Salam magrib. Baru selesai solat Magrib, kebetulan laptop dah already on, aku rajinkan jari menaip disini.
Malam ini,
Aku tidur di Kb. Along tidur di Sg Buloh. Mak abah adik adik plak di Machang. Semalam, aku dan Along masih tidur sebilik, masih makan malam bersama sama. Tonton tv sama sama. Pergi pasar malam sama sama. Tapi malam ini dah hambar. Tak macam semalam, tak macam 5 hari yang lalu. Kegembiraan 5 hari lalu dah berakhir kan. Bila masing masing sudah meningkat dewasa, inilah episodnya. Itu belum lagi masuk ke alam rumahtangga. Pasti bakal jauh, menjauh dari zaman kanak kanak dulu. Pasti banyak beza dari zaman sekolah.
Teringat zaman sekolah,
Dulu masa aku dan Along di sekolah menengah, adik adik di sekolah rendah. Sama sama pegi sekolah. Sama sama bersarapan. Mak pagi pagi lagi sibuk sediakan sarapan. Masih macam sekarang. Mak selalu siapkan sarapan, tak kira hari bersekolah mahupun weekend. Mak mak! Tak pernah terpisah dengan dapurnya. Air tangan mak tiada bandingannya. Abah sibuk dengan kerjanya. Masa kami bersekolah, abah anggota polis trafik. Tak banyak masa di rumah sebab selalu operasi. Tambah tambah bila bulan puasa, abah jaga speadtrack area Gua Musang. Jauh kan jaraknya dr Tanah Merah ke Gua Musang. Begitulah kami ..... Melalui kehidupan dalam keluarga polis. Mak setia menjaga kami di rumah bila abah keluar bekerja. Mak aku isteri yang terbaik. Ya, yang terbaik yang dimiliki oleh abah aku.
Bila dah meningkat dewasa,
Aku belajar di KB. Disini plak aku duk rumah sewa. Weekend baru nampak muka di rumah. Along? Dia jauh, dia kerja di Sg Buloh. Lagilah jarang balik. 3 bulan sekali baru jejak kaki di bumi Kelantan. Akak? Dia baru habis SPM, tengah tunggu result. Dia amik keputusan kerja sementara kat bandar Machang. Pegi kerja pukul 9pagi balik plak pukul 6 petang. Hari hari begitu kecuali Jumaat dia cuti. Adik? Dia amik PMR tahun ini, jadi dia bersekolah sebelah pagi. Pukul 2 dah ada kat rumah. Balik makan, tido, petang keluar pergi kedai gas abah kat kg bukit tiu. Abah? Lepas balik keje, makan jap tido then petang dia jugak pergi pantau kedai gas. Hari hari begitulah fenomena rumah aku. Yang kesiannya, pada mak. Mak lah jadi penunggu setia ,di rumah. Sambut setiap ketibaan yang datang/balik ke rumah. Tak kira siapa, aku abah akak along atau adik, dialah penyambutnya. Tanpa jemu tanpa mengeluh.....
Semoga mak sentiasa sihat, panjang umur......
semoga setiap ketibaan kami di rumah syurga itu adanya penyambut tetamu iaitu Mak. Yang menyambut dengan penuh kasih sayang, yang penuh kesetiaannya. Yang tak pernah mengeluh menarik muka dengan setiap kedatangan insan insan ke rumah itu. Mak lah yang terbaik.
- Saya sayang mak saya -
Tuesday, March 12, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment