She is ADILA ...

Friday, December 28, 2012

Sweet Sour 2012

Januari 2012
Time ni saya keje di kedai telefon dekat area Machang. Masa nie jugak saya sedang tunggu result utk sambung degree. Masa ini seronok sebab gila carik duet. Seronok dapat kenal member baru. Opsss saya jugak ade bos yang baik hati (kini sudah jadi arwah). Saya member baik wife dia, kakJa! Until now kami still kawan baik. Banyak saya belajar perkara baru sejak saya keje.


Mac 2012
Alhamdulillah, masa ini saya sudah pun mendaftar sebagai pelajar ijazah Sarjana Muda Kewangan di UiTM Kampus Kota Bharu. Masa ini saya gila nak study plak. Jumpa ramai member baru dan jugak hilang member lama jadi igauan buat saya. Disini jugak saya belajar lupakan sakit dihati saya. Ok, masa ini jugak saya tak lagi berkampung di Machang. Kini saya beralih tempat ke Kota Bharu. Heyyyy i lovin it!

Syawal 2012
Terasa lama gila saya tak sambut hari raya dengan meriah sekali. Tapi tahun ini memang saya gila beraya! Mau taknyer dah la saya sedondon dengan cintahati. Lepas tu plak, bakal mak mertua bagi baju raya pulak! Alahai, seronok kemain. Ok kaler pink baju raya mak mertua kasi. Kami pilih tema GREY tahun ini. Meriah gila walau my BFF xdapat balik beraya sekali. Opsss nak taw benda tak? Saya jadi superduper gila berposing bagai time nih. Aduhhh ! Rasa nak letak 1 folder gambar raya kat sini. *belebukkk*



Aidiladha 2012
Ok masa ini my beloved kezen kak Ma officially Married! Wah lagi gorjes disini. Meriahnya sakan dengan kaler purple. Kami semua sedondon. Opsss lupa nak bagitaw, saya jugak jadi unofficial cameraman for outdoor session. Nak tengok tak gambar yg saya snap? Ok nati saya share. Gila meriah sakan! Saya doakan mereka cepat cepat dapat baby dan bahagia sampai syurga!



Oktober 2012
Pertama kali sejak saya belajar kt UiTM, saya pergi trip education. Ok kami ke Langkawi. Pertama kali jejak tempat bersejarah lagi cantik dan mendamaikan itu buat hati saya gila tertawan. Seronok and enjoy disana! I love the place, and i wish i will go there again. Sekembalinya disana, opsss saya dikhabarkan dengan berita tidak gembira. Bos saya, Encik MRA telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung. Saya sempat memberikan penghormatan terakhir buatnya.


Hari ini 2012
Saya tengah mabuk berblogging di musim study week! opss saya jugak nak tinggal laptop bluelove dalam beberapa minggu utk struggle for study week! Last picture for this year is ..........



 -xox :D-

Thursday, December 27, 2012

Kawan ketawa mudah di cari

Salam.
Selamat petang.
Semua sihat?

Sy sihat sentiasa! dan semakin hari semakin bam bam. opsss mak sy panggil sy ikan buntal! ohh sampai hati mak. Dalam kepala berfikir bile yer aku nak bila fellina or SDII setin? MrB cakap buang duit, buang masa. ohhh lagi jahat....
Dalam suka suka pasti ada duka yang aku tempuhi. Hidup berkawan memang indah bila kita bertemu dgn orang yang betul betul bole jadi kawan kita. Tapi tak pernah indah bila kita tak sekepala dengan kenalan kita.
Kawan, kenalan & sahabat ..........
Semua membawa maksud yang sama, tapi pengertiannya lain lain bukan. Dan saya tiada kawan dan sahabat baik buat masa ini. Semuanya sekadar kenalan biasa! Kenapa saya susah nak berkawan? entahlah tak secocok kali. Emmmm ntahlah. Hanya saya jer tahu kenapa saya susah nak berkawan. Kawan ni time kita senang baiklah, tapi time susah hampehhh. Sedih sangat hati bila mengenangkan tentang persahabatan.
Opsss tamau sedih sedih! Saya nak happy happy saja oke bole :)

-xoxo :D-

Tuesday, December 18, 2012

Pemilik tegar smartphone !

Salam .... selamat malam

hihihihihihi ya Allah rindunya kat belog saya nih. Akibat sibuk memanjang dan semakin sibuk sejak sambung ijazah ni membuatkan saya tak der masa langsung nak godek godek belog kesayangan saya ni. Malam ini cuba menghabiskan masa utk membersih segala kotoran dalam belog ini. Fuhhhh bersawang nyer! Sampai saya lupa bila kali terakhir saya singgah menaip disini.

Sejak jadi pengguna tegar smartphone, saya akui jarang gila saya nak on facebook guna lappy. Menggunakan lappy hanya ketika buat assignment! Fuhhh baiknya, menggunakan laptop sebaik baiknya hahahahhahaha. Ohhhh saya amat gilakan smartphone saya yg saya beli guna duet sendiri. Baru beberapa bulan saya guna, sejak beli September lepas, saya akui saya teruja memilikinya. Semuanya pantas! Dihujung jari sahaja segala maklumat. Tak perlu mengusung laptop yang sememangnya berat. Memudahkan!


Korang pasti sudah lama memiliki smartphone anda kan?

Thursday, October 18, 2012

Aku redha andai tiada Rezeki utkku

Assalamualaikum *mood sedih sikit*

Hari keputusan biasiswa JPA telah pun diterima. So aku redha, tak berharap mana pun ekceli. Tapi bila dah log in dan terang terang terpampang nama aku dan keputusannya GAGAL ! of course terdetik jugak rasa alaaaa ..... napa tak dapat?!!! grrrrrr rugi nye

takper la, tu namanya tak der rezeki. Aku pun awal awal lagi redha dengan keputusan yg "tak seberapa" ni memohon. Tak per la at least layak memohon, tu dah kire oke. Mungkin permohonan terlalu banyak diterima, lalu dia telah meng'upgrade'kan grade menjadi lebih tinggi. Aku sempat usha member member aku, yg dapat cuma seorang. Tu pom CGPA nya 3.85 !!! omaigadddd memang tinggi la JPA nak utk batch degree. Dah tu xde la plak part RAYUAN! ok redha saja.

ohh my Hanis Zalikha canner plak?!!! 

Tuesday, October 16, 2012

Stress ohhhh Stress

Anda stress?
Saya?

Saya stress. Keadaan sekeliling buat saya mudah stress. Kenapa? Banyak faktor yg membuatkan saya stress. Kadang kadang sengaja saya lari ke tempat lain utk mengurangkan stress yang saya alami. Saya stress dengan kehidupan saya disini. Bilik bagai reban ayam. Ohhh no! Bukan nak kata cermat, tapi saya amat meniti kerapian sesuatu benda. Tak suka messy messy, tak suka berselerak. I'm not telling that I'm a very kind person. Tapi sesetengah part saya memang alert. Saya suka keadaannya yg rapi, disitu ketenangan dapat dicipta. Saya tak suka bersepak. Saya sukakan sesuatu perbuatan yang disiplin. Yang boleh mencerminkan diri kita ini orang yang cermat. Haaa....... itulah saya!

Tak suka memberi arahan, tapi hanya memberi pandangan dr ekor mata saja. Itulah saya. Mungkin sebab saya seorang yang pendiam, tidak peramah mana (but sometimes bole jer saya borak sakan dengan kawan kawan saya bila kena angin hehehehehehe). Tidak sukakan arahan sebab dr kecik saya diajar utk bertindak sebelum diberi arahan. Saya tak suka mak marah dulu. That y saya akan buat siap siap dulu, jadi takder la dengar leteran mak saya. Pengemas orang mak saya tuh! Bila guna apa saja barang, amik disitu, haruslah letak kembali disitu. Itulah mak saya! Dan saya memang mengikut fiil perangai mak saya. Jarang sangat saya menyepahkan barang barang saya.

Bila hidup di kalangan orang yg kurang disiplin diri, semestinya ia menjadi cabaran yang paling kuat bagi saya. Hendak menegur takut dikatakan lebih lebih. Hendak diarah takut dikatakan berlagak bos. Ntah akhirnya saya senyap sahaja. Malas hendak bercakap apa. Pandai pandailah urus kehidupan dalam bilik ini bersama. Bila tanggungjawab takder beginilah jadi.

Terpaksa kawal perasaan o~O sampai bila ????

Tuesday, October 9, 2012

Ohh my Diet !

Topik hari ini diet. Atau nama lain Cara Cara Untuk Kuruskan Badan
Serius talk, cemburu giler bila my sis berjaya turunkan berat badan dia bila dia amik SDII. Are u familiar with that product? Of course rite. And now she almost lost about 9kg! ohmaigaddd. Seronoknya. Sebelum ni she about 70++ (not really sure) but now she's 66kg!!!!

Aku plak yang jadi gemuk dari dia. Padahal dulu akulah yg paling kecik berbanding dengan dia. Tetiba rasa mengamuk jer nak beli SDII. Tapi aku takder gaji aku sendiri. Harapkan duit PTPTN tak mungkin lepas aku nak memiliki SDII ni. Sebab my sis tu membelanjakan RM150 seminggu utk setin SDII! For me sure sure la ianya big amount right. Lainlah my sis, dia sudah bekerja.

Makan SDII pom kena banyak jugak pantang larangnya. Nasi memang takley sentuh. For sure la law x makan nasik bole turun right. Orang biasa pun law diet tak makan nasi pom bole turun. No need SDII pom takper. Cuma SDII ni membantu mempercepatkan lagi proses turun berat badan tu. No matter orang sanggup berbelanja besar utk memiliki badan yang ideal dalam masa yg SINGKAT! 

Jadi di sebabkan aku nie jenis sedar diri (puji diri sendiri sebab kecewa takdapat beli SDII), aku pom nekad utk tidak makan nasi. Haaa amik kau! Now dah sebulan aku tak sentuh nasi. Yes, sudah hampir 5kg aku lost berat badan! Guess what my feeling? No need a large amount money to start a diet! hahahahahaha .....

Now, aku really happy. Slow and steady to makes a WIN ! 
 

Sunday, October 7, 2012

Selingan time buat assignment !

Saja santai santai malam nie, sambil sambil layan lagu dari laptop roomates, sambil sambil buat assignment yang bertimbun. Dunia mahasiswa macam nie la. Mana ade rehat! Cilok kelas boleh la rehat (sememangnya hari ini aku cilok kelas, kelas petang pulak tu 6-8). Bukan sesengaja jer nak cilok, kesihatan tidak mengizinkan aku ke kelas oke! Batuk melanda diriku sejak 2 minggu lalu lagi. Arini lah baru tergedek gedek pergi klinik then cakap "Nurse bole tak saya nak ubat? uhokkk uhokkkk".

Rilek santai santai malam ini sambil buat buat tak sedar, esok ada presentation! Aku kebal giler bab bab present ni, semua amik mudah ehehehehehekkkkk ~ Boring! bertahun tahun aku present di hadapan, naik cuak naik lemak semuanya naik bila di depan. Malu??!!! Sometimes yes malu jugak beb! Kadang kadang aku pakai tibai jer, malas cuak giler habis dengan segala bagai present. Tambah tambah plak bila lama tak balik kampung! Lagi laa rasa macam teranayai tinggal di sini. Ohhhh ! Terasa terbeban walau baru SEMINGGU tak balik! Yela, asyik asyik rotate benda sama nak buat. Kalau balik kampung bole get rest sket. Betul dokk??? That y orang cakap home sweet home ~

KB - Machang even tak sampai sejam pom still tak dapat cilok masa utk balik. Tu namanya aku betul betul sibuk. Minggu nie lagi la tak bole balik sebab kena attend modul 6! wahhh nie memang tahap gila babass nie nak ngadap dua hari yg amat mengjengkelkan. Kau tahu modul? Kau pernah masuk?!!! kepada yang memang dah pernah masuk betapa merasakan neraka jahanamnya modul ini. Kepada yg tak pernah masuk lagi, hmmmm aku memang anti ahh law nak tulis pasai modul. Geli bhai ! Kepada yg suka entertain diri anda memang full gila babassss minat modul ini! Kepada yang simple baik hati cun cun malu ala ala aku nieh memang tak ahhh!

ok lah aku malas nak merapu panjang lagi. No mind aku nak bebel panjang panjang. Apapun nie just silingan tatkala otak serabai dengan masalah masalah yg tak tahu bila nak settle. Kau hadeee masalah cenggini?!!!
out dulu ~ bye !

Saturday, October 6, 2012

Cinta Kita

Browse: / / /
Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Ini juga ku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yang sempurna
Di bawah kolong langit ini
* jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Reff:
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata-kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yang tlah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
Repeat *
Repeat reff

Meniti sebuah kebahagiaan yg pasti

Malam nie aku rasa touching giler mesej dgn Mr B. Ntah laaa, makin lama berlangsungnya hubungan ni, kami makin serius. Sumpah! aku tak sangka perhubungan yang bermula utk kawan kawan saja menjadi lebih serius. Alhamdulillah Mr B aku ni jenis seorang lelaki yang amat bertanggungjawab. Yang lebih penting aku menjadi keutamaannya.

Ya Allah makin lama hubungan ni berlangsung makin banyak dugaannya :(
 Terlalu berat untuk kami pikul di usia mentah ini. Kami baru bertatih dalam menjalani kehidupan sebagai pasangan. Orang semua cakap kami bahagia (sebab selalu upload picture dalam fesbuk)! Sampai mendoakan kami cepat cepat mendirikan mahligai yang abadi. Ye, memang bahagia dan aminkan doa korang. Tapi pernahkah korang rasa bagai satu bebanan yang perlu dipikul utk hubungan ini berterusan.

Mohon pada Tuhan jangan menduga benda yang kami rasa kami tak tertanggung laluinya
Terharu aku tatkala Mr B cakap dia terlalu sayangkan hubungan ini. Seringkali dia menyatakan hasrat utk meminang aku bila tiba masanya. Ya Allah Kau percepatkanlah masa itu Ya Allah. Kau permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Niat kami baik, kami ingin dirikan sebuah masjid dan menghalalkan hubungan ini. Kami juga takut pada masa akan datang. Takut tak tertanggung dugaannya nanti.

Yang pasti ada niat suci dalam hubungan ini. Doakan kami cepat cepat kahwin. Untuk elakkan segala musibah. Semoga dia terus menjadi jodohku selamanya. Amin.
Salam.

Thursday, October 4, 2012

Bila bercakap tak fikir dulu

Salam.
Hari ini hari aku meluahkan perasaan di diari online nih. Ehemmm ehemmmm macam macam benda aku nak share. Macam macam benda happen selama tak berblogging nih. Maybe that the factor which not allowed me to writing here. Tak perlu jumpa orang jauh jauh, yang dekat dekat nieh pom tak terlayan dek kerenah yg melampau. Sesungguhnya manusia nie memang banyak karakternyer. Depan baik, belakang macam ..... puihhhhhhhhhhhhhhhh dat call hypocrite beb! Hidup nie never laaa never acting lebey. Direct tu kadang kadang lagi baek dari bercakap kat belakang belakang. Pastu pulak bercakap entah mana tak hengat dunia! Tak pikir langsung perasaan orang. Nape bole berlagak cakap macam tuh? Ni sebab hidup tak berpijak di bumi yang nyata laaa ni.
I not condemm anyone. But if talking better we try to avoid hurting others feeling. Ni tak pakai main belasah jer. Oitttt ..... selagi nama manusia selagi tuh laa ade perasaan beb! Don't ever think you are rich now senang senang jer nak jatuh jatuhkan orang lain. Tak kira taraf apa sekalipun, pandanglah orang dengan bermaruah sikit. Aku memang tak berkenan langsung dengan orang yang berlagak. Kadang kadang aku fikir sampai bila dia nak jadi macam tuh, tak fikir ke orang takkan pernah sukakan dia dek perangai berlagak kaya nyer itu =)

#Tuhan dah cakap Dia menguji umatNya dengan berbagai cara. Salah satunya dengan Kekayaan. Ingat tuh sayang sayang, biar hidup ini ada matlamatnya, ada arah tujunya. Jangan asyik kejenya nak menjatuhkan orang. ^peace^

Sahabat yang Pergi

Bukan aku nak aibkan sesiapa di sini. Cuma aku hanya manusia biasa yang ada hati dan perasaan serta naluri. Sakit aku, sedih aku siapa amik peduli. Takder sapa sapa. Cuma aku cuma aku sorang yang menahan sedih dan sepi ini. Sedih ini aku kongsi dengan family, cik abam sayang & jugak roomates yang sentiasa menyokong aku dr belakang.
Sumpah aku sedih! Ditinggalkan, tidak dihiraukan, bagai buang aku sejauh jauhnya dari dunia ini. Siapa tak sedih, siapa. Hati aku yang terluka ini siapa yang ubati. Sampai hati sampai hati diorang buat aku cenggini. Apa salah aku? Adakah kerana dapat seorang kawan yang baru, yang lama ditinggalkan? Ohhh kejam, kejam manusia ini, yang menghukum aku diatas ketidak sempurnaan diri aku. Siapa mereka yang layak mencemuh aku? Hebat sangatkah tarafnya, jijik sangatkah diri ini sehingga tak layak mendampingi mereka? Bila seseorang dah tak sukakan kita, kita wajar ambil seribu langkah untuk pergi. Jangan sampai sakit dihati terlalu dalam barulah kaki ini hendak mengayun pergi.
Dibuang kawan baik sendiri?
Apa korang rasa? Sakitkan? Sama macam aku. Seperti apa yang aku ucapkan aku cuma manusia biasa yang ada perasaan. Sampai hati korang buat aku cenggini. Sampai hati! Kejam sungguh, tak ada langsungkah ruang untuk aku berdamping walaupun korang ada sahabat baru? Yang baru diagung agungkan, yang lama dibuang merempat. Bagai tiada harga diri.
Berdendamkah aku?
Tak pernah terlintas dihati ini untuk simpan dendam. Andai mereka bahagia, yes go on. Sehingga hari ini pun aku masih bergembira, happy always walaupun korang tiada di sisi. Sentiasa memaafkan orang, itu yang benda perlu kita lakukan setiap hari. Mendoakan yang baik baik sahaja untuk korang dengan alasan moga aku juga sentiasa berada dalam keadaan baik baik sahaja.
Kembali rapat semula?
Mungkin tidak akan sesekali. Cukuplah aku terlalu perit untuk mengembalikan sinar dulu. Mungkin sebab aku trauma. Tak mahu kisah ini berulang, cukuplah aku mengganggapkan korang kawan aku yang biasa biasa. Itu lebih baik.
Aku manusia biasa, tak lari dari buat kesilapan, tapi aku tetap ada prinsip aku. Jangan buat aku macam takder harga diri

Teman Pengganti

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

HomeSick

Assalamualaikum....
ehemmmm ehemmmmm hari nie hari Khamis. Ekceli, kebiasaannya petang petang cenggini aku dah melepak kat rumah. Santai wehh! Tapi minggu nie =( minggu aku terpaksa berkampung di KB. Ahhh mencikkkk!
Gila aku homesick even tak sampai sejam pun dr KB ke rumah aku.
Biar! biar orang cakap aku gila homesick. Takpe. Tak marah pom. Cuma i miss it so much ++ miss my big family! ohhhh no *airmata airmata. Dah la terpaksa berkampung di sini 3 minggu *pengsan. Ohhhh tidak! Tapi tak pe la, demi cuti panjang yang akan tiba tak lama lagi aku relakan saja. Ekceli banyak giler assignment aku. So i have to complete it before mid term break. Dah tentu tentu aku sibuk sepanjang mid term break. My beloved kezen nak kahwen! haishhhh seronokkkkkkkk =)))))

bosan giler! bosan bosan bosan

all my roomates tengah syok berdengkur. aku plak cerah jer bijik mata ni. yelah sebelum on lappy nie aku dah bedal nescafe 2 paket. mau tak cerah LoLLL ;) sambil sambil melayan boring yang memang sedia ada nie aku rerajinkan diri jenguk dan sapu sapu habuk kat belog aku. niat di hati nak delete terus jer belog ni, tapi law pikir pikir ape aku nak buat law boring cenggini. lalu aku telah menukar segala bagai disini. nah MUKA BARU belog aku. just simple, same goes like me ;) keboringan nie la menyebabkan aku melayan kembali diari online aku nih. lama siot! aku rindu kau belog. tapi dek kesibukan melampau ++ ade something *benda baru hadir dalam hidup aku selagi gus boleh melenyapkan belog aku dr ingatan aku nih.

apekah menatang benda baru tuh?

jeng jeng jengggggg i already have my own smart phone! alhamdulillah lama  giler aku idamankan, last last dapat jugak aku memilikinya. BB Curve 8520 yang tak seberapa megah BOLD 3@4 aku tetap bersyukur! sekurang kurang dapat la jugak aku merasai memiliki BB walaupun agak lama aku nak dapatkannya =). oke laaa aku nak break dulu. solat Asar kejap. Insyaallah aku datang balik 


Andai Aku Jadi Bintang

andai aku jadi bintang
aku mahu engkau jadi bulan
biar lengkap malam gelita ini
biar cerah sekian alam
biar tenang dibuai angin sepi


andai aku jadi bintang
aku mahu jadi bintang yang paling cerah untuk kamu
paling gemerlap sinarnya
biar engkau tahu
hanya aku diperlukan dalam hidup ini

andai aku jadi bintang
aku mahu jadi bintang yang secantik cantiknya
untuk kamu
agar kamu tak bisa memandang pada yang lain
biar kamu tahu betapa perlunya kamu untuk aku

andai aku jadi bintang
biar aku yang dodoikan indah malammu
biar aku nyanyikan sepi malammu
biar kamu tahu
apa saja aku lakukan
aku buat untuk kamu
seikhlasnya

Wednesday, May 30, 2012

Di sini ada Bahagia

Sudah lama tidak meng'up-date blog. Entah kenapa jarang sangat saya menulis di sini. Itu lebih baik bukan ;) Kadang kala saya jenguk blog blog kesukaan saya. Tapi entah kenapa idea tidak lagi datang mencurah curah seperti dahulu. Sengaja saya biarkan blog ini sepi sekejap...

Dalam kesepian blog ini, jangan ingat saya juga kesepian jugak. Sebenarnya, dunia saya lebih indah di luar sana. Syukur! Bukan senang mencipta bahagia di atas satu kemusnahan. Susah payah utk bangkit berjalan dan mencari sirna baru itu bukanlah sesuatu yang mudah. Terima kasih kekasih! Kenapa? Kerana dialah yang diciptakan olehNya utk bersama saya tika susah dan senang. Alhamdulillah. Onak duri kami tempuhi, akhirnya sampai jugak di suatu tahap di mana hubungan ini di fasa tahun ke 2. Syukur. Hubungan kami masih aman.

Kadang kala ujian kecil datang. Tuhan selalu menguji umatnya ;) tapi kami sentiasa hadapi dengan tenang. Mungkin itu kunci keberkatan hubungan ini. Walaupun kami baru di fasa percintaan, namun kami selalu sedar bahawa kami perlu buat yang terbaik utk menjalani kehidupan di fasa fasa lain. Kami jugak seperti pasangan yg lain. Ada hajat dan ada impian... Tak pernah menipu utk menafikan, memang kami serasi bersama. Alhamdullilah. Berkat barangkali ;)

Tiada layanan istimewa di berikan olehnya, tiada kemewahan yg diserahkan kepadaku. Dia cukup simple! Tak pernah nak menunjuk. Jarang sekali saya diberikan kemewahan tika bercinta. Dia cermat, katanya untuk masa depan. Tak perlu nak tarik muncung pat belas depa... Sememangnya dia betul sebab sentiasa fikirkan masa depan. Bukannya jenis yg ikut kemahuan si kekasih. Alhamdulillah, Tuhan ciptakan dia untuk membentukku. Syukur syukur!





Terus terang ku ucapkan, memang kami sedang berusaha menuju ke arah suatu perhubungan yang kukuh, direstui dan halal. Insyaallah, jika Tuhan izinkan niat kami, kami akan capai impian kami. Semoga Tuhan mendengar isi hatiku berkata ....

Tuhan, Kau satukanlah hati kami berdua , amin ....

 

Friday, May 4, 2012

Kalau bahagia itu milik awak ...

Pernah engkau hargai, cintaku yang sejati ....

Tikkk tikkkk airmata jatuh lagi. Cinta lama merewang di fikiran. Bahagiakah aku? Terdetik jugak seketika berfikir tentang masa depan cinta yang aku bina hari ini. Masih indah walaupun sudah setahun. Ini erti cinta sebenarnya. Aku biarkan diri aku dicintai oleh yang lain. Bahagia. Dilayan bak puteri. Kemanisan itu aku rasai hingga ke dasarnya.

Tapi mengapa sang cinta lalu masih di hati. Bukan dihati namun tetap di fikiran. Ikhlas aku tika melepaskannya? Mengapa masih ada sisa rindu di hati walaupun sudah lama berpisah? Tuhan tunjukkan aku jalan sebenarnya .... aku mohon petunjukMu , amin

Tuesday, April 24, 2012

Mencari Keberkatan dalam Percintaan

Puas dihitung salah di mana apabila sesebuah perhubungan yg telah berlangsung sekian lama musnah begitu sahaja. Dikira kira ia seperti tidak logik. Bagaimana mungkin boleh roboh ikatan cinta yang terbina sejak sekian lama. Tidakkah kita tahu zaman percintaan adalah fasa mengenali dan mencari keserasian. Bagaimana mungkin perkara ini berlaku?

Tidak ada mustahilnya jika dalam fasa perhubungan itu tidak barakahnya. Keberkatan itu di utamakan. Mencari keberkatan dalam menunaikan sesuatu adalah sesuatu yang wajib dilakukan. Abah sering berpesan, jangan terlalu sakan bercinta, takut tidak ke mana. Mungkin benar. Orang lama lebih lama makan garam daripada kita. Tapi jiwa remaja sentiasa memberontak. Ke mana sahaja ingin ditayang tayang wajah si kekasih hati. Seperti ingin dilaungkan, "Dunia ! Lihatlah ! Inilah kekasih hatiku, penawar rindu, pengubat di kalbu". Tapi selepas itu ke mana? Takkan ke mana. Cinta itu jarang bertahan lama.

Sebab itulah kita wajar mencari keberkatan agar diredhai, agar di permudahkan setiap urusan kita. Bukankah percintaan itu adalah urusan yang kita perlu langsaikan sebelum menjengah ke alam perkahwinan? Jika dahulu pilihan keluargalah yang menjadi urusan. Tapi tidak pada masa kini. Masing masing mahukan "urusan" itu dilakukan sendiri. Dan keluarga hanya menjadi pengukur sahaja. Jika baik, baiklah. Walaupun begitu, tidak salah jika kita mendahulukan urusan itu dengan mengikut kata hati kita sendiri. Tidak salah! Asalkan ianya sudah di nilai sebaik baiknya.

Bagaimana yang dimaksudkan dengan keberkatan itu sendiri?
  • Jika kita merasa dialah milik kita selamanya, kenapa perlu dicanang canang sebelum tiba waktunya. Nanti akan hilang kejutannya nanti. Adalah berkat jika kita sendiri tidak mengheboh hebohkan benda yang tidak pasti hitam putihnya. Ini untuk mengelakkan daripada terjadinya fitnah berleluasa.
  • Keberkatan itu hadir dalam cinta itu sendiri. Kenapa kita memilih si dia? Kadang kala benda ini tidak menjadi sesuatu yang yakin. Terimalah dia seadanya. Insyaallah pasti mendapat berkat olehNya.
  • Mencari keberkatan keluarga. Restu itu diutamakan. Kadang kala, ada juga keluarga yang menentang. Sebaik baiknya berbincanglah. Moga mendapat suatu kata putus yang adil bagi kedua dua pihak. Jika masih tidak mempunyai kata putus, berserahlah pada Allah. Dia lebih mengetahui segalanya.
Insyaallah, berkatlah hubungan itu jika ke semua perkara yang mendorong ke arah keberkatan di utamakan. Semoga sama sama kita insafi diri kita yang hina dina ini. Tidak salah bercinta, asalkan kita tahu halal dan haramnya. Sama sama kita mendoakan yang terbaik dan agar mendapat keberkatan dalam perhubungan. Perhubungan yang dicipta bukan untuk jangka masa yang pendek, insyaallah untuk kekal selamanya hingga ke Syurga sana.

Selamat beramal ! 

Sunday, April 22, 2012

Cinta tanpa Restu

Di antara banyak banyak jenis cinta, inilah cinta yang paling ditakuti oleh semua orang. Iaitu cinta Tanpa Restu. Orang kata cinta ini takkan ke mana. Cinta yang takkan kekal sampai bila bila. Cinta sebegini pasti teruk di badai pelbagai masalah, konflik dan sebagainya. Inilah dinamakan cinta tanpa restu. Cinta sebegini juga tidak mendapat keberkatan daripada Illahi. Bagaimana hendak mendapatkan berkat jika ianya terjalin tanpa restu. Paling penting adalah restu daripada ibubapa. Berkatnya sesebuah hubungan adalah daripada berkatnya doa ibubapa.

Semoga kalian semua mendapat cinta yang direstui olehNya. Amin

Sunday, February 19, 2012

Isteri untuk Akhirat


Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: “Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.”

Friday, February 17, 2012

Bersyukur sebab Kita Sempurna

Sepintas lalu saya terfikir utk coretkan satu cerita. Cerita yang saya lalui sejak 3 bulan lalu. Dikelilingi orang ramai setiap hari. Dibasahi dengan pelbagai gelagat, cerita masing masing. Kadang kala tersenyum, kadang kala perasaan marah menerpa. Bagai menumbuk numbuk dada. Bengang seketika bila didatangi dengan gelagat yang kurang waras cerdiknya itu.

Orang kurang siuman !

Itu yang saya cuba gambarkan disini. Tidak semestinya imej yang dibawakan itu comot, kotor, berbau najis. Tidak! Ia juga hadir seindah indah rupa manusia. Namun kurangnya dari segi akal pemikirannya. Kadang kadang berfikir terlalu mendalam boleh menyebabkan fikiran itu dibawah keadaan kurang siuman. Maaf. Saya bercerita tentang satu kisah benar.

Ia berlaku apabila saya mengenali seorang lelaki yang agak warak. Penampilan yang menunjukkan dia seorang ustaz atau ahli agama. Kata-katanya sering berunsurkan agama. Pada mulanya saya kurang percaya dia mempunyai sedikit masalah mental. Namun, setelah saya amati dengan jelas dan mengenalinya dalam tempoh masa 3 bulan. Ya saya mengakui. Dia mengalami sedikit gangguan mental. Mungkin disebabkan dia terlalu taksub dengan penghayatan agamanya. Atau .... entahlah.

Ramai. Terlalu ramai penduduk di Malaysia mengalami masalah mental. Angka bilangannya semakin hari semakin bertambah. Kadang kala saya terfikir mengapa kejadian seperti ini berlaku. Adakah kerana tekanan yang menghimpit diri kita yang semakin hari semakin membebankan. Atau adakah kerana kurangnya ilmu agama di dada sehingga kurangnya nilai sabar dalam diri. Entah. Cuma semakin hari saya berasa semakin bersyukur kerana masih hidup dalam keadaan sempurna. Ucaplah Alhamdulillah ... semoga Tuhan semakin mempermudahkan urusan duniawi kita. Amin, mudah mudahan.

Ijazah Sarjana Muda - Mac 2012

Alhamdulillah. Syukur.

Tahniah. Anda berjaya ditawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) (Kewangan) bagi Sesi Mac 2012 ... bla bla blaaaaaaaaa 

Tak dapat nak gambar perasaan masa tu. Tuhan jer tahu betapa hilangnya debaran yang memuncak sejak seminggu lalu. Masa tu jam baru pukul 4.56 petang pada petang 2 Februari lepas. Nak klik "Setuju Terima Tawan" xdapat. Bila jam tepat pukul 5.00 petang, server terus down. ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee . yang penting result dah tahu. Orang first saya call ialah Abah. "Abah cakap kat mak tu dapat UiTM KB .. Finance". Tu pesanan ikhlas dari penaja oke. Sebab pagi pagi lagi mak pesan dapat tahu result call mak. Jadi orang pertama ialah abah mak. Next along yang jauh di Sungai Buloh. "Along.. ai dapat KB oke. Goodbye. Tak jadi Puncak Alam". Along frust ! katanyer* Next sang kekasih. "B ... ai dapat KB laaa. oke nak tinggal u dah. Tata !". Sang kekasih renung alam. Hai ... selamat dapat KB. Kalau dapat jauh tidak ker naya nanti. Silap aribulan dia pasang lain =)

Kawan kawan share ... eh dapat situ. eh ko dapat mane? eh aku dapat sini. ting tong ting tong ! sampai malam

Masa tu xtahu cerita pom ada yang tak dapat. Then bukak FB kat umah. Tengok ada sorang classmate tengah online. Tanye dapat mane. "EH .. KITA TAK DAPAT. bla blaaaaa blaaaaaaaaaa" Terkedu ! Tak tahu pape nih. Mane informer? Awat aku sorang jer tak tahu ade yang tak dapat. Hitung hitung rupanya ramai jugak yang tak dapat. Mood berubah. Mau taknyer... 3 tahun bina persahabatan, bina cita cinta ... tengok tengok ade yang tak dapat sambung. Tipu tak sedih. Sedih! Selidik punya selidik ... UiTM perketatkan sikit pengambilan ISM dek kerana lebihan yang amat. Dalam hati, alhamdulillah ! Dapat jugak tempat di UiTM. Kalau tak, akulah orang yang paling tak sedar diri masa frust. Apepun life must go on. Cuma hard sikit sebab keterujaan nak sambung dan impikan "Gerenti dapat". Semua orang macam tu kan.

Buat yang sedang mendaki utk habiskan diploma tu, haaaaa sini akak nak cakap korunk study rajin rajin. Sesal takkan datang dulu sebab dia dah cakap Sesal tu datang kemudian hari.
 

AJL 26 : Gaun Alyah memikat hatiku =)

Menarik. Itu kata kata pertama keluar dari mulut saya. Teruju bagai nak tahu bagaimana tema air ini disatukan di atas pentas megah itu. Nampak pelik atau makin menarik? Ternanti nanti juga bagaimana reaksi pada yang hadir. Nampaknya ia POSITIVE ! Accepted =) *thumbs up*

Pembukaanya sudah cukup menarik. Artis artis elegance berkongsi pentas! Keterujaan mendengar gemersiknya suara Jamal Abdillah mengalun lagu. Hadirnya Ratu Jazz menggamit pentas. Kencangan lagu Awie buat mata penonton terpaku seketika. *bermetafora sekejap* Namun hakikatnya pembukaan itu telah menunjukkan sesuatu yang luar biasa akan berlaku. Opsss saya sudah sengih sengih tidak sabar nak tengok AJL berlangsung.

Mata fokus dari satu lagu ke satu lagi. Tidak berganjak sedikitpun. Paling memukau pandangan ialah gaun Alyah. Penyampaian lagu Kisah Hati amat bekesan. Ditambah pula dengan gaya ala ala Barbie Doll. Wahhhh ... nak pakai gaun ni ... nak pakai gaun ni *amatlah tidak sedar diri*.

Sang kekasih sempat cakap "xpe nanti kahwin awak pakai macam tu k" (pemberi harapan dan pemusnahnya)

Oke oke ... yang penting lagu Beribu Sesalan sangat sangat best. Ditunggu tunggu juga bagaimanalah agaknya 3 Suara malam ni. Nampaknya rona unggu tidak begitu berkesan di hati ini *maaflah*. Tetapi tetap memuja 3 Suara ketika semi final AJL aritu. Rona hitam mengusik kalbu. (Fanatik hitam)

Ok. Pasrah Awan Nano menang. Tapi tidak menidakkan kemenangan itu. Ia wajar menang. Simple tapi mendalam. Terkesima tatkala mendengarnya. Ok ok ok ... mula minat Awan Nano #

ok bye ~ frust jugak !

p/s: hampir sebulan AJL berlalu baru nak hapdet. nampak sangat AJL begitu berkesan rite! opssssss bukan berkesan tapi disebabkan pemalas yang amat. titik.

Mini Bajet Kahwin buat pembaca sekalian

Kenapa saya buat mini bajet kahwin? Haaa tertanya tanya bukan... Sekadar ingin berkongsi apa yang saya perlu dikongsi saja. Saya nak kahwin? Oppsssssssssss ... itu lambat lagi. Jom kita selidik sikit ---->

Mini Bajet Kahwin Cara Simple !

1. Kad kahwin - opsss anda tidak perlu berbelanja mewah ye. cukuplah sekadar lengkap tertera apa yg dikehendaki saja. tidak perlu berbelanja besar untuk kad kahwin. lebih jimat, gunakan saja 1 kad utk kedua dua belah pihak. untungkan? print saja sebanyak mana yang anda mahu. lebih banyak anda print, lebih untung. beserdahanalah utk buat kad kahwin. tahukah anda jemputan hanya membaca seimbas lalu saja kad kahwin anda. opsssssss itu hakikat ! sama seperti anda bukan =)

2. Door gift - jadi keutamaan berbelanja besar utk meniru sebahagiaan golongan artis. sekarang sudah menjadi satu trend bagi door gift berbentuk cawan, replika atau sebagainya. alahai .... jangan membazir. lebih elok letakkan saja coklat, kek kecik, jeli warna warni. itu lebih sesuai diberikan kepada tetamu. tambahan pula diberikan pada si cilik. pasti tersenyum bila mendapat hadiah comel comel berbentuk makanan. pasti ia tidak merugikan. percayalah ....

3. Pelamin - kata orang sesekali berbelanja besar tidak mengapa. pasal pelamin itu atas kehendak dan citarasa masing masing. bagi saya cukuplah ia simple tapi menarik. bagi saya, ianya bagai pelengkap gaya untuk bergambar. ahhh ... untung dapat saya kan. tidak terlalu bergaya dalam sesetengah aspek. ini adalah dari cara mak say ! heeeeeeeee

4. Fotographer - perlu ke? bagi saya tidak perlu sesuatu yang protokol. cukuplah sekadar mengambil gambar dari ahli keluarga sendiri. ianya tidak nampak asing dan janggal. lebih mesra adalah .... bergambar dari semua sudut beramai ramai. pasti menyeronokkan.

5. Hantaran - mengikut bajet yang sedia ada. pastikan ia tidak menjejaskan kedudukan ekonomi anda. diingatkan ! bukan esok saja anda akan hidup. kehidupan selepas berkahwin perlu diambil kira juga. ingat yer.


Kenapa perlu adanya aspek pembaziran dalam perkahwinan? Listkan betul betul. Insyaallah ianya tidak akan jatuh kepada pembaziran. Pembaziran itu amalan syaitan bukan. Berbuat amallah dalam setiap tindakan. Insyallah pasti mendapat keredhaanNya.

Perkahwinan yang terbaik adalah perkahwinan yang diredhai olehNya. Sama sama kita mendoakannya amin... =)

Nafas baru ... cerita baru

Alhamdulillah sudah masuk tahun kedua menghamparkan diri di permaidani yang beribu ribu corak. Salah satunya corak yg saya cinta. Permaidani apakah yang dimaksudkan in? Ohhh .. pasti anda hairan bahasa apakah yang semakin hari semakin pelik saya gunakan? Permaidani yang saya hamparkan ada sebuah blog yang pemilik tetapnya adalah saya sendiri. Sudah lama memikirkan cara apakah yang akan menampakkan penulisan itu hebat. Lalu saya fikirkan sesuatu.


Nah ............... satu latar belakang yang jelas nampak matang. Usai dengan usia yang menjengah 22 tahun.



Lagi satu .... namanya jua ! Saya letak ia biar nampak agak klasik. Elegan bukan?


Entah. Ini yang saya fikirkan. Mungkin selepas melihat blog isteri kesayangan Ally Iskandar yang nampak hebat walaupun simple. Tidak terlalu over. Tidak terlalu biasa. Kata katanya penuh hikmah. Mungkin ia akan jadi dorongan buat saya.

Terimalah. Teratak Kasih .... utuh buatmu sayang ! lengkap saya sediakan buat penggemar kaki pusing pusing di blog saya. Assalamualaikum.

Lelaki ini ...

Entah mengapa hati seakan akan berbunga berlagu kecil sewaktu namamu di sebut sebut. Penangan apakah ini? Siapa dia yang pernah membuka luas pintu hati ini setelah robek robek hatiku dihiris hiris kecil? Mengapa dia? Mengapa bukan yang lain? Yang cintanya hanya sekadar mainan. Yang cintanya akan ku balas dengan kecurangan. Yang cintanya tidak setia padaku.

Mengapa? Mengapa lelaki ini hadir terlalu cepat?

Lelaki ini adalah lelaki yang mengajar aku erti cinta. Sejatinya hanya ikhlas terdampar untukku. Sayangnya yang dilabuhkan di hati sepiku ini. Kasihnya yang utuh segar di sanubari ini. Yang mimpinya sama dengan mimpiku. Yang hatinya berbisik mengalun lagu serupa denganku. Lelaki ini ! Ya ... lelaki ini yang terpahat di hatiku.

Ya Allah .. Kau satukanlah hati ini jiwa ini biar ia indah dan bahagia seperti yang Kau janjikan ~

Wednesday, January 25, 2012

Terlupa bahawa Saya ada BLOG !

Salam sayang sekalian.
Lawak kan tajuk di atas ? tapi itulah hakikatnya. eh eh ehhhh camner lah hal sedemikian boleh berlaku? sure sure kena reset semula otak ni. biar dapat berpikir dengan jelas dan teliti. biasalah kan ai kan busy memanjang ceeeeeeeeeeeeeeee ... opsss opssss makluman ... INI FAKTA BUKAN AUTA ! sila percaya bulat bulat

follower pom tak ramai. maybe ade yg fed up bila tak update belog. maaflah tak sempat! bukan sengaja tapi tak der idea. idea habis terbuang dek sikap sikap terlampau customer customer yg suka sangat melampau lampau. menci sangat sangat u ! ehhh kalau boleh ku ungkap satu per satu memang nak pengsan bagai layan customer gila babun cenggini. tapi customer. nama pun CUSTOMER. nak marah pom tahan jugak sampai keluar angin ikut kepala. berdesing. tapi tetap ukir senyum. pujuk hati cakap ... "depa bongok ! tak pa tak pa"

kita buat keje betul, customer membebel itu tak kena ini tak kena. macamana lagi? nak layan dari A-Z memang tak mampu. kedai sesak dengan customer. yang handle aku sorang jer. mana sempat! letih makkk aiii . bagai nak patah tulang belakang ini. demi gaji yg ber dot dot dot .... aku gagahi jugak. takper, at least dapat merasa duit hasil titik peluh sendiri. tak sama oke dengan abah mak bagi. TAK SAMA ! yg penting kita dapat improve PR skill yg tak seberapa ni. maybe cepat melenting kowt menyebabkan PR skill tak hebat mane. tapi aku salute giler kat big boss aku. alahai ! cukup perfect PR skill nyer . terbaik ahhh boss ...

banyak ... banyak sangat story mory yg nak cerita. tapi memandangkan bahu dah lenguh lenguh, ai terpaksa stop setakat ni jer dulu oke. nak dengar lagi cerita ? oke tunggu sambungannya ...............

kawan kawan .. selamat malam ! eh gua tido dulu, esok pagi pagi masuk keje. esok dapat gaji youuuuuuuuu

Friday, January 13, 2012

Update Update Update !

Saya salah seorang pengguna Miracle Tab Soap !

Testimoni saya :
Saya sebenarnya tiada masalah pada wajah saya. Muka saya jarang jarang saja ditumbuhi jerawat. Alhamdulillah kan. Bersyukur sangat. Tapi saya selalu amalkan set krim pencerah. Setiap kali make up, saya sering tampal krim. Nampak bersinar dan berkilat sangat. Bila krim tu dah cair mulalah bertompok tompok. Nampak tak rata. Then saya cuba cuba pakai Miracle Tab. Sebenarnya saya teruja tengok testimoni yg sedia ada. Saya order lah seketul sabun Miracle Tab. Sabun sahaja. 2 3 hari selepas guna muka pedih pedih. Then after that terus lembut, gebu sangat! heeeeeeeeeeeeee like like like. Dan paling teruja set krim pencerah tu langsung saya buang. No more krim krim. Bebas terasa kulit muka. Saya just pakai toner dan sapu bedak sekadar alas. Itu sahaja. Nampak makin yakin tanpa krim tebal di muka. Muka saya? Tak nampak bersinar dan berkilat dah. Tapi nampak smooth dan licin serta cerah gebu gituwwwwwwwwwwwwww =)
Thanks kepada Irine Nadia Marcellowwww kerana mengupdate entry Miracle Tab ini. Tanpa anda, saya tak pernah tahu dan sedar akan kewujudan Miracle Tab.

p/s: Tak rugi mencuba. Kebersanannya menyakinkan anda. Muka dah oke. Badan plak =) tengah berdiet utk kembali ke badan ideal zaman muda mudi dulu heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee