She is ADILA ...

Friday, February 17, 2012

Mini Bajet Kahwin buat pembaca sekalian

Kenapa saya buat mini bajet kahwin? Haaa tertanya tanya bukan... Sekadar ingin berkongsi apa yang saya perlu dikongsi saja. Saya nak kahwin? Oppsssssssssss ... itu lambat lagi. Jom kita selidik sikit ---->

Mini Bajet Kahwin Cara Simple !

1. Kad kahwin - opsss anda tidak perlu berbelanja mewah ye. cukuplah sekadar lengkap tertera apa yg dikehendaki saja. tidak perlu berbelanja besar untuk kad kahwin. lebih jimat, gunakan saja 1 kad utk kedua dua belah pihak. untungkan? print saja sebanyak mana yang anda mahu. lebih banyak anda print, lebih untung. beserdahanalah utk buat kad kahwin. tahukah anda jemputan hanya membaca seimbas lalu saja kad kahwin anda. opsssssss itu hakikat ! sama seperti anda bukan =)

2. Door gift - jadi keutamaan berbelanja besar utk meniru sebahagiaan golongan artis. sekarang sudah menjadi satu trend bagi door gift berbentuk cawan, replika atau sebagainya. alahai .... jangan membazir. lebih elok letakkan saja coklat, kek kecik, jeli warna warni. itu lebih sesuai diberikan kepada tetamu. tambahan pula diberikan pada si cilik. pasti tersenyum bila mendapat hadiah comel comel berbentuk makanan. pasti ia tidak merugikan. percayalah ....

3. Pelamin - kata orang sesekali berbelanja besar tidak mengapa. pasal pelamin itu atas kehendak dan citarasa masing masing. bagi saya cukuplah ia simple tapi menarik. bagi saya, ianya bagai pelengkap gaya untuk bergambar. ahhh ... untung dapat saya kan. tidak terlalu bergaya dalam sesetengah aspek. ini adalah dari cara mak say ! heeeeeeeee

4. Fotographer - perlu ke? bagi saya tidak perlu sesuatu yang protokol. cukuplah sekadar mengambil gambar dari ahli keluarga sendiri. ianya tidak nampak asing dan janggal. lebih mesra adalah .... bergambar dari semua sudut beramai ramai. pasti menyeronokkan.

5. Hantaran - mengikut bajet yang sedia ada. pastikan ia tidak menjejaskan kedudukan ekonomi anda. diingatkan ! bukan esok saja anda akan hidup. kehidupan selepas berkahwin perlu diambil kira juga. ingat yer.


Kenapa perlu adanya aspek pembaziran dalam perkahwinan? Listkan betul betul. Insyaallah ianya tidak akan jatuh kepada pembaziran. Pembaziran itu amalan syaitan bukan. Berbuat amallah dalam setiap tindakan. Insyallah pasti mendapat keredhaanNya.

Perkahwinan yang terbaik adalah perkahwinan yang diredhai olehNya. Sama sama kita mendoakannya amin... =)

No comments: