Berbeza dengan entry-entry sebelum nie, selepas berjaya mencecah sampai 5 episod cerita pasal MR nie, saya berbalik kepada story yang menarik hati ini. Sebelum tu nak tanya sikit
"PERNAH TAK TERLIBAT DENGAN BLIND DATE NIE?"
Kalau pernah, mesti terbahak-bahak bila mengingati peristiwa tersebut kan. Ye laaa nama lagi BLIND DATE atau translate Melayu nyer .... PERJUMPAAN BUTA eh eh eh hehehehe .....
bukan-bukan .... dengan lebih tepatnya "mengadakan pertemuan dengan seseorang yang tak pernah dikenali"!
Owh .... itu standard BM nyer. Pernahkan???
Persoalannya:
- Apa perasaanya? Berdebar atau tidak?
- Bagaimanakah reaksi pertama anda?
- Pandangan pertama tentang si dia?
- Bila mula berinteraksi, bolehkah anda menilai si dia?
- Ada timbul tak perasaan "alamak .... nak cabut lari laaaa"?
Haaa....macamana ??? Ada tak jawapan bagi persoalan yang timbul? Biasalah, itulah penangan risiko BLIND DATE nie, nak taknak tolong jangan malukan diri sendiri dan tolong jaga aib si dia. Jangan bila 1st tengok dia, dah nak cabut lari. Itu tidak elok namanya hehehe ....
Biasanya orang yang merasakan perasaan sebegitu apabila:
- Silap target laaa pasal si dia.
- Terlalu mengimpikan si dia bagai puteri/putera impian anda.
- Si dia tak seperti yang diimaginasikan.
- Bila si dia tidak memenuhi langsung citarasa anda membuatkan anda rasa hendak lari saat itu jugak kahkahkahkah.
Perlu diingatkan, si dia juga punya perasaan. Jangan anda rasa hanya anda yang prefect. Si dia mungkin juga bercitarasa tinggi dan tidak mengimpikan untuk bertemu orang yang seperti anda. Awas! Tolong fikir menggunakan kedua-dua otak anda, mungkin selepas itu anda dan si dia akan cool. Tapi, jika dia sudah menampakkan si dia menyukai anda, namun anda tidak ada perasaan langsung terhadapnya, tolong jangan menghancurkan hatinya dengan kata-kata anda yang tidak pernah berlapik itu. Cara-cara untuk cepat-cepat balik ke rumah dan menamatkan terus BLIND DATE anda itu seperti:
- Buat-buat sibukkan diri dengan handset anda, mungkin si dia akan fikir anda tidak cukup masa utk berbual panjang dengannya.
- Bila dia ajak makan, tolaklah dengan baik, beritahu si dia yang anda sudah kenyang dan hanya berminat utk minum sahaja dengannya.
- Beritahu si dia yang anda hanya akan spend masa beberapa minit sahaja dengannya.
Hehehehe .... terukkan saya! Tapi itu cara yang selamat yang tidak akan mengguris perasaan si dia. Jika anda langsung tidak berminat utk berkawan dengannya lagi, anda perlulah:
- Berterus teranglah dengannya.
- Cuba elak utk membalas mesej darinya.
- Jangan menyibukkan diri utk mengajaknya bertemu sekali lagi.
Namun, perlulah diingatkan, tidak salah utk meneruskan perhubungan dengan si dia jika anda betul-betul ikhlas menerimanya atau lebih senang declare sahaja utk jadi kawan baik. Baguskan! Ianya tidak akan membuatkan anda berasa bersalah diatas tindakan anda dan tidak perlulah si dia menjeruk rasa dengan anda.
Sekian, jumpa lagi ..............................
No comments:
Post a Comment