cik D bukak citer di petang hari huhuhuhuhu (^_^)
actually nak cakap sy baru bangun tidow laa hehehehe
disebabkan tingkap bilik menghadap terus ke pemandangan hijau,
ditambah pulak deru angin bertiup sejuk hingga ke tulang hitam,
aku teringat akan satu zaman yang tak pernah luput dek ingatan.
zaman sekolah!!!
indah kan...
ade cikgu yang sentiasa dengan watak masing-masing
ustaz dengan bawak rotan utk piat budak malas solat
cikgu matematik dengan suara lantangnya mengajar
kelibat cikgu disiplin carik pelajar ponteng
cikgu sejarah dengan penceritaan dan nota-notanya
cikgu sains dengan makmal serta tabung ujikajinya
makcik kantin dengan mulut bisingnya
koperasi dengan waktu gentingnya pada masa rehat
pengawas dengan buku catatan ditangan
indah kan .....
masa itu aku tengah bekejar dengan kawan-kawan
pergi musalla utk ponteng
tidur dalam makmal masa cikgu membebel bukak nota
bising dekat tempat perhimpunan dengan cerita-cerita semalam
pergi kantin cari keropok lekor
ahhhhh .... manisnya masa tu
saat ini aku di kaki universiti
dah lama tinggalkan sejarah sekolah
tersenyum .... lucu laaa teringat zaman dulu
saat aku di kaki universiti
semuanya ikut arus sendiri
tiada siapa yang mengarah utk diikut
tiada siapa yang dipaksa utk ikut
semuanya berjalan dengan rentak sendiri
yang melangkah hebat akan terus ke hadapan
yang kecundang terus meninggalkan
disaat itu
kami memerlukan seorang pembimbing
jika dulu
cikgulah yang berteriak itu ini
disini tiada lagi teriakan itu, tiada lagi soal dipaksa
semuanya diatas kita
kita berjalan jauh, kitalah yang teratas
kita lambat, kitalah akan ketinggalan
rindu .... rindu sekolah
zaman yang tak pernah aku tinggalkan
sebab di sekolahlah
ia ajar aku segalanya!
No comments:
Post a Comment