She is ADILA ...

Wednesday, March 16, 2011

Seminar Insurans:Kami Enjoy!!!

Salam....
cik D buka lembaran utk membebel di malam hari. Even cik D sedikit kepenatan hari ini, cik D tetap jugak nak tulis entry sebelum ke Jeli esok pagi!!! Minggu inilah cik D rasa macam nak pecah kepala. Teramat penat! Entahlah kenapa cik D rasa cik D gatai-gatai nak memenatkan diri utk enjoy aktiviti semester ini.

cik D dah berubah laaa (^_^)

Dengan perubahan inilah cik D boleh cerita macam-macam pengalaman baru cik D. Kan kan???
Nanti tak nampak kaku sangat cik D bercerita. Emmm cik D nak cerita pasal seminar insurans yang cik D pergi hari Ahad hari itu. Tempatnya di MCIS Zurich kat Kota Bharu. Alamak dekatnya! Tak pe laa dekat-dekat pom, janji cik D boleh naik bas yang berlogo UiTM Kelantan. Bangga taw bawak nama UiTM ini.....


Selaku setiausaha projek ini, cik D yang uruskan segala urusan surat menyurat. Permohonan lawatan diluluskan 2 minggu sebelum seminar tersebut. First time macam malas jer nak join, tapi disebabkan wajib join so dengan paksa rela cik D joint jugak. Alhamdulillah, seminar yang berlangsung 3 jam tu memang cukup menarik minat cik D.

Seminar itu berasaskan pendedahan kerja sebagai ejen insurans. Memang cik D tak sangka, ejen insurans ini kaya raya rupanya. Gaji sorang-sorang melebihi 10K tu!!! Alamak ............... cik D berfikir utk tukar profession laaa hihihihihi! Rambang mata jugak laa dengan pendedahan terbabit. Maunyer, Tuan Haji Azhar (pengarah syarikat insurans) tu cakap anak buah dia yang muda-muda semuanya mampu memiliki BMW 5 series. Terbelalak mata cik D! T.H Azhar tu pom cakap "if you all join kami, kami akan confirmkan umur u 22 tahun, income u 10K"....

cik D nak! cik D nak!!!
So, dengan itu cik D pom amiklah langkah utk mendapatkan lesen ejen terlebih dahulu. cik D dah daftarkan diri dan mungkin cuti sem ini cik D akan duduki exam tu. Doakan cik D oke..oke...

Lepas pada seminar tu, kami semua lunch kat Mc'D dekat dengan Wakaf Che Yeh sebelum gerak balik kampus. Around kul 4 ptg selamatlah tiba di perkarangan UiTM Machang. cik D penat sampai tertido-tido dalam bas...hehehe..

Oke laaa, cik D ngatuk. cik D >>> tata~


Nota: Esok, cik D ke Jeli utk jadi fasilitator budak-budak SPM area Parlimen Jeli. cik D akan bertolak pukul 12 hinggalah kembali ke kampus pada hari Sabtu nanti. Jangan rindu-rindu cik D oke oke (^_*)

No comments: