2010 .... banyak melakar sejarah dalam hidup aku. Yang membuatkan hidupku berputar 360 darjah! Tapi, ini laaa kenangan, yang menceritakan makna hidup! I'm a tough enough.... fullstop!
Letaklah di mana, InsyaAllah saya akan bina hidup sebab saya telah melalui segetir-getir kehidupan. Dialah yang mengajar segalanya. Lali dengan apa sahaja keadaan buat saya jadi sekeras-keras manusia.... Inilah hidup, saya lalui dengan keupayaan diri sendiri dan bila akal diletakkan ke belakang, bahayanya menanti di hadapan. Dengar cakap orang! Itu bukan nasihat tapi itu arahan.... supaya mendengar nasihat/ pandangan orang lain. Sekeras-keras hati manusia, akan terdetik jugak saat sedih merudung. Saya kalah pada emosi! Emosi menjerat diri, menghakis hati yang keras umpama batu. Andai dunia ini boleh diputar, keadaan ini akan saya putar sebab saya tak mahu menanganinya! Namun, apa yang berlaku, segalanya berhikmah. Tanpa 2010, siapalah saya! Mungkin saya masih tercari-cari makna hidup. 2010 laaa segalanya, menciptakan dunia ini syurga dan neraka bagi saya. Perginya 2010 akan membuatkan saya lebih tabah, tenang menghadapi segala apa yang akan berlaku dan akan semakin rasional berfikir, bukannya masih beremosi! Cukuplah, 2010 mengajar saya segalanya dan munculnya 2011 saya akan menjadi lebih matang utk menanganinya......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment