Ehemmm ehemmmm ....
Update tentang cerita slot Akasia jam 7 petang di TV3 setiap Isnin hingga Khamis.
Pasti korang tengok kan?
Pasti ada komen yang tersendiri....
Ohhh gilakan Zain Hakimi .... Ersalina Amani....
Saya jugak teruja menontonnya. Malang sekali, saya perlu menonton melalui portal Tonton. Yelah, masa tu kan time Magrib, abah saya memang melarang sesiapa menonton tv masa tu. Sebab time tu la kita kena solat Magrib, mandi. Masa pulak singkat.
Even saya menontonnya di episod 6, dah terlepas 5 episod terdahulu. Sebab mula mula tengok macam menariklah. Bermulalah tengok masa mak si El ngan mama si Zain mengenenkan mereka berdua. Masa mula mula kahwin memang sweet kan depa. Tapi, bila time El gugur, semuanya berubah.
Boleh dikatakan banyak sangat nasihat dan pengajaran di sebalik cerita ni. Yang pertamanya, si mama El tu tak patut menyembunyikan hal sebenar kepada El. El patut tahu, perkara tu tak perlu disorokkan. Senang sama sama, susah mesti sama sama jugak kan. Mungkin abah dan abang El ada pandangan sendiri. Perkara yang besar macam tu perlu dibawa berbincang bersama. Memanglah sukar tapi itulah sebaiknya. Yang keduanya, even kita berkawan baik sebaik baik mana pun dengan seseorang, janganlah semua cerita kita perlu bagitaw kat kawan kita. Perlu ada cerita yang boleh diceritakan, dan perlu ada dirahsiakan untuk keselamatan diri sendiri. Macam Zain, dia terlalu percayakan kawan dia, Hady, tanpa dia tahu Hady telah menikamnya dari belakang. Kan mudah orang buat jahat tu kan. Last sekali, terimalah hakikat bila kekasih kita, orang yang paling kita sayang dah ada orang lain. Belajarlah hormati dia. Macam bekas kekasih El tu tak nampak macam menghormati Zain walhal dia tahu si El ni isteri orang.
Well, apa saja yang berlaku kita perlu amik iktibar, amik contoh dan belajarlah untuk memahami dan juga menerima.
-xoxo :D-
Monday, January 28, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment