Penceritaan ini aku kisahkan daripada kejadian yg menimpa sahabat aku >>>
Ini cerita tentang Tieha,Sheqa,Azie,Emma,Lia,Mai dan jugak Asie. Macam student-student lain jugak,bila dah lama tinggal di kolej kediaman,sampai waktunya akan keluar dan menyewa di luar kampus. Inilah yang berlaku kepada 7 orang sahabat aku ini.
Ketujuh-tujuhnya menyewa dekat perumahan yang berhampiran dengan universiti. Boleh dikatakan sebelah pagar U saja.Cuma walaupun disebelah pagar,laluan masuknya agak jauh ke dalam dan kira-kira mengambil masa dalam 10 hingga 15 minit dengan kenderaan. Kalau jalan kaki tu kena kira sendiri laa, boleh dikatakan hampir setengah jam kot (aku anggarkan jarak utk beritahu kawasan perumahan agak jauh dan keadaannya sedikit tersembunyi dari jalan besar). Perumahan itu hanya akan nampak jelas dari sideview dari dalam pintu pagar kampus, itu pun berdekatan dengan kolej kediaman.
Walaupun jauh tersembunyi sedikit, tak dinafikan ramai yang menyewa di kawasan itu. Rata-rata penyewanya daripada kalangan pelajar U tersebut. Menyewalah mereka 7 orang di sebuah rumah teres berbilik 3. Ianya boleh dikatakan cukup selesa dengan adanya TV, mesin basuh dan juga peralatan dapur. Setelah beberapa hari menyewa, datanglah ibubapa Lia, nak ziarah anak dia laa. Maybe parents dia nak tengok keadaan rumah anak gadisnya itu. Parents Lia ini bawaklah adik bongsu Lia, aku rasa tak sampai 2 tahun lagi kot umur dia. Masa duk dalam rumah adik dia ok jer, tapi bila nak balik, adik Lia tu tetiba menangis dengan sekuat hati. Menangis yang teramat sangatlah, ye laa, terkejut jugak tadi ok jer, tetiba menangis macam sakit-sakit plak.
Yang 7 orang ni buat biasa jer, yelah mungkin semut gigit ke. Positive thinking laa katakan! Then, selang beberapa hari, datanglah seseorang perempuan bersama kakaknya. Budak itu pelajar U jugak tapi baru semester ke 3. Namanya Mirah. Kedatangannya mengatakan bahawa dia akan join masuk sekali kat rumah itu, atas kebenaran tuan rumah itu sendiri. Yang 7 orang tu ok jer, yelah dah tuan rumah yang bagi, xde hak laa nak cakap apa. Kakaknya cakap bahawa adiknya itu akan sewa bilik yang belakang sekali dan sudah menjelaskan harga sewaannya sebanyak RM900!!! Uishhhh banyaknya! Setahu kawan aku ni, diorang cuma menjelaskan around RM200 sebulan setiap seorang. Kenapa Mirah bayar sampai RM900?
Mungkin sebab Mirah nak duduk bilik tu sorang-sorang kot. Yang kawan-kawan aku itu kadang-kadang mereka tidur seblik semuanya. So, diorang tak kisahlah. Masa Mirah datang tu, Mirah hanya berbual dengan Sheqa dan Emma saja. Yang 5 lagi itu tidak berkesempatan nak berbual dengan Mirah. Sibuk barangkali! Sheqa laa duk interview Mirah tu, tanya itu tanya ini. Then, malam tu Mirah mintak Emma belikan pendrive utk dia. Dia memang rushing giler nak pendrive tu, sampaikan cakap yang secondhand pom dia nak, tapi tolong kosongkan pendrive tu dan dia akan bayar RM100. Kenapa Mirah tu rushing sangat? Macam tak menyempat pulak buat esok pagi. Masa yang dia suruh Emma belikan pendrive lebih kurang waktu Maghrib kot. Mirah sempat lagi pesan, kalau dah dapat pendrive tu, tolong bagi kat dia selepas pukul 10 malam. Mirah cakap lagi dia tak mahu diganggu dari pukul 8 hingga pukul 10.
Emma tak pelik, mungkin dia nak study or buat anything yang memerlukan dia alone. Pukul 10.30 malam, semua duk masak meggi kat dapur. Disebabkan bilik Mirah paling belakang dekat dengan dapur tu, jadi mereka nampaklah Mirah keluar dari dalam bilik yang gelap! Azie tegur Mirah tu, kenapa dia membaca dlm gelap. Mirah senyap saja.
Keesokannya, Mirah pegi kelas. Yang lain-lain pom pg kelas jugak laa. Petang itu yang tujuh gadis tu g nak buka pintu bilik Mirah nak amik extension, sbb nak sambung wayar washing machine. Pintu tu macam -terkunci dari dalam. Letih duk pulas tombol pintu tu, memang sure-sure terkunci dr dalam. Takkan Mirah kunci pintu bilik dia kowt. Last choice, Tieha dengan beraninya nak p bukak geriji dr luar. Baru nak bukak, Sheqa yang duk tunggu depan pintu ini pulas tombol pintu dan IANYA TERBUKA!!!
Semuanya lari bertempiaran. Memang sewaktu duk usaha nak bukak tombol tu sudah ada rasa yang menyeramkan. Seriau jer!!!
Dipendekkan cerita, daripada lepas Mirah keluar ke kelas pagi itu hingga HARI INI Mirah tak pernah kembali ke rumah itu lagi. Sheqa ada contact Mirah punye sis, dia cakap Mirah sakit dan extant sem ni. Betul ke???
Yang hairannya hanya Sheqa yang dapat hubungi Mirah, orang lain jangan haraplah. Langsung tak dapat.
Mereka masih tertanya-tanya ke mana Mirah tu pergi dan siapa Mirah tu sebenarnya?
Atau mungkin mereka akan diberitahu bahawa Mirah itu sebenarnya sudah MATI....
Wahwahualam ~
Wednesday, March 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment