She is ADILA ...

Monday, January 3, 2011

Opsss....sudaa jadi Senior part 5 daaa

Alhamdulillah...the first word yang aku sebut dulu. Sudah 2 tahun aku berlalu dengan 4 semester yang lampau, kini aku sudah jadi senior part 5 Diploma in Banking. Alhamdulillah sekali lagi... 4 sem yang berlalu tanpa repeat, tanpa ada masalah, tanpa ada apa-apa halangan membuatkan aku berjaya melangkah ke tahun akhir pengajian aku. Insyaallah, andai diizinkan olehNya, tamatlah pengajian ini pada bulan November 2011 nanti...
4 sem menetap di kolej idaman kalbu, Kolej Dato' Onn 1, akhirnya semester getir ini membuatkan aku sekali lagi berasa syukur dapat menetap di sini lagi. Mau x getirnya, semester lepas ada ura-ura mengatakan pelajar sem 5 dan 6 sesi Dis-April 11 xdapat kolej! Ya Allah, takutnyer... mohon diperbetulkan balik statement itu. Ya, akhirnya statement itu tidak sah. Malangnya, sudah ramai yang awal-awal ag daa prepare utk keluar dr kolej dan  xnk berharap apa-apa lagi. Aku dan roomates aku tetap berdegil, xnak mengalah utk diusir keluar. Carik punya carik kupon, last-last kami berjaya laaa mengumpul 15keping kupon. Walaupun masih berasa was-was, tapi gerak hati itu yang pasti bahawa permohanan kolej kami akan lulus. Tup tup ..... yes, kami berjaya! Dan masih sebilik, itu yang pasti..... Kami stay together ag sekali! Sal result plak ..... emmmm sememangnya sedih dan tak nak mengenangkan semester yang menjatuhkan kami. Cukuplah, hanya kami saja taw seksa bila di"jatuh"kan! Tapi yang menjadi penawarnya semestilah dengan result kolej nie. Sebab kami xmo stay kat luar, atau dengan kata lain kami xnk jadi NR. Memanglah jadi NR nie bebas, tapi at least bila di kolej kami rasa selamat dan sesungguhnya bangga bila masih diberi kemudahan di universiti. Tak ramai yang bernasib baik macam kami taw! Masuk saja sem baru, macam biasa, akulah yang akan datang seawal-awalnya sebab aku yang terdekat sekali. 2 orang ag duk jauh....jauh laaa sangat! Pepagi aku bersiap nak p daftar kolej, ditemani orang kuat aku a.k.a my PA ... Farah! Ke mana saja aku pegi mesti dia yang temankan dan for ur information dialah orang yang selalu dibelakang aku selama ini. Thanks Farah....jasamu dikenang! Then lepas kemas-kemas bilik, aku pom balik laaa dulu, kuar makan dengan Farah. Sekali lagi nak cakap, rumah aku dengan U xjauh pom....just 15minutes jer...so, jangan jeles k! Petang, aku p plak kolej aku dengan moto aku plak. Sememangnya, aku sentiasa dengan moto kuning aku tuh! Walaupun ianya burok, namun aku tetap sayang dye taw x.... So, start 2hb Januari 2011 bermulalah sesi pembelajaran semester 5. Semoga semester ini baik-baik sahaja ~

No comments: