Bukan aku nak aibkan sesiapa di sini. Cuma aku hanya manusia biasa yang ada hati dan perasaan serta naluri. Sakit aku, sedih aku siapa amik peduli. Takder sapa sapa. Cuma aku cuma aku sorang yang menahan sedih dan sepi ini. Sedih ini aku kongsi dengan family, cik abam sayang & jugak roomates yang sentiasa menyokong aku dr belakang.
Sumpah aku sedih! Ditinggalkan, tidak dihiraukan, bagai buang aku sejauh jauhnya dari dunia ini. Siapa tak sedih, siapa. Hati aku yang terluka ini siapa yang ubati. Sampai hati sampai hati diorang buat aku cenggini. Apa salah aku? Adakah kerana dapat seorang kawan yang baru, yang lama ditinggalkan? Ohhh kejam, kejam manusia ini, yang menghukum aku diatas ketidak sempurnaan diri aku. Siapa mereka yang layak mencemuh aku? Hebat sangatkah tarafnya, jijik sangatkah diri ini sehingga tak layak mendampingi mereka? Bila seseorang dah tak sukakan kita, kita wajar ambil seribu langkah untuk pergi. Jangan sampai sakit dihati terlalu dalam barulah kaki ini hendak mengayun pergi.
Dibuang kawan baik sendiri?
Apa korang rasa? Sakitkan? Sama macam aku. Seperti apa yang aku ucapkan aku cuma manusia biasa yang ada perasaan. Sampai hati korang buat aku cenggini. Sampai hati! Kejam sungguh, tak ada langsungkah ruang untuk aku berdamping walaupun korang ada sahabat baru? Yang baru diagung agungkan, yang lama dibuang merempat. Bagai tiada harga diri.
Berdendamkah aku?
Tak pernah terlintas dihati ini untuk simpan dendam. Andai mereka bahagia, yes go on. Sehingga hari ini pun aku masih bergembira, happy always walaupun korang tiada di sisi. Sentiasa memaafkan orang, itu yang benda perlu kita lakukan setiap hari. Mendoakan yang baik baik sahaja untuk korang dengan alasan moga aku juga sentiasa berada dalam keadaan baik baik sahaja.
Kembali rapat semula?
Mungkin tidak akan sesekali. Cukuplah aku terlalu perit untuk mengembalikan sinar dulu. Mungkin sebab aku trauma. Tak mahu kisah ini berulang, cukuplah aku mengganggapkan korang kawan aku yang biasa biasa. Itu lebih baik.
Aku manusia biasa, tak lari dari buat kesilapan, tapi aku tetap ada prinsip aku. Jangan buat aku macam takder harga diri
Thursday, October 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment