Sepintas lalu saya terfikir utk coretkan satu cerita. Cerita yang saya lalui sejak 3 bulan lalu. Dikelilingi orang ramai setiap hari. Dibasahi dengan pelbagai gelagat, cerita masing masing. Kadang kala tersenyum, kadang kala perasaan marah menerpa. Bagai menumbuk numbuk dada. Bengang seketika bila didatangi dengan gelagat yang kurang waras cerdiknya itu.
Orang kurang siuman !
Itu yang saya cuba gambarkan disini. Tidak semestinya imej yang dibawakan itu comot, kotor, berbau najis. Tidak! Ia juga hadir seindah indah rupa manusia. Namun kurangnya dari segi akal pemikirannya. Kadang kadang berfikir terlalu mendalam boleh menyebabkan fikiran itu dibawah keadaan kurang siuman. Maaf. Saya bercerita tentang satu kisah benar.
Ia berlaku apabila saya mengenali seorang lelaki yang agak warak. Penampilan yang menunjukkan dia seorang ustaz atau ahli agama. Kata-katanya sering berunsurkan agama. Pada mulanya saya kurang percaya dia mempunyai sedikit masalah mental. Namun, setelah saya amati dengan jelas dan mengenalinya dalam tempoh masa 3 bulan. Ya saya mengakui. Dia mengalami sedikit gangguan mental. Mungkin disebabkan dia terlalu taksub dengan penghayatan agamanya. Atau .... entahlah.
Ramai. Terlalu ramai penduduk di Malaysia mengalami masalah mental. Angka bilangannya semakin hari semakin bertambah. Kadang kala saya terfikir mengapa kejadian seperti ini berlaku. Adakah kerana tekanan yang menghimpit diri kita yang semakin hari semakin membebankan. Atau adakah kerana kurangnya ilmu agama di dada sehingga kurangnya nilai sabar dalam diri. Entah. Cuma semakin hari saya berasa semakin bersyukur kerana masih hidup dalam keadaan sempurna. Ucaplah Alhamdulillah ... semoga Tuhan semakin mempermudahkan urusan duniawi kita. Amin, mudah mudahan.
Friday, February 17, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment