Selamat petang di kota bharu. Selesai sudah masuk kelas pertama pada semester terbaru. Hehe, saya jadi super senior yer adik adikku. Semester 5 sudah. Alhamdulillah, tiada sebarang halangan sejak 5 tahun sudah belajar di Universiti Teknologi Mara Kelantan. Semester 5, semester terakhir utk saya masuk kuliah. Semester depan insyallah jika diberi umur yang panjang, saya sudah praktikal. Tak sabar tak sabar ngeee :D
Siapa yg boleh bersabar sejak sekian lama duk belajar? Terasa bagai nak pegang duit sendiri. Lebih tepat lagi, mau bekerjalah. InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan. Kalau boleh, lepas jer praktikal nak bekerja terus. Tapi yelah, tak semudah mulut yang berbicara tuh. Tapi, itulah impian di hati!
Kelas pertama macam biasa. Lecturer hanya brief subject. Ade jugak yang tak masuk kelas. Minggu pertama masih holiday oke :D Ramai budak budak baru hoii. Kenal sangat lah budak baru, diorang kan bawak salinan X-Ray yang besar gedabak. Haha kenal sangat lah kan. Ok normal budak baru masuk sem baru. I mean baru datang laa haha, pergi carik kelas. Eh eh ... ade pertambahan bangunan blok larh. Almaklumlah, kampus kota kan. Bangunan kecik jer, tapi student ramai. Batch Bachelor, malam lak batch PLK, PJJ. Penuh lah seharian. Kelas pack! Timbul masalah bila nak buat kelas ganti.
Hari ini ramai yang beratur amik baucer buku. Alaaa ,,, yang RM250 tu kan ngeee :D mula mula teruju nye! Sanggup beratur panjang nak dapatkan baucer. Selesai tang baucer, mula pikir eh nak pegi kbmall lah. Nak beli alat tulis. Kan nak start kelas! Oke pegi lah ke kbmall dengan roomates. Bawak kereta kan :D mudah nak bergerak sikit. Masuk lah Popular. Bukan main ambik bakul, kaya kan duet banyak nih nak memborong. Mudah jer, ambik jer satu per satu. Perasaan nak shopping satu Popular tu mak kau! Mula mula sekali pegi amik Buku 1 Hari 1 Resipi. Mak berkenan sangat nak buku tu. Hari tu pegi pinjam yang maksedara. Tapi tak best lah nak memasak takkan asyik pegi pinjam yang orang. Oke pegi lah amik buku tu. Then yang lain lain aku borong la stationary. Banyak lah jugak :)
Tang tang nak pegi bayar, ade sorang kakak tu, keje kat situ. Dye tegur la aku nak guna baucer ke? Aku jawab la ye la, nak guna baucer nih. Kak tu pun cakap lah, baucer tu nak kena guna utk beli buku 80%, then for stationary only allowed 20% ! Hapeee 20% jer. Aku nih dah terlebih dah. Total total aku kena tambah sebiji lagi buku kira kira dalam RM40. Sebab aku nak guna baucer RM100. So dengan muka sedihnya aku pegilah letak segala bagai stationary yang tak penting. Amik yang penting penting jer untuk baucer RM50.
Kenapakah begitu?
Setahu aku tak pernah pom bersyarat. Kena kali ini kena bersyarat syarat. Tidak ke stationary tu pentingjugak? Nak cakap tak dapat untung bila student beli stationary sahaja, tipu lah tak untung. Kalau setiap student tu berbelanja RM100 untuk stationary, dah dapat untung yang banyak kan. Entahlah, aku tak tahu plak kena sem ni susah plak nak guna baucer buku. Disini bukan nak cakap kami tak mo beli buku dengan baucer sedia ada tu. Tapi yang masalahnyer, buku kami tidak dijual di kedai kedai buku yang open tuh. Hanya dijual di universiti sahaja. Nak guna kat U plak, pihak U hanya jual buku sahaja, stationary tak dijual. Susah susah ! Hmmm lebih baik lain kali bagi saja dalam bentuk tunai. Untuk keuntungan semua pihak. Setuju tak ?
Monday, March 4, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment