawww hihihihi


Entry sambungan Kisah 10Love :)


Tips buat Bakal Pengantin

Memandangkan sista nak kahwin tak sampai beberapa hari je lagi, aku rasa ini masa sesuai untuk aku kongsi pengalaman urus majlis dia. Aku dilantik sebagai tukang pegang duet aka account manager dia. So semua urusan pembelian pembayaran apa apa sahaja kena melalui aku dulu. Untuk pengetahuan korang sista aku ni boros orangnya hihihi

Diamanahkan jaga duet, aku ibarat credit controller dia. Aku jadi penasihat utama. Disebabkan dia agak boros, aku takut dia lebihkan pembaziran je. Tak elok kan membazir. Amalan syaiton!

#checklist untuk kahwin

Carik wedding planner bagus tapi save bajet
Asyik asyik tengok FB wedding planner ada pro and cons yang jugak. Tapi korang kena ingat dan tentukan bajet korang. Sekarang ini tak susah nak carik WP yang bagus bagus sebab dalam FB belambak. Tunggu add friends je. Kalau boleh korang carikah WP yang bagus dan murah.

Untuk wedding sista, WP dia haruslah D'rias.
Lokasi: Ketereh Kelantan
Harga: Rm 2500
Pakej: Baju 3 persalinan (laki+pempuan), pelamin, hiasan meja beradap, make up 2 kali, bunga tangan, kasut beserta aksesori.

Cantik? Haruslah cantik. Ini suggestion dari kawan kawan sista sendiri. 
Boleh view FACEBOOK CIKMIE


Doorgift beli yang patut patut sahaja
Doorgift benda yang paling penting untuk tetamu. So, aku bajet senang je, bagi saja doorgift jenis makanan kat tetamu yang datang. Untuk rombongan pengantin dan kawan kawan je kita bagi yang special sikit. Jimat okayyy. 


Cincin atau gelang? Ikut kemampuan lebih Afhdal
Sesetengah golongan manusia malu bila nak bawak cincin. Kecik katanya. Tak padan langsung. Bagi gelang nampak bergaya sikit. Akak aku pun mula mula nak gelang, tapi atas faktor faktor tertentu takdapat bagi gelang. Mampu beli cincin je. Tak pe, janji dapat jugak. Syukur kan!


Hantaran nak letak apa?
Iphone? Ipad? Beg MK? Orang cakap alah kahwin sekali je beli lah yang boleh buat kenangan. Biar mahal sikit. Heyyyy cik kak sayang, korang nak beli sekali tu je ke barang barang macam tu. Lepas ni taknak beli dah ke beg tangan? Kire pakai yang beg hantaran tu jela kannnn.... hihihihi

Mentaliti singkat sangat kadang kadang orang kita. Macam beg, kasut, telekung solat tu beli yang biasa biasa sudahlah. Macamlah lepas kahwin tu korang taknak beli yang lain. Macam jam tu aku pun suggest belilah yang mahal sikit. Boleh pakai lama. Jadi pembeli yang bijak ok. 
Jangan dek tittle pengantin tu korang lupa untuk jadi pembeli yang bijak hihihi


Kepentingan kad kahwin
Untuk majlis akak aku ni memang aku book online saje utk kad kahwin dia. Itupun aku pandai carik timing dapat lah harga offer kaw kaw kaw.... 
500 pieces RM 130.00 mampu???
Kena pandai carik ok. tak de salahnya beli kad kahwin murah. Kepentingannya untuk tengok date dia je kan. so, kenapa mahu membazir?


Untuk korang yang nak kahwin, bolehlah rujuk pengalaman aku ni untuk buat majlis korang. InshaAllah jimat. 
korang nak jimat tak?

Saturday, September 5, 2015

Inginkan percutian yang menyeronokkan? Tips Mudah utk Pergi Bercuti :)

Nak bercuti tapi tak tahu nak pergi ke mana? Sini ada tips, moga moga dapat membantu korang untuk pergi bercuti tak kira bersama teman teman rapat ataupun famili korang :)



Tentukan bajet anda
Mula mula benda ini paling penting. Korang kena ingat nak pegi bercuti ni memerlukan bajet. Ianya tak kira bajet mahal atau murah. Paling penting korang kena save duit. Ianya bergantung pada berapa banyak duitanda. Kalau korang bajet lebih bolehlah pergi tempat yang bes best.

Korang bajet ciput je? Takpe pergi tempat tempat yang tak memerlukan banyak kos. Kat Malaysia kan semua ada. Jangan risaulahhh! Macam mana student nak save duit? Berjimat cermatlah dengan duit pinjaman anda, buat bisnes kecil kecil ke, ringan tangan tolong lecturer ke (biasanya akan dapat upah taww). Alahhh aku pun studentlah dulu, benda benda ni dah jadi makanan aku dah hihi..


Pilih lokasi
Bila dah buat bajet, kemudian bolehlah cuba cuba pilih tempat pulak. Ini pun bergantung pada bajet anda. Korang bajet serendah RM 50 pon aku rasa dapatpergi tempat yang korang tak pernah sampai sebelum ini. Itupun kira bercuti. Percutian singkat dengan rakan rakan namanya hihi!

Aku pernah pergi Bagan Lalang dengan kos berkenaan. First time aku p sana taw. Makan kat kedai ikan bakar tersohor kat situ. Murahhh you! Boleh cuba cuba pergi kepada yang tak pernah sampai kat situ. Murah dan berbaloi baloi.

Aku jugak pernah buat daytrip pegi Melaka. So far Melaka bagi aku tempat yang save duit jugak. Korang pegilah try minum coconut shake dekat Klebang. Rugi taw bila sampai Melaka tapi tak p try minum kat Klebang. Terbaikkkk coconut shake dia! Lepas tu korang p jejalan kat Jonker Walk waktu malam. Semua murah murah. Keychain, freeze magnet, gelang gelang, fuhhhhhh bole buat rambang mata!

Elak pegi mall, nanti bajet burst! Hihihi. Tak tahu nak pegi mana? Korang cariklah mr Google, sangat membantu!


Buat research sikit pasal tempat tu
Ini penting bagi korang yang first time nak pegi tempat tu. Tanya kawan kawan yang ada pengalaman pegi situ. Contohnya macam aku pegi Pulau Perhentian hari tu. For those yang tak pernah pergi sana akan cakap makan kat mahal. Itu diakui sah! So masa aku pergi Perhentian hari itu aku dah bawak siap siap bekalan makanan. Jimat duit!

Selain dari nak bawak makanan, research ni penting jugak untuk kita tentukan nak pegi jejalan kat mana. Mestilah kita nak carik tempat menarik kyang bersesuain dengan bajet kita. So takde maslaah lah bila bajet sikit kite pun mampu pegi berjalan kan. Yang mudahnya korang tanye pada kawna kawan yang dah pernah pegi kat situ. Lagi membantu!


Pilih kawan yang sekepala dengan anda
Ini snagat penting yer. Kawan haruslah sekepala dengan anda. Ini memudahkan dan buat percutian anda lebih bermakna. Peranan kawan sekepala ini sangatlah penting. Masing masing ada misi dan tujuan yang sama. Ini boleh mengelakkan rasa tak puas hati sesama kawan kawan korang.

Mengelakkan bergaduh pon betul jugak. Aku pon mempraktikkan benda yang sama. Kita boleh rasa keserasian sesama kita. Takde nanti yang muncungkan mulut sampai boleh ikat tepi hahaha.....



pilihan aku semestinya pulau #perhentian island


So lepas ni korang bolehlah merancang tempat percutian korang. Jangan risau Malaysia macam macam kan ada! Hihi.... 



Friday, September 4, 2015

Resipi: Kek Coklat Moist

Mudah je nak describe aku: Penggemar kek

Aku sanggup order kek dari kawan kat Kelantan masa aku kat Shah Alam hari itu. Mujurlah kebetulan ada yang nak menyinggah kat Shah Alam, bolehlah datang hantar kek aku sekali. Pernah sekali tu aku order kek dari teman kepada sahabat aku. Cheesekut dari Johor. Sedap sangat.

Ini FB tokey kek sedap. Trust me kek coklat moist dia sangat sedap Mardiana Muhammad

Itu gambaran gila aku pasal kek. Selalu aku perasaan bila time raya nak buat kek. Nak hidang kat tetamu. Sampai masa Hari Raya. Hampehh hahahaha..........Dan kerana kek dialah menyebabkan aku mencari Mr Google untuk godek godek resipi kek.

Resipi ini aku dapat kat Resipi Sheila Rusly :)

Bahan bahannya:

Bahan A
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula

Bahan B
1 1/4 cawan gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate

1 sudu kecik esen vanilla
4 biji telur

Utk topping:
1/2 cawan susu pekat
1 sudu mentega
1 sudu serbuk kok

Cara caranya:
Ayak Bahan A. Masak bahan B dengan api kecil sehingga sebati Masukkan telur, esen vanilla, bahan B, dan masuk sikit demi sedikit Bahan A. Kukus selama sejam. Sejukkan. Curah topping atas kek.

Siapppppp!!!! 


Discovery Langkawi

Ini dikira macam throwback lah. Apa yang dah jadi selama 9 bulan sebelum ini. Salah satunya pergi trip kat Langkawi youuuu. By the way, Mac lepas dah masuk semester baru, final semester for MBA. Syahdu sedih semua ada ..... sobsss (dalam hati lonjak lonjak suka sebab dah nak habis).

So requirement untuk salah satu subjek kami tu kenalah melawat tempat. Ataupun kalau nak pegi jejalan kena buat forum, kena invite industrial person datang bagi talk. Tak kisah pasal apa. Korang ingat kami rajin ke nak p carik org nak buat talk? Jawabnya tak lahhhh!!

So kami pun decide lah nak pegi jalan jalan. Tempat pilihan mestilah kena vote kan. So hari tu adalah some place to be choice, one of them is Langkawi. The rest if im not mistaken Iskandariah Johor, somewhere at Selangor (tak ingat), Kulim High Technology Park and Terengganu. Undi punya undi.... tadaaaaa Langkawi jadi pilihan.

Aku suka! Walaupun masa degree pon pegi Langkawi jugak. Dulu dulu pegi naik bas UiTM dari Kota Bharu ke Kuala Perlis, then take ferry straightly go to island. But, this time we go by aeroplane terus. Naik bas dr Shah Alam ke KLIA je. Save masa sangat dan tak letih :)

sampai kat airport jam 9 pagi
Kami pegi untuk dua subject terus; Global (Dr Shim) and Strategic Mgt (Dr Her). Class sangat nama lecture aku hihihihi. Mula mula sampai kami pegi LADA dulu. Pegi dengar talk pasal Langkawi. P kenal dulu sejarah, pembangunan, apa yang ada kat sini dan macam macamlah. End dia pihak LADA jemput kami makan pagi kat tempat dia. Tanda penghargaan sudi datang LADA. Terima kasih daun keladi! Sedap nasi tomato (kebetulan sangat masa tu asyik teringin nak makan). Then, lepas tu kami pegi lah ATMA Batik. P canting batik sikit huhuhu... Masa kat situ sempatlah beli souvenir kat  advisor jugak.


DR shim bagi cenderahati kat pihak LADA
sempat je wefie
ATMA batik
Then lepas tu kami pegi jalan jalan naik bot. Macam island hoping gitu. Tapi time kat situ tak sebanyak tempat kat island hoping tu lah. Last lepas naik bot, lepas kena kejar kat monyet apa semua kami p Galeri Perdana. First time aku pegi situ. Best, banyak sangat collection TunM.

Second day....
Sambung next entry




kami round pulau

antara salah satu koleksi Tun M




Tutorial Buat Props

Mula mula bila sista mintak buat props untuk hari tunang dia buntu jugak aku. Nak beli online macam membazir mahal plak tu. Ada sehari tu, kami pegi GM Klang carik baju tunag dia. Last minit punya keje memang gopoh lah jugak. Then masa tu iugak lah kezen i cakap kat AEON Bukit Tinggi ada booth jual props.

Apa lagi kami cepat cepat lah beli baju then gerak g AEON pulak. Nasib dekat jer. Carik punya carik sekali tak jump plak. Lepas tu call balik kezen tu tanya betul ke kat AEON. Sekali dia p cakap alamak kat Tesco lah. Kami dah macammm grrrrrr. Kau rasa apa!!! Punyalah besar gedabak AEON tu kami pusing semua tempat. Pergghhhh nayaaaa sajaaa
Kerana dialah aku belajar buat props

Then aku cakap kat sista takpayah buat props lah. Dah tak de masa nak book online ni. Sista pun cakap okaylah dengan kecewa.

Malam tu ntah macam mana godek balik fon tengok gambar gambar props yg sista anta before tu. Sekali Allah bagi idea on the spot. Kebetulan plak laptop masa tu tengah on. Mula mula bukak paint. Haishhh macam susah plak nak lukis lukis bagai. Then bukak pulak kat Word.

Disinilah idea tercipta. Cara caranya mudah je sayang sayang semua:

Mula mula korang carik INSERT then find SHAPES. Pilih je nak bentuk mane. Then korang decide nak besar mane shape dia. 

Lepas tu korang add art box utk tulis dlm. Macam aku rtu aku tulis je ikut sample props tu. tulis eday lah, happy for u lah, save the date lahh, congrats etc. ikut suka korang.

Lepas tu kalau korang nak insert bentuk love ke dlm box tu silakan. Takde sapa marah hehe

Then color. Buntu nak letak color ape? Untuk first stage korang ikt je color sample props tu. takde salahnyaaaa 😊

Lepas tu siap. Bolehlah print. Haaa kat sini ad tips untuk print. jangan main bedal je print tu. untuk print props korang mstilah guna kertas gambar. Alahhh kertas print gmbar tu lahh. Flossy paper rasanya nama dia. Then mestilah print pakai printer waterjet. Printer ni akan buat color props anda nampak cantik smooth je. Takde belang belang taw.

So, korang boleh lah cuba buat props sendiri. Jimat kos! Bole buat banyak banyakkkk.

buat je ikut kreativiti masing masing

seronk sangat pilih props. banyak pilihan bila buat sendiri

ni haaaa tuan punya props