She is ADILA ...

Wednesday, December 29, 2010

Piala AFF Milik Malaysia

Alhamdulillah...syukur! Tu first word yang terkeluar... sebab saya terlebey excited pada malam nie!
Kita menjuarainya ..................!!!!!!!!!!!!!!!!!!~
Even malam nie gawang kita ditembusi dengan 2 gol, namun dengan aggregate 3-0, kamilah juaranya. Gol keseluruhannya 4-2, tahniah jugak kepada Indonesia *sila cuba laen kali k*....
Seperti biasa, Indonesia bermain dengan cara yang agak kasar. Itu yang saya naek angen tu *nak marah laaa*! Hehehehe .... tapi setiap apa yang dibuat pasti ada balasannya, iaitu kena kad kuning! Haaa....kan daa cakap maen leklok, tu laaa x dengar cakap sangat, melawan ag~
Credit tu Khairul Fahmi! Yes, dialah hero, penyelamat gawang Malaysia. Andai dia tidak cekap, habis laaa kita diganyang oleh Mat-Mat Indon tu.... Pertahanan kita cukup kuat, penjaga gol fokus! Sebab itulah kita menang... Masuk 2 gol tu pom sebab keadaan "genting" dan Fahmi memang tidak dapat menyambar bola. Itu saja! Fanatiknya saya dengan pemain Kelate nie hehehe ....
Lihat saja 1 gol dari Malaysia yang membuatkan Markus nampak "merah garangnya" itu.... Credit ++ ag buat Safee, Luv Ur Style laaaa~ Maybe masa tu Markus kurang yakin dengan tendangan Safee sebab dia keseorangan disitu tanpa sahabat-sahabatnya. Turut beraksi cemerlang pada malam tu ialah Amar Rosidin, Muslim, Khairul Idlan Talaha, Safiq Rahim *as usual sebut nama C Malaysia tu*....tahniah! Hebat laaa korunk!!!
Setelah sekian lama tidak menggenggam piala tu, tahun 2010 mencipta sejarahnya tersendiri bila piala keramat itu kembali digenggami Malaysia. Thanks a lot to K. Rajagobal, u are the best laaa ....
Akhir kata, tahniah buat Harimau Malaya.....memang meletup laaa!


DETIK KERAMAT...Safiq Rahim  (kanan) menjulang   Piala Suzuki AFF 2010 selepas  mengalahkan Indonesia  di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.
::copy paste dr Harian Metro::

No comments: