Salam petang.
Petang yang mendamaikan, petang yang tiada kekusutan di fikiran. Sambil sambil tengok ulangan Juara Lagu ke 27, aku tarik charger laptop, bersantai di depan tv sambil jari menari nari di laptop.
Si dia disini?
Sebenarnya petang ini sengaja aku ingin menulis tentang dia. Dia yang pernah bertakhta di hati aku. Dia yang pernah aku ucap ayat cinta, sayangkan dia. Dia ialah MFA! (sila godek godek entry lama saya oke) Dia kini sudah berkahwin, secara automatiknya dia adalah laki orang.
Tiada rasa apa apa apabila aku tahu dia sah bergelar suami orang baru baru ini. Sedih pom tak, suka pom tak. Bagi aku, aku bukan sesiapa yang utk menidakkan kebahagiaan dia. Dia mampu memiliki kebahagiaan dia sendiri. Seperti aku, yang kini lebih bahagia tanpa dia :) cuma disini aku nak ucapkan "Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia sampai akhir hayat". Amin .....
-xoxo :D-
Saturday, January 19, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment