She is ADILA ...

Sunday, January 30, 2011

Cinta itu bukan milik mereka

Assalamualaikum (^_^)

Mendung. Masih macam semalam, masih macam seminggu yang lepas. Januari pun akan berlalu pergi dengan keindahannya tersendiri. Februari, bulan Cinta, ia datang lagi. Bagi yang sedang hangat bercinta, sakanlah meraikannya, tapi bagi yang sedang patah hati....pasti mencemburuinya!

Februari.
Ada kisah cinta yang aku hendak ceritakan.
Kisah cinta yang berakhir dengan 1 perkara yang tak pernah terjangkau dek akal fikiranku.

Mengenali mereka, buat aku kagum! Bercinta lama, bertahan sejak dulu lagi. Entah kuasa apa yang menyatukan mereka. Kebahagiaan mereka bukan fantasi semata-mata. Ianya realiti dan bukan hanya sekadar ilusi.

Namun, bukan namanya cinta jika tiada ombak menggulung menempiaskan sejuta keresahan, kemarahan, kesakitan. Mereka diuji dengan sekecil-kecil dugaan. Tuhan Maha Besar. Menjadikan mereka sepasangan insan berkasihan, namun mampu juga meruntuhkan segunung tinggi impian untuk disatukan.

Tanpa disedari, hubungan itu berakhir dan noktahnya cinta itu bukan milik mereka lagi. Lebih perit bila tegarnya memilih insan lain untuk bergelar permaisuri di hatinya. 

Terlalu perit bila hendak difikirkan. Namun, sepahit mana pun ianya berlaku, setegar itulah mereka perlu menelannya. Pahit manis suka duka hanya tinggal sebagai satu sejarah yang menjadi titik hitam keseluruhannya. Menyayat hati, namun ianya realiti.


Nota: Simpanlah sedikit keteguhan hati utk dijadikan perisai di kala kekecawaan itu melanda bak Tsunami. Datangnya tidak diundang, perginya tinggal sejuta kepahitan.

The Precious Time

Salam =)

Tiada senyum kambing lagi.
Serius! Serius!

Saya nak bercerita tentang new album saya. 
Saya ketawa.
Yes..... new album saya yang saya post kat FB saya. Biasa saja. Cuma full dengan editing picture.

Gila meng"edit" gambar.

Itulah saya.
Seseorang yang computerize.
Ye ke???
Tak laaa.... saya bukan computerize pom. Cuma seseorang yang biasa yang suka tentang aplication computer.
Cukup.
Malas nak cakap tentang diri sendiri, nanti terlebih perasaan pulak nanti.

Bercerita tentang "THE PRECIOUS TIME" saya.
Chantek!
Positive for first sight view.
Alhamdulillah.
Tapi, saya buat agak sedikit Private & Confidental. Sebab saya yang copyright dan ada link siap.

http://www.facebook.com/album.php?aid=52497&id=100000709144207&l=f426c81a9d


Sila view~

Thursday, January 27, 2011

Editing Picture:Saya baru pandai...!!!~

Assalamualaikum :)
Senyum kambing lagi =)

Penat.
Tapi tetap senyum.

Adus!
Tak faham nie....
Saya nak beritahu 1 rahsia
hahahaha....!!!~

Saya suda pandai guna PHOTOSCAPE.
Hah?????
Terkejutkan.

Hmmmm, actually memang saya tak reti nak edit pic sebelum nie.
Maaflah, saya tak pro macam anda semua.
Namun, saya tetap tak malu utk mengakuinya hehehehe
Jom tengok picture-picture yang sempat saya edit:

:: Tak cantik pom, tapi saya tetap suka sengih-sengih.
Bagi saya, inilah yang paling cantik dimata saya::


:: Himpunan gambar-gambar peribadi saya. 
Tunggu saya edit lagi taw ::

:: Mengabadikan kenangan adik beradik saya ::


Semuanya cantik di mata saya.
Sebab ini hasil kerja saya sendiri.
Even saya baru belajar, saya tetap puas hati dengan hasilnya.



Wednesday, January 26, 2011

A Great IT Fair

Assalamualaikum semua =)
Selamat petang sudaaa.
Haaa...pagi tadi kelas aku dibatalkan. Hurmmmmm (yeye dalam hati)! Sedang belek-belek paper, tertengok laaa pada 1 advertising yang memang menarik hati sangat-sangat.


A Great IT Fair Malaysia at Mid Valley
on 28-30 Jan 2011

Yes yes yes .....
memang kena betui dengan selera aku~
tapi jauh!

So, macamana yer? Masih dalam perkiraan mahu pergi atau tidak hehehe~ Just wait, if aku pergi, memang aku akan survey macam-macam laaa...daaa laaa memang aku gila barangan IT nie.

Adussss masih pening utk memikirkannya. Yelaaa, kalau aku stay area sana, xpelaaa jugak. Nie aku di sini, xkan laaa nak naek KL semata-mata kerana IT Fair. Xpe-xpe tunggu keputusannya saja. + aku plak dalam musim cuti pertengahan semester....(horeeeyyyy giler).

Cuti pom cuti jugak! Asssignment pom berlambakan jugak nampaknya. Yang lebih lucu, kelas Insurans tadi tetiba jer Madam aku buat quiz....hahahaha terkantoi malas baca sebab sibuk dengan proposal seminar insurans, almaklumlaaa aku kan Secretary~ Tapi selamat dapat jawab dan markah pom ok laaa dengan keadaan yang tidak membaca langsung.


Nota: Sila baca buku hari-hari. Jangan jadi malas macam saya.

Wednesday, January 19, 2011

Lalalalalala~ *aku nyanyi

Senyap...hahahaha
Aku gelak-gelak
Lama daaa tak post entry!
Kalau dulu hari-hari boleh dikatakan suka post entry.
Tapi sejak akhir-akhir nie makin kurang.

Malas!
Oh tidak....
Bukan bercerita tentang malas.
Tapi bercerita tentang kesibukan yang melanda, hmmmm~

Semester ni,jadual padat.
katakan tidak utk mengeluh
Banyak benda menarik yang happen sem nie.
Yang paling menarik hati bila kami dipaksa oleh Ketua Program utk amik gambar kelas.
Kami tak kedekut k utk beli gambar
Hahaha .... cuma kesibukan 4 sem lampau jadi penghalangnya
Last-last, kami terpaksa jugak menghitamkan diri di bawah cahaya matahari semata-mata utk bergambar!
dah laa sebelum bergambar tu aku terlibat dgn latihan kebakaran.
Lucu hahahaha...

Aku, Emy, Sue, Moq Nard gelabah giler!
Ingatkan betui kihkihkihkih
Terima kasih kpd pakcik-pakcik  abg-abg bomba yg terlibat sama oke.
Kusss semangat jap, but anyway kami gelak-gelak gediks.
Mau tak gelaknya, kami antara orang pertama yg diarah keluar, mula-mula kami panik, last2 nak sampai kat pintu keluar tu baru perasan ada latihan kebakaran.
Dalam gelak-gelak kami pom, ada jugak laaa rasa sedikit nak marah.
Maunyer masa tu baru je buka buku helaian pertama, terpaksa melarikan diri dgn tergesa-gesa.
Adus laaa.
Tapi cukup happening.


Selama kesenyapan or lebih tepat lagi kemalasan utk meng"post" entry, aku sebenarnya lebih fokus kpd blog walking sahaja.
++ dengan buat handwriting assigment.
Penat, tapi berbaloi dapat siap awal.
Lepas ini, semakin kuranglah entry aku disebabkan kesibukan melampau!

Thursday, January 13, 2011

Girls yang nak jadik Jantan

Kasar.
Memang.
Tapi kadang-kadang saja.

Cerita aku.
Semester nie laaa.
Story pasal gurl yang nak jadi jantan.
Lebih tepat lagi pengkid.


Sorry.
Bukan mintak maaf.
Mintak kebenaran nak bercerita.
Bukan mengutuk, tapi hakikat.
Yang xley terima jangan baca.


Lebih tepat lagi, aku sebenarnya takut, bukan pengecut k. Diorang daa macam lelaki @ jantan. Kalau cakap jantan cam kasar plak, walaupun memang hakikatnya jantan yang kasar. Diorang boleh berubah ke? Macamana nak ubah diorang yer? Mereka macam ragu-ragu nak solat!
Masya-Allah!
Tuhan Maha Besar.
Sudah berikan segala punca, cuma uruskan saja. Mengikut tertib tersendiri.
Diorang perempuan, bukan jantan. Kenapa nak malu pakai kain sembahyang? Nak pakai kain pelikat ke?
Mintak jauh!
Bila diorang sesat, lepas tu tak solat, maybe solat sorok-sorok sebab malu nak pakai kain sembahyang  bila-bila pom x berubah.
Innalillahhiwainilaihirajiun'..............

Sampai bila nak jadi macam nie?
Sampai kiamat?
Bukan nak banned budak2 pengkid. Gay  dan yang seangkatan dengannya turut terkena.
Tapi kenapa saya cerita pasal pengkid  saja?
Sebab pengkid nie 1 level dengan saya kat hostel.
Yang saya geram, mereka diletakkan bertaburan di kolej sana-sini.
Agak mengganggu persekitaran semasa + tidak selesa se"level" dengannya sebab takut.
Kerana mereka macam jantan.
Saya hendak bebas bersosial di kolej kediaman saya.
Bebas utk tidak menutup aurat.
Jangan pikir bukan-bukan.
Sebab kolej kediaman saya perempuan semuanya.
Bila jantan duduk sama.... pk laaa betapa seksanya kami!

Adus. Menanti mereka berubah....

Lagu utk Saya

Kamu pernah terima titipan lagu dari seseorang tak? Mesti pernah kan. Saya pun pernah jugak, boleh dikatakan selalu terima titipan lagu. Sweet giler kan!
Jangan tanya eh eh eh tidak perlu tanya dari siapa, pasti dan sudah tentu dari someone yang sayang saya...
Kepada dia, terima kasih! Antara lagu yang saya dapat selama nie ialah :

  • Atreyu - Wait For You
  • Avenged Sevenfold - Seize the Day
  • Avenged Sevenfold - I Won't See you Tonight

Alamak! Tak ingat laaa yang lain-lain. Yang pasti semuanya yang tak pernah aku dengar dan bila 1st time aku dengar, memang terjatuh hati betui laaa dengan lirik lagu tu. Apapun ten-Q laaa sebab sudi titipkan lagu buat saya~

Tuesday, January 11, 2011

Kamilah Penghuninya....

Kali nie aku nak story about my classmates! To all of u, sorry i copy pitcha u all deshh..!!!~
Sepanjang kami di UiTM Cawangan Machang, kami laaa penghuni setia kelas BMDPB, dari sejak awal semester (Januari 2009) hinggalah ke semester 5 tahun nie. 
InsyaAllah, kami akan tamat pada akhir tahun nie... 
Gud Bye Diploma in Banking 2011~




:: Musti laaa bermula dengan aku dan the geng! Oke yg tepi sekali(belah kanan) tu 
for sure laaa aku...merangkap tuan punyer blog nie. Next aku Emy, Adah & last hujung tepi
sana tuh Sue a.k.a Anne'. Pitcha nie kami candid last sem..masa tu ada presentation for
Business Communication. Aku musti laaa candid dgn poyo nyer lalalala~ ::





:: Nie, mai aku intro utk diorang k... Bermula belah kanan jugak laaa k, itu ialah
Pak Rep a.k.a Mizi, abang Long kelas kami (coz dye agak berusia, so utk lebih hormat 
aku kenalkan as abang Long), next kelas rap aku 5 sem berturut-turut Ari, sebelah Ari tu
Miss Syida, next to kelas rap jugak Nad, then Dian and lastly Wani. Tidak termasuk
Nad dan Wani, 3 of them orang KL dan merekalah satu-satunya penghuni kelas aku
yang bermastautin di Qelate...yg laen semua cap Qelate ori! ::






:: Bermula dgn si kecik pegang phone tu, itu Mc'Ya, next Mc'Ah, yg freehair tu Ema, Sheqa
and last sekali tu Azie. Diorang nie 1 geng dan sek Kelate belako nie.
Mc'Ya dari Bachok, Ah dari Mache (dekat giler wey... sila hitung baper km umah ko
dgn UiTM), Ema dari Ketereh (law x silap laaa...sorry law tersilap, kurang update
tentang homestay u), Sheqa dari KB dan Azie from Tumpat. 
Opsss mereka semua sudah berpunya... jangan mintak tolong adjust no phone
wink wink ::




:: Nie haaa group ke 3 lam kelas aku.. Aikk banyak kan grouping-grouping lam kelas aku.
Bermula sebelah kanan first (awat aku niey..asyik kanan kanan jer, suka kanan ker)
Fika, Cik Mai, Cik Yah dan Mie. Penghuni kelas aku nie orang Tanah Merah,
Pasir Mas then Mie, aku x sempat update dye punyer homestay! Sorry sorry again.
Fika... kawan lama aku masa sklh rendah dulu. Haishhhh tu pom dapat taw
sebab the first tu masa mula-mula dia dtg transfer dr Dungun ke Mache, dia tegur
aku wey.... Segan! Awat aku nie bole lupa member. Teruk betuii laaa ::




:: Please...mereka memang tunjuk burger tu! Melampau hehehehe.... Nie aku nak kenalkan
Qilah (also yang duk sebelah kanan) dan jugak Mie. Berlakunya ulang tayang muka Mie kat entry aku kali nie... Oittt nanti femes lak! Qilah, dye dak Pasir Puteh. Dekat jugak dgn UiTM. Aikk
aku nie duk mengata orang, aku kena hitung plak baper km jarak umah aku dgn UiTM!
Please...dun ask sebab hanya 5 MINIT !!!




:: Bertabur giler pitcha nie... Camner nak ulas nie! Oke oke camnie, start dgn boy yg
duk sebelah gurl tu...tak nampak muka kan, haaa tu Pak Ajis a.k.a Razis, next yg duk
tepi tong sampah kaler biru tu Irfan, baju kaler merah tu WokYoh a.k.a Fathi...yg abg spectacles tu
Ja! Jejaka-jejaki yang wujud lam kelas aku selama nie hehehe ::



:: Next 2 others jejaka jejaki nie ialah Due a.k.a Redzuan dan last sekali tu yg duk
malu-malu kat belakang tu Piji. Nie pitcha aku copy paste lam FB diorang ::




P/s: Sory sory again sebab copypaste tanpa tanya dulu!Pitcha anda akan digunakan utk laman entry ini sahaja.For those yang xde lam gambar entry nie mintak maaf yer,asa-asanyer semuanya sudah tercopy belaka.Malas nak count baper orang semua penghuni lam kelas aku,tapi mereka inilah sahabat diploma aku...adiosss~

Monday, January 10, 2011

Cerita kasut aku.

Assalamualaikum...
Ade orang tak ???
Hehehee .... sudah beberapa hari aku senyap tanpa entry! Entah laaa...xde masa plus lak line BB aku tuh x baper oke dekat atas bukit tuh .... (mention kolej aku tuh berada jauh nun di atas bukit... line x sampai, sahkan BB, line phone pom susah jugak...naseb laaa). So, this week bermulalah sessi kuliah semester 5. Fuhhh... tengok jer buku-buku (yang aku beli dengan senior...tiap2 sem beli dgn senior..terukkk kan) melampau... banyaknyer! But tak nak mengeluh pom.... igt dis year is my final year~
Ishhh ishhhhh .... ape laaa naseb aku! Minggu nie kan sudah bermulanya kelas, kelas aku nie kadang-kadang lecturer masuk, kadang-kadang tak. Tapi aku tetap pegi kelas dengan roomates aku yang tersayang nieyh... Pegi kelas tuh xde lecturer..pg kelas nie xde jugak lecturer.... Hmmmmmm kadang-kadang naek geram gak, yelah kami siap-siap bangun awal..iron baju..tengok2 lecturer pom x dtg..Kecewa (nada ye ye)!
Tapi lagi naek geram bile selipar kiut miut aku tuh putus! Angen aku satu badan~ Hari ahad yg kaler pink tuh putus coz aku terpeleot' kat depan pagar besar UiTM tuh kihkihkihkih .... dengan slumber nyer cabut selipar...terus kaki ayam! Peduli ape aku~ Pak Guard asyik tanye ape kena tuh? Jawab jer laaa selipar chantek saya nie putus kihkihkih...
Second day selipar lip lap lip lap aku plak aiiii! Coz struktur lembut sangat kan...jadi tercabut belah tepi tuh. Yang tu happen lam kelas! Mintak laaa paku picit dgn lecturer aku~  Malu pom malu laaa....asalkan aku boleh jalan dengan baek. Terhencut-hencut jugak laa...sakit kena paku tekan tuh! Lepas kelas terus pegi carik kedai repair selipar. Hmmmm amik ko~ Letih giler.... namun tetp jugak update blog dengan cerita malang aku nieyh. Mintak2 esok tiada apa yang berlaku lagi. Please don't repeat it again ... i'm begging ....

p/s: ten Q to ma fren .... yang sudi dengar dan tolong aku masa insident berkenaan lalalala~ Jasamu dikenang...Peace! Love u olllsss......!!!!~

Friday, January 7, 2011

Skandal??? Sorry tidak berminat laaa

Sengaja amik status sy lam FB nie utk dibuat entry... Alahai! Ini semua kerana penangan cinta cik abg polis laaa nie. Sebelum tu, minta maaf yer cik abg polis... Saya bercerita ikut mood.
Sebelum tu, saya tetap jaga aib cik abg polis nie, sebarang kenyataan tentang cik abg polis ini terpaksa dirahsiakan. Cik abg polis mana, itu biarlah jadi rahsia yer.... Sebab saya suka kawan dgn cik-cik abg polis (bermaksud ramai, bukan sorang k)..jadi yang mana satu tuannya, biarlah jadi rahsia saya!
Cik abg polis nie nak pasang saya sebagai skandal nyer!
Ohhhh tidak ...............................
Kenapa tidak ?? Sebab si dia sudah berpunya! Itulah sebab utamanya. Memang! (if dye single pom kena pikir 2,3 kali jugak sebab dia kan cik abg polis)
Hehehe .... kami kenal lama jugak, pernah berskandal jugak (skandal ker???). Tapi tak sure laaa, yang aku tahu aku pernah terjatuh sayang dengan cik abg polis nie. Tapi, entah kenapa hubungan itu kejap sangat...(beberapa minggu jer laaa rasanya)!! Sebab tiada keserasian kan hehehe ....
Lepas insiden terjatuh sayang tuh, saya cepat-cepat usir perasaan tidak betul tu. Ntah kenapa saya tak leh go on dengan cik abg polis nie. Last-last we have been declared just as friend. Not more than that.... Kadang-kadang cik abg polis nie call aku, sms jarang sebab dye sibuk dan saya jugak tak der masa nak bercalling-calling dengan cik abg polis nie. Malas mengganggu! Masing-masing ada life masing-masing...
Namun, sejak kebelakangan ni, cik abg polis nie kerap call saya, sms jugak... Tak faham jugak saya dengan kondisi baru cik abg polis nie. Last-last cik abg polis ni meluahkan rasa yang telah lama terpendam.

" Boleh tak kita couple sayang?"

Siap panggil sayang ag. Aikk, ngigau ker apa cik abg polis nie. Mana boleh.... (atas alasan-alasan tertentu)! 

" Skandal?"

Ishhhh mane bole cik abg polis. Saya tak berminat laaa..... Nape mesti nak skandal? Tak cukup dengan ada GF nyer ke.... Selamba jer cakap nak ramai-ramai. Gila ape cik abg polis nie. Last-last aku cakap ...

" Maaflah, saya tak berminat...."

Sampai ke sudah cik abg polis nie senyap, baguslah sebab dia faham! Kihkihkihkih...
Moralnya nak cakap, cukup-cukup laaa sorang saja. Cubolah utk setia! Adiosssssssssss~

Beginilah Kita

SaYa senYaP buat seketika waktu.
Diam ... tak bererti malas.
Jam berdetik tik tik tik.
Alahai .... huJan tak berhenti.
Berfikir.
Diam.
Diam lagi.
Yes !!!
kihkihkihkih ketawa.
Sudah Gila kah?
Tak laaa ....
Carik idea~
Hmmmmm menGeluh.
Ada masalah laaa...
DGn siaPa?
Ntah .... nak buat masalah dgn sapa Yer...
JanGan.
Diam laGi.
Terus diam
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
laaaa .... tido daaaa

Thursday, January 6, 2011

Hujan ohhhh Hujan lalalalala



Hujan .... masih lebat! selebat dulu, sebasah semalam
Tiada tanda-tanda mahu berhenti
Masih sama seperti dulu ...

Hujan .... sejuknya menikam ke tulang hitam
Menarik selimut di katil
Ohh .... syahdunya di buai lena yang panjang ...

Hehehe ..... aku berfalsafah! Macam seniman~ Menanti hujan berhenti sebab aku masih
ada lagi perkara penting utk dibuat. Hujan ohhhh hujan .....
Januari hadir dengan hujan... selebat-lebatnya
Manusia merintih kepayahan, kesukaran!
Tapi haiwan dan tumbuhan berserak kesyukuran~

Januari .... permulaannya dan pengakhirannya tahun lepas..
Semakin lama semakin rumit kehidupan
Dibelenggu dengan pelbagai masalah
Ahhhh .... cukup tidak masuk akal betul!
Sejauh mana mampu lari... 
Selagi hayat di kandung badan
Selagi itulah masalah itu tidak selesai!

Hujan .... hujan
Bila henti berhenti ???
Aku masih ada masalah
Selagi ianya tidak selesai
Selagi itulah aku masih sesak 
Dibelenggu masalah




Tuesday, January 4, 2011

Sila Tolong Faham Perasaan Orang

Monim olsss .... masih bersuasana seperti pagi, even skunk daa kul 11.30am. Di sini, sejuk giler, mengalahkan Cameron Highlands laaa ... Uishhh cuak giler nak bangun pagi-pagi nieyh. Masih menarik selimut dan berkira-kira utk pegi kelas. Sudaa laa mandi dengan kesejukan maksimum. Emmm memang cukup pemalas~
Last-last bangun, mandi dan melepak depan lappy aku nie. Pepagi lagi daa havoc dengan masalah orang laen.. apa laaa! Haaa.... nie yang paling xberkenan lansung nie.
 
Bila orang x faham bahasa!

Lupakan...lupakan! Meh nak cter cket. Roomates aku si A & M nie biasa laaa, cuba-cuba plan nak balik umah. Ye laaa, duk sini jer memerap lam bilik! Kelas pom xp lagi sebab lecturer asyik bz memanjang. 1st week nie kan.. Ok laaa~ 
Bila bangun pepagi nie, si A nie dapat laaa call memanjang dr seorang kenalan, si K nie. Ape laaa si K nie nak pepagi nie, orang daa laaa nak tido. Kacau jer. Law sekali dua ok jugak, nie berkali-kali call x henti-henti. Lepas kami siap mandi pom still call lagi....dengan meninggalkan 16 misscalls! Tidak tahu jemukah si K nie asyik call call .... daa orang malas angkat, apa lagi...cukup-cukup laaa....
So, dengan nada kesiannya, si A nie jawab laaa call si K nie pada panggilan kali ke 17! Hehehe ... kami x kejam k, cuma give time laaa. Lorh .... si K nie nak tumpang bilik kami upernya!
Aku daaa memang sejak azali lagi cuak ngn si K nie....sebab si K nie xreti faham bahasa Melayu cket~ Dye suka buat kepala dye jer.... Hmmm panas jugak aku dengan si K nie... So aku ajar laa A nie cakap yang kami ada kelas, padahal bia laaa duk melepak atas katil ag.


A : wei sory laaa, aku kat kelas nie
K : owh ye ke... bila kelas ko abis?
A : lam kul 2
K : owh...lambat ag...eh camnie laa, aku g pat ko, aku g amik kunci bilik ko dulu, bole x
A : arghhhhhhhhhhhh .... tunggu jap ea....

**********************************************************************************


Then discuss laaa kami bertiga... Aik sampai begitu sekali yer nak duk bilik orang... Bukan apa, bilik kami banyak barang, si K nie pom boleh tahan jugak pemalasnye...then suka selerakkan barang! Kami tahu laaa sebab si K nie pernah duk 1 level dengan kami. Kami ada laaa jugak bertandang ke bilik dye... Si K nie jenis orang yang buat suka ikut kepala angen dye jer. Then aku ajar si A nie, cakap kami semua xde kat bilik, sebab nak balik umah jap ag ....
Then, A call balik si K nie


A : wei... sorry laaa kitorang nak balik umah laaa pas kelas nie
K : owh... law macam tu pass kunci kat aku laaa
A : eh mane bole.... aku tinggal barang-barang kat bilik
K : aaalaaa....bole laaa, haaa...xpom aku g amik ngn pejabat kolej
A : eiiii mane bole .... owner jer bole amik kunci tu
K : *terus tutup fon*


**********************************************************************************

Aik.... awat nak hangen dengan kami plak! Kami daa cakap daa xboleh, it means x boleh laaa~
Ade faham kah????
Bukan ape kami malas nak serabutkan diri dengan orang luar. Bilik kami is Bilik Kami .... No Kongsi Kongsi!
Xnk repeat benda yang pernah berulang.......... itu sahaja! 
So tolong laaa faham perasaan kami ........................!!!!!!!!!!!!!~

Puji-Pujian utk Mejuez

Not Not .... aku bukan mintak award~
Sejujurnya aku hargai Mejuez!

Cuba cakap kat aku, blogger mane yang xkenal dgn Mejuez.
Bagi aku, dia penuh dgn idea kreatif~
1 lagi yang buat aku sengih-sengih sekarang.
Sebab dye sudah buat 1 group utk blogger-blogger nie berkumpul.
Pemilik penuh Kami Si Blogger....

Kerana group nie laaa aku dapat carik follower baru. Actually x kesah sangat bab follower
sebab aku buat blog utk personal life aku~
So yang mane berminat jadi follow aku, terima kasih bebanyak laaa sebab tolong isikan penuh
bahagian follower...
kalau bukan Mejuez.... follower aku masih 11 orang kowt~
Mejuez pom xsangka dye dapat grab 300 members lam masa 3-4 hari gitu.
Tahniah~
Berbaloi-baloi!
Dengan wujudnya KSB, ade laaa jugak tempat berkumpulnya blogger-blogger baru,
macam aku nieyh, yang buta bab dunia blogger nie!
Sengih-sengih aku bila aku dpt follower baru kihkihkihkih
Terima kasih sekali lagi....
Alah...utk suka-suka, x salah kan~
Makin kerap laaa aku buat BlogWalking skunk sebab ramai member hantar link dkt KSB!
Ishhh ishhh x sangka macam-macam cerita aku baca!
Blogger memang banyak idea dan memang patutlaaa korunk jadi blogger~

 To Mejuez ... tahniah!
awak memang hebat, GAMBATEH....!!!~


Sampai masa akan letih jugak BerCouple niehh




Hihihihi .... saya mula mengarut! Ok ok .... meh nak cerita, skunk nie budak scol pom pandai berjiwang-jiwang nie...Hmmm tak tahu laaa diorang couple atas sebab alasan apa. Masih mencari-cari jawapan nieyh? Yang ada jawapan, sila komen k~
Diorang taw tak sampai satu masa, cinta itu akan berhenti dengan sendirinya!
Percaya tak? 
Tidakkkkkkkkk ...........................



Owh mai nak cakap yer .....
Bila kita sudah betul-betul sayang dengan someone nie, then couple laaa kita seberapa lama mungkin, tup2 putus di tengah jalan. Masa tuh ..... CUKUP !!!!
Semuanya tidak bererti lagi...
Maaf saya bercakap melalui pengalaman dan andai ada yang memikirkan jawapan lain, itu hak mereka!
Tapi percayalah, jika sedemikian berlaku, cinta awak dan dye tu adalah cinta yang sebenarnya cinta!
Sila check baek-baek ~


Monday, January 3, 2011

Hidup nie tak perlu sombong-sombong

Eh2 cam naek angen jerk! Ya...memang saya naek angen pom arini. Ntah laaa, saya paling xsuka orang yang berlagak sombong semacam jerk. Benda yang paling saya anti, nie laaa haaa...perasaan sombong nie! Ntah laaa, saya xreti nak sombong-sombong ngan orang nie. Semua orang saya senyum jer! Senyum kan sedekah... saya rasa xsalah pom law senyum kat orang. Orang pom akan nampak kite nie cool jer, jenis yang bole go on kan...








Cuba tengok gambar pakcik tu? Kurang chantek kan.... tapi bila dye senyum, nampak jugak cantik! Tak de undang-undang pom cakap senyum tu salah or senyum tu kena bayar... Ape laaa weiiii?? Senyum, sikit pom orang akan nampak kite ikhlas kan... Berbanding dengan yang nie :







Tengok tu!!! Tak cantik kan .... So, xsalah law kita senyum cket! Senyum ok ..... senyum...senyum ... owwww comei gitu ..... !!!!~




Kalau dulu upload lagu guna Youtube,sekarang Blogwalking pulak

Dunia makin moden kan kan.... Sentiasa berubah dalam masa yang singkat, mayb lam masa sesaat kowt. Tapi xpasti, mungkin betui kan kan kan... Sama laaa macam saya, law dulu kecik ajer, skunk sudah boookk'...daaa xtaw camner nak kuruskan badan. Sangat tidap shuka dengan badan yang baru. Kalau laaa boleh tukar badan macam tukar baju (copy iklan lam TV, perasan x hihihihi) .... hari2 saya tukar! Sebab nak taw badan macam mana jadi pujaan. Alamak aiiiii teruk bena doshh nie...kihkihkihkih
Nak taw x dulu saya bila buka dgn tenet nie, shuka sangat masyuk Utube. Please, jangan pk bukan-bukan! Upload lagu jer, kadang-kadang tengok cite. Huh ...best laa! Tapi skunk, suda tinggal jap tabiat tuh sebab skunk jatuh cinta dengan blog! So, everyday mesti, tahap wajib ber"blogwalking"~ Besh taw bt benda tusss, baca cite cam bace cerpen (nak cakap novel panjang plak novel tuh)! Idea masing-masing laaa kan. Macam lam blog saya, it more to be personal hihihihi....depends pada orang tu laaa nak jadikan blog dye camner pengkisahannya kan kan.... Tapi 1 yang saya tidap suka~
Saya kurang pandai edit picture!!!! Malu laaaa ..... bagi saya rumit, malas laaa hehehe..One day nanti saya akan jadik pakar edit picture k! Skunk bia dulu saya nak belajar buat blog nie puas-puas, then step by step, one by one kite belajar yang laen deh....tataaaaaaaaaaaa

Opsss....sudaa jadi Senior part 5 daaa

Alhamdulillah...the first word yang aku sebut dulu. Sudah 2 tahun aku berlalu dengan 4 semester yang lampau, kini aku sudah jadi senior part 5 Diploma in Banking. Alhamdulillah sekali lagi... 4 sem yang berlalu tanpa repeat, tanpa ada masalah, tanpa ada apa-apa halangan membuatkan aku berjaya melangkah ke tahun akhir pengajian aku. Insyaallah, andai diizinkan olehNya, tamatlah pengajian ini pada bulan November 2011 nanti...
4 sem menetap di kolej idaman kalbu, Kolej Dato' Onn 1, akhirnya semester getir ini membuatkan aku sekali lagi berasa syukur dapat menetap di sini lagi. Mau x getirnya, semester lepas ada ura-ura mengatakan pelajar sem 5 dan 6 sesi Dis-April 11 xdapat kolej! Ya Allah, takutnyer... mohon diperbetulkan balik statement itu. Ya, akhirnya statement itu tidak sah. Malangnya, sudah ramai yang awal-awal ag daa prepare utk keluar dr kolej dan  xnk berharap apa-apa lagi. Aku dan roomates aku tetap berdegil, xnak mengalah utk diusir keluar. Carik punya carik kupon, last-last kami berjaya laaa mengumpul 15keping kupon. Walaupun masih berasa was-was, tapi gerak hati itu yang pasti bahawa permohanan kolej kami akan lulus. Tup tup ..... yes, kami berjaya! Dan masih sebilik, itu yang pasti..... Kami stay together ag sekali! Sal result plak ..... emmmm sememangnya sedih dan tak nak mengenangkan semester yang menjatuhkan kami. Cukuplah, hanya kami saja taw seksa bila di"jatuh"kan! Tapi yang menjadi penawarnya semestilah dengan result kolej nie. Sebab kami xmo stay kat luar, atau dengan kata lain kami xnk jadi NR. Memanglah jadi NR nie bebas, tapi at least bila di kolej kami rasa selamat dan sesungguhnya bangga bila masih diberi kemudahan di universiti. Tak ramai yang bernasib baik macam kami taw! Masuk saja sem baru, macam biasa, akulah yang akan datang seawal-awalnya sebab aku yang terdekat sekali. 2 orang ag duk jauh....jauh laaa sangat! Pepagi aku bersiap nak p daftar kolej, ditemani orang kuat aku a.k.a my PA ... Farah! Ke mana saja aku pegi mesti dia yang temankan dan for ur information dialah orang yang selalu dibelakang aku selama ini. Thanks Farah....jasamu dikenang! Then lepas kemas-kemas bilik, aku pom balik laaa dulu, kuar makan dengan Farah. Sekali lagi nak cakap, rumah aku dengan U xjauh pom....just 15minutes jer...so, jangan jeles k! Petang, aku p plak kolej aku dengan moto aku plak. Sememangnya, aku sentiasa dengan moto kuning aku tuh! Walaupun ianya burok, namun aku tetap sayang dye taw x.... So, start 2hb Januari 2011 bermulalah sesi pembelajaran semester 5. Semoga semester ini baik-baik sahaja ~

Saya nak jadik .........

Minat nieh baru jer timbul....tapi makin meluap-luap lak aiii! Hmmm, memang asalnyer aku suka candid picture, tapi teringin jugak jadi yang lebih lagi! Lebih tepat ag aku nak jadi .....





PHOTOGRAPHER !!!!

Nie bukan maen! Yes, serius aku nak jadik photographer becoz aku suka nak cuba candid sesuatu yg indah. Tak salah kan, tak salah kan??? Aku cukup berkenan dengan kerja-kerja photographer. Bukan hanya orang seni saja yang pandai olah sebuah gambar... orang biasa pom boleh jugak asalkan dye ade minat dan bersungguh-sungguh dengan ape yang dia buat. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Ya, aku nampak jalan nak buat bisnes dengan jadinyer photographer. X susah kan nak buat bisnes! Cuma kena rajin cket jer. Kena banyak promote....

Aku berkenan giler dgn photographer nie! Diorang kreatif, pandai edit, memang seni laaaa~
Kalau aku nak benda nie jadi kenyataan, aku kena start candid benda2 yang chantek dulu...bia nampak effect yang cantik, zoom yang menarik, picture yang membawa maksud tersendiri!




Aku akan mulakan dengan candid expression muka orang dulu! Itu pom kalau diizinkan utk bina impian aku... Semoga di tahun baru nie, minat aku ni dapat dikembangkan. Itu saja yang aku nak..... dan yang jadi pilihan aku mestilah jadi WEEDING PHOTOGRAPHER!