She is ADILA ...

Sunday, February 24, 2019

Overclaim Product

Salam gais

Menjadi sesuatu yang tidak asing lagi bagi di Malaysia pada masa ini apabila lambakan kosmetik tiruan, repackaging yang berada di pasaran. Barisan founder founder seperti berlumba dalam acara marathon untuk menghasilkan produk komestik masing masing. Pembeli seakan pening untuk membuat pilihan disebabkan rata rata penghasilan produk tiada bezanya, cuma ada penambah pengurangan pada setiap kandungan produk berkenaan sahaja. 

Yang menjadi masalah besar apabila geng geng founder ini bukan sahaja berlumba dalam penghasilan produk malah menjadi overclaim barangan sendiri.

Perkara ini seakan mula memberi saingan sengit pada kami si pembeli. Susahnya nak buat pilihan. 

Tapi terasa sangatlah tidak beretika bila terlampau overclaim produk masing masing ini. Overclaim terlampau seperti contoh membandingkan produknya yang baru setahun jagung di pasaran dengan jenama jenama antarabangsa yang gah. Mereka bukan sahaja nama besar tapi sudah punyai lambakan jenis produk entiti tersendiri. 

Hello gaisss ! Jangan terlalu confident dalam mempromosikan produk korang yer. Kami sebagai pembeli naik muak dan jadi loya terus takjadi beli produk anda hahhaha. Hello ingat kami ini akan rasa teruja sangat ke bila kau mula bandingkan dengan jenama antarabangsa yang dah bertahun berada di pasaran. Ohhhh nooooo! Kami masih mampu menilai mana 1 kaca mana 1 permata.

Sekian, jangan teruja sgt dalam mempromosikan produk korang. Nak promosi boleh tp jangan sampai overclaim produk korang bagus sangat.