She is ADILA ...

Friday, January 7, 2011

Skandal??? Sorry tidak berminat laaa

Sengaja amik status sy lam FB nie utk dibuat entry... Alahai! Ini semua kerana penangan cinta cik abg polis laaa nie. Sebelum tu, minta maaf yer cik abg polis... Saya bercerita ikut mood.
Sebelum tu, saya tetap jaga aib cik abg polis nie, sebarang kenyataan tentang cik abg polis ini terpaksa dirahsiakan. Cik abg polis mana, itu biarlah jadi rahsia yer.... Sebab saya suka kawan dgn cik-cik abg polis (bermaksud ramai, bukan sorang k)..jadi yang mana satu tuannya, biarlah jadi rahsia saya!
Cik abg polis nie nak pasang saya sebagai skandal nyer!
Ohhhh tidak ...............................
Kenapa tidak ?? Sebab si dia sudah berpunya! Itulah sebab utamanya. Memang! (if dye single pom kena pikir 2,3 kali jugak sebab dia kan cik abg polis)
Hehehe .... kami kenal lama jugak, pernah berskandal jugak (skandal ker???). Tapi tak sure laaa, yang aku tahu aku pernah terjatuh sayang dengan cik abg polis nie. Tapi, entah kenapa hubungan itu kejap sangat...(beberapa minggu jer laaa rasanya)!! Sebab tiada keserasian kan hehehe ....
Lepas insiden terjatuh sayang tuh, saya cepat-cepat usir perasaan tidak betul tu. Ntah kenapa saya tak leh go on dengan cik abg polis nie. Last-last we have been declared just as friend. Not more than that.... Kadang-kadang cik abg polis nie call aku, sms jarang sebab dye sibuk dan saya jugak tak der masa nak bercalling-calling dengan cik abg polis nie. Malas mengganggu! Masing-masing ada life masing-masing...
Namun, sejak kebelakangan ni, cik abg polis nie kerap call saya, sms jugak... Tak faham jugak saya dengan kondisi baru cik abg polis nie. Last-last cik abg polis ni meluahkan rasa yang telah lama terpendam.

" Boleh tak kita couple sayang?"

Siap panggil sayang ag. Aikk, ngigau ker apa cik abg polis nie. Mana boleh.... (atas alasan-alasan tertentu)! 

" Skandal?"

Ishhhh mane bole cik abg polis. Saya tak berminat laaa..... Nape mesti nak skandal? Tak cukup dengan ada GF nyer ke.... Selamba jer cakap nak ramai-ramai. Gila ape cik abg polis nie. Last-last aku cakap ...

" Maaflah, saya tak berminat...."

Sampai ke sudah cik abg polis nie senyap, baguslah sebab dia faham! Kihkihkihkih...
Moralnya nak cakap, cukup-cukup laaa sorang saja. Cubolah utk setia! Adiosssssssssss~

No comments: