GoodBye 2010 and welcome here 2011 !!!!!
Saya nak buat azam baru sempena 2011, opssssss lupa umur jugak meningkat setahun *itu pom law ikut tahun laaa, law ikut bulan lambat ag nak bergelar 21 tahun* ... Ada apa pada umur kalau masih pada takuk yang lama? Tiada beza kan kan? Apa kata bina hidup baru? Ya, saya sedang menjalani kehidupan yang baru *skema nyer ayat*...2011 akan terjadinya perkara-perkara berikut :
- Sudah masyuk 21tahun bermakna saya sudah boleh mengundi! Itu keutamaan yang penting. 1 undi utk menyelamatkan keadaan hehehe....Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa itu kewajipan saya. Siapa lagi kalau bukan kita sendiri utk memakmurkan negara kita. Jangan diulang kisah berdarah yang lalu! Bangkitlaaa dengan azam dan semangat sebagai anak jati Malaysia.
- 21 tahun, angka yang saya patut tahu yang saya akan tamatkan pengajian dalam bidang diploma. Ya, saya akan bergelar graduan diploma Pengurusan Bank...Saya perlu capai target utk ke tahap yang lebih tinggi. 2 semester lagi utk saya pertaruhkan CGPA saya utk berada di tahap yang membanggakan diri sendiri. Opsss anda perlu tahu saya bukanlah bijak mana pom....hurmmmm! Tapi saya ada usaha dan saya tahu usaha itulah tangga kejayaan.
- 21 tahun, saya ada cita-cita tersendiri selepas habis diploma. Saya masih berkira-kira adakah mahu menyambung pengajian atau terus memburu pekerjaan? Andai saya bekerja, sudah semestinya saya memilih utk makan gaji dengan kerajaan. Walaupun saya tahu gajinya tidak seberapa, namun saya akan terus diburu rasa selamat dan yakin dengan apa yang saya lakukan. Atau jika saya memilih utk sambung study, bidang apakah yang saya akan ikuti. Degree in Bisness Study (Finance) or apa... Saya perlu memilih berdasarkan kemampuan saya.
- 21 tahun....saya akan jadi adik terbaek utk kakak saya! Supaya saya dapat mengepaw duitnya nanti. Ya, tahun inilah kakak saya akan habiskan pengajiannya dan akan bergelar jururawat! Yes, saya mampu mengepawnyer nanti.
- 21 tahun, eh3 saya rasa nak kahwin laaa! Tapi tidakkah umur itu terlalu muda??? Nanti saya fikirkan!
- 21 tahun....eh daaa rasa macam tua plak! Oh tidak.... saya musti jadi yang terbaek utk semua...
Itulah matlamat saya di alam 21 tahun ini. Semoga segalanya indah-indah belaka....aMin~
No comments:
Post a Comment