Tidak ada mustahilnya jika dalam fasa perhubungan itu tidak barakahnya. Keberkatan itu di utamakan. Mencari keberkatan dalam menunaikan sesuatu adalah sesuatu yang wajib dilakukan. Abah sering berpesan, jangan terlalu sakan bercinta, takut tidak ke mana. Mungkin benar. Orang lama lebih lama makan garam daripada kita. Tapi jiwa remaja sentiasa memberontak. Ke mana sahaja ingin ditayang tayang wajah si kekasih hati. Seperti ingin dilaungkan, "Dunia ! Lihatlah ! Inilah kekasih hatiku, penawar rindu, pengubat di kalbu". Tapi selepas itu ke mana? Takkan ke mana. Cinta itu jarang bertahan lama.
Sebab itulah kita wajar mencari keberkatan agar diredhai, agar di permudahkan setiap urusan kita. Bukankah percintaan itu adalah urusan yang kita perlu langsaikan sebelum menjengah ke alam perkahwinan? Jika dahulu pilihan keluargalah yang menjadi urusan. Tapi tidak pada masa kini. Masing masing mahukan "urusan" itu dilakukan sendiri. Dan keluarga hanya menjadi pengukur sahaja. Jika baik, baiklah. Walaupun begitu, tidak salah jika kita mendahulukan urusan itu dengan mengikut kata hati kita sendiri. Tidak salah! Asalkan ianya sudah di nilai sebaik baiknya.
Bagaimana yang dimaksudkan dengan keberkatan itu sendiri?
- Jika kita merasa dialah milik kita selamanya, kenapa perlu dicanang canang sebelum tiba waktunya. Nanti akan hilang kejutannya nanti. Adalah berkat jika kita sendiri tidak mengheboh hebohkan benda yang tidak pasti hitam putihnya. Ini untuk mengelakkan daripada terjadinya fitnah berleluasa.
- Keberkatan itu hadir dalam cinta itu sendiri. Kenapa kita memilih si dia? Kadang kala benda ini tidak menjadi sesuatu yang yakin. Terimalah dia seadanya. Insyaallah pasti mendapat berkat olehNya.
- Mencari keberkatan keluarga. Restu itu diutamakan. Kadang kala, ada juga keluarga yang menentang. Sebaik baiknya berbincanglah. Moga mendapat suatu kata putus yang adil bagi kedua dua pihak. Jika masih tidak mempunyai kata putus, berserahlah pada Allah. Dia lebih mengetahui segalanya.
Selamat beramal !
No comments:
Post a Comment