She is ADILA ...

Friday, February 17, 2012

Ijazah Sarjana Muda - Mac 2012

Alhamdulillah. Syukur.

Tahniah. Anda berjaya ditawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) (Kewangan) bagi Sesi Mac 2012 ... bla bla blaaaaaaaaa 

Tak dapat nak gambar perasaan masa tu. Tuhan jer tahu betapa hilangnya debaran yang memuncak sejak seminggu lalu. Masa tu jam baru pukul 4.56 petang pada petang 2 Februari lepas. Nak klik "Setuju Terima Tawan" xdapat. Bila jam tepat pukul 5.00 petang, server terus down. ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee . yang penting result dah tahu. Orang first saya call ialah Abah. "Abah cakap kat mak tu dapat UiTM KB .. Finance". Tu pesanan ikhlas dari penaja oke. Sebab pagi pagi lagi mak pesan dapat tahu result call mak. Jadi orang pertama ialah abah mak. Next along yang jauh di Sungai Buloh. "Along.. ai dapat KB oke. Goodbye. Tak jadi Puncak Alam". Along frust ! katanyer* Next sang kekasih. "B ... ai dapat KB laaa. oke nak tinggal u dah. Tata !". Sang kekasih renung alam. Hai ... selamat dapat KB. Kalau dapat jauh tidak ker naya nanti. Silap aribulan dia pasang lain =)

Kawan kawan share ... eh dapat situ. eh ko dapat mane? eh aku dapat sini. ting tong ting tong ! sampai malam

Masa tu xtahu cerita pom ada yang tak dapat. Then bukak FB kat umah. Tengok ada sorang classmate tengah online. Tanye dapat mane. "EH .. KITA TAK DAPAT. bla blaaaaa blaaaaaaaaaa" Terkedu ! Tak tahu pape nih. Mane informer? Awat aku sorang jer tak tahu ade yang tak dapat. Hitung hitung rupanya ramai jugak yang tak dapat. Mood berubah. Mau taknyer... 3 tahun bina persahabatan, bina cita cinta ... tengok tengok ade yang tak dapat sambung. Tipu tak sedih. Sedih! Selidik punya selidik ... UiTM perketatkan sikit pengambilan ISM dek kerana lebihan yang amat. Dalam hati, alhamdulillah ! Dapat jugak tempat di UiTM. Kalau tak, akulah orang yang paling tak sedar diri masa frust. Apepun life must go on. Cuma hard sikit sebab keterujaan nak sambung dan impikan "Gerenti dapat". Semua orang macam tu kan.

Buat yang sedang mendaki utk habiskan diploma tu, haaaaa sini akak nak cakap korunk study rajin rajin. Sesal takkan datang dulu sebab dia dah cakap Sesal tu datang kemudian hari.
 

1 comment:

miradyana said...

salam.congrats to akk dpt finance.ma sy pun suggest amek finance..tp sy x tau nak rujuk kt sapee..huuu~ blaja finance cmne kak?lain dr acc kan?