She is ADILA ...

Wednesday, March 30, 2011

Rindu zaman sekolah

cik D bukak citer di petang hari huhuhuhuhu (^_^)
actually nak cakap sy baru bangun tidow laa hehehehe

disebabkan tingkap bilik menghadap terus ke pemandangan hijau, 
ditambah pulak deru angin bertiup sejuk hingga ke tulang hitam,
aku teringat akan satu zaman yang tak pernah luput dek ingatan.

zaman sekolah!!!




indah kan...
ade cikgu yang sentiasa dengan watak masing-masing
ustaz dengan bawak rotan utk piat budak malas solat
cikgu matematik dengan suara lantangnya mengajar
kelibat cikgu disiplin carik pelajar ponteng
cikgu sejarah dengan penceritaan dan nota-notanya
cikgu sains dengan makmal serta tabung ujikajinya
makcik kantin dengan mulut bisingnya
koperasi dengan waktu gentingnya pada masa rehat
pengawas dengan buku catatan ditangan

indah kan .....
masa itu aku tengah bekejar dengan kawan-kawan
pergi musalla utk ponteng
tidur dalam makmal masa cikgu membebel bukak nota
bising dekat tempat perhimpunan dengan cerita-cerita semalam
pergi kantin cari keropok lekor
ahhhhh .... manisnya masa tu



saat ini aku di kaki universiti
dah lama tinggalkan sejarah sekolah
tersenyum .... lucu laaa teringat zaman dulu

saat aku di kaki universiti
semuanya ikut arus sendiri
tiada siapa yang mengarah utk diikut
tiada siapa yang dipaksa utk ikut
semuanya berjalan dengan rentak sendiri
yang melangkah hebat akan terus ke hadapan
yang kecundang terus meninggalkan


disaat itu
kami memerlukan seorang pembimbing
jika dulu
cikgulah yang berteriak itu ini
disini tiada lagi teriakan itu, tiada lagi soal dipaksa
semuanya diatas kita
kita berjalan jauh, kitalah yang teratas
kita lambat, kitalah akan ketinggalan




rindu .... rindu sekolah
zaman yang tak pernah aku tinggalkan
sebab di sekolahlah
ia ajar aku segalanya!

Kenapa guna nama Crystal Luka kat FB?

Salam...
tadaaaaaaaaaaaaa, cik D datang usik-usik lagi disini.
tengok kat atas tu.

ingin menjawab beberapa persoalan timbul,
sebab ade yang menanya kenapa guna nama Crystal Luka.

oke oke 
sebenarnya it not a suka-suka nak letak nama itu yer
harap maklum =)
on that name, cik D sukakan element kristal itu sendiri.
Kristal, pada cik D, ianya menawan, chantek, mahal lak tu...
Kristal nie kena jaga leklok...
sebab sekali ia terhempas, ia tidak akan bercantum kembali.

Kenapa kena letak Luka?
sebab ia menggambarkan sifat cik D sendiri...
iaitu orang yang lahir pada bulan September nie
sifatnya sedikit sensitif
"luka hatinya lambat sembuh"
kasik highlight tuh oke... mane2 abang yang GF dye lahir bulan September
kena pepandai jaga taw, jangan biarkan ia terluka (^_^)

cik D gabungkan dua nama tu, 
membawa maksud.....
cik D terluka hati sebenarnya hehehehe ...


nope nope !!!!

hehehehehe

tataaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Tuesday, March 29, 2011

Addicted to Milo & Meggi

Salam (^_^)
Malam-malam pom masih nak update entry yer...hehehe...mood berblogging aku menggila. Hmmm sesuai dengan title di atas, aku pom baru jer bedal milo secawan. So, tetiba jer terlintas nak beritahu benda yang WAJIB ada dalam bilik hostel aku ini. Milo tu ok dah, memang cun giler minum milo...tapi yang bab meggi tu yang tak baper cun nieyhhh. Tapi nak wat camner, I’am really addicted with that. Betui tak tipu cket pom, tiap-tiap malam mesti kena pekena milo secawan, so sweet dengan cara aku buat air milo, memang menjilat jari laaa. Meggi plak aku lebih prefer meggi Sedap tu, yang meggi goring tu. Tapi aku kurangkan jugak makan, at least selang 2,3 hari makan meggi. Sebab meggi kan tak elok utk kesihatan rite. So, better elakkan. Tapi milo .... memang tak ley nak elak oke (^0^)



Cara nak buat Milo cik D:
1. musti laaa kena beli Milo Fuze yang 3 in 1 tu laaa... itu memang kemestiannya. Milo Fuze tu aku pilih yang original...memang rasa dye milo ori laaa
2. panaskan air dengan heater nie, memang kena panas betul
3. masukkan milo tu dalam cawan, then lepas jer heater tu sudah siap masak sepenuhnya, tuang cepat-cepat lam cawan tu
4. tengok pada saiz gelas tu sendiri, besar ke kecik ke, tapi make sure that kuantiti air itu hanyalah separuh daripada gelas itu. Ingat oke....SEPARUH sahaja!!!

Taaaaaaaaaadaaaaaaaaaaaaaaaaa~ finish it.
Boleh try minum masa tu. Mesti rasa milo tu best giler disebabkan kuantiti air yang sedikit, buat milo tu rasa fresh giler. Memang best sangat-sangat minum milo tu ++ plak celup biskut cream creaker tu... hehehehe mengancam terus...
Xpercaya????
Cuba laaaa.... pasti memukau!!!

Sunday, March 27, 2011

BFF vs BF (^_^)

mean BFF yg saya maksudkan
ia merujuk kepada pasangan (male+female) laaa
yang mempunyai ikatan yang erat
yang rapat sangat-sangat
tapi hanya senang bergelar sahabat
(^_^)

BF plak
macam u all tahu laaa kan
ia merujuk kepada pasangan (male+female)
yang memang declare utk berkasih sayang
dalam konteks pasangan kekasih


Lain kan Lain kan ???


tapi sebenarnya ....


ianya SAMA sahaja
tolong jangan menidakkan oke
sebab:
male+female memang tak boleh jadik kawan baik laa
sebab naluri fizikal yang berlawanan
ia menyebabkan terjalin 1 jalinan yang boleh dikatakan lain


cuma mereka declare BFF
sebab

"mereka takut berdepan dengan situasi couple"
itu sahaj rite?
sebab terjalinnya kasih sayang mereka telalu kuat
sehingga takut utk menerima risiko
apabila ber'couple'

means risiko here:
clash ke, bergaduh ke yang boleh menyebabkan 
hubungan mereka goyah

disebabkan itu mereka lebih senang 
declare sebagai
BFF only oke


mereka jugak jenis yang terlalu memikirkan masa depan.
tapi takut berdepan dengan risiko..


kesimpulannya
BFF or BF adalah dua perkara yang sama
tapi dibiarkan mengikut alunan rentak yang berbeza
disebabkan oleh ketidakmahuan utk menerima hakikat
oke x?
cuma berbezanya ia mungkin BF 
kita akan berdepan dengan risiko tapi ingat risiko itu mematang kita oke
berbeza dengan BFF
hidup kita akan sentiasa happy but if one day something happen
maybe it's hard to say SORRY
apa pun ianya depends kepada mana yg terlibat sahaja

Entry Mesra Blogger



Salam =)
gud morning .... coz still in morning mood and rerajin on9 pagi2 nie
oke, sila tengok banner di atas
comei kan ~

laaaa yang tag nama saya utk special entry ini
tq yer (^_^)
dan utk cik ira
saya menyahut seruan awak utk join entry ini hehehehe



nama diberi NURADILA BINTI MOHAMAD NASIR with spelling
N.U.R.A.D.I.L.A
called me dila, ala, d, mc'd 
dilahirkan pada 18 SEPTEMBER 1990
at HOSPITAL BESAR IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
anak ke 2 dari 4 beradik

dibesarkan sebagai seorang anak polis
my current location now is at MACHANG, QELATE
ex-student scoll SK SRI SURIA 2 TANAH MERAH,
SMK DATO'MAHMUD PADUKA RAJA 1
before menyandang gelaran Mahasiswi UiTM MACHE QELATE,
saya pernah menjadi student PRA DIPLOMA SAINS FIZIK 
kat KOLEJ POLY-TEACH MARA KOTA BHARU
selama 1 semester sahaja oke
& now saya bergelar student DIPLOMA IN BANKING
semester 5 sudaaa (^_^)

gilerkan kaler RED+BLACK+PINK
bagi saya element itu element yang bagus dan unik
besikap peramah bila ditegur, 1st impression nampak sombong giler
mudah menolong orang, addicted to IT, 
minat dunia fotografi (mengidamkan DSLR sebagai 1 kelengkapan),
sukakan motor dan kereta (sebab suka bawak ia laju-laju),
& one more semua org perlu tahu
saya memang gila Blog-walking
(^_*)


benda yg saya alah (merujuk kpd sikap orang hehehe):
~ someone yg ngada-ngada'nyer melebihi had
~ cakap bergegar, tapi kosong jer
~ menunjuk-nujuk
~ berlagak baek tapi hati jahat giler
~ suka laga-lagakan orang
~ orang yg kedekut ilmu
~ orang yang pentingkan diri sendiri
~ orang yg berkawan dengan org laen utk dapat mempergunakannya
~ orang yang perasan bagus sangat

TUAN PUNYER BLOG


matlamat buat BeLoG ???
semestinya nak perluaskan karya penulisan saya. dari belog inilah saya memahami
orang melalui penulisannya, cara terbentuknya idea kreatif mereka,
membezakan element penulisan dan
mostly saya nak mengukuhkan ukhwah di laman maya ini =)

saya tag'kan nama mereka utk join sama
kareena kapoor M'sia
hedaaya
luna

Saturday, March 26, 2011

Supporter Terbaik Blog aku

Ratu Tat Nenas
< of course laaa nie supporter terbaek aku, she's ma sista! the one and only oke... she also have her own blog, Sang Ratu! kaki blogging no 1...first time kenal dunia blogging bermula dengan aku sendiri. but now, she's more expert than me laaa hehehe ... ape-ape pom she's the best. ape yg lebih dye ajarkan, ape yang kurang aku tambah cket... maybe one day kami akan buat 1 blog utk kami berdua...>

Nuralia Naz
< pembaca setia blog aku. she's also my one and one lil sista...rerajin giler komen templates blog aku. dan kerananya laaa aku terpaksa Google templates-templates laen sampai laaa jadik se'shomel ini blog aku. pape pom thanks yer >

YayankLalink CintamCamtom
< makcik nie memang taw!!! time aku nak buat entry nie laa time tu laaa dye change profile picture. last-last aku kena copy paste picture ni jer laaa.... pemilik FB yayanklalink, or nama sebenarnya cik Farah Hasniza nie memang orang kuat aku hehehehe ... bertahun-tahun jadik PA aku, pemegang share rahsia terbesar aku nie laaa jugak yang support belog aku nie .... meme tq laaa cik Farah oke oke>

Hedaaya Himmi
< she is Hedaaya Himmi... comei rite dye?? hmmm dye nie member 1 sekolah dulu-dulu kala. berhubung dengan FB saje with her. but she always support my blog. boleh dikatakan seorang pengunjung tetap belog aku laaa...sebab selalu aje naek traffic from India .... hehehehe ... actually nak cakap dye nie amik medic kat India... hebat kan kawan aku!!! musti laaaaaaaaa>

Ilyana Jusof
< nie makcik sorang lagi yang suka sangat change profile picture!! alamak dear...time nak copy paste picture awak yg cun-cun, time nie laaa awak g tukar profile picture.. awak memang taw!! she's tini ilyana, silence reader blog aku...which one??? si makcik tiuttt yg pakai tudung kaler itam tu... seyes comeiii dye .... sama comei dgn namanya! Tini Ilyana...suka baca belog aku dgn penulisan yang meraban tu...pape pom thanks yer si shantekkk>

Firdaus Dauzz
< hmmmm .... mengenali dirinya di laman FB sahaja... hehehehehe...pemegang nama Firdaus Dauzz nie akan tengok belog aku bila disuruh saja. eiiiii .... malas ea awak nie. tapi dye mesti cakap "awak....comei laaa nice =) ... aku, ape lagi terima kasih terima kasih lalalalala>


Awak,ketahuilah saya ......

Awak....tika saya tulis warkah ini, awak sudah pergi jauh. 
Saya tahu saya tak pernah dapat halang awak, sebab itu saya biarkan awk pergi. 
Awak.... andai saya boleh ulang kesilapan lampau,
saya akan berjanji saya takkan buat silap pada awak.

Awak.... masa awak bersama dengan saya, awaklah ajar saya erti hidup ini.
Dengan awaklah saya kenal apa itu kehidupan.
Dan disebabkan awaklah saya tak pernah tangisi masa silam saya.
Sebab awak selalu pesan, jangan dikenang kisah yang lalu.

Awak... awak selalu cakap, awak akan sentiasa berdiri teguh di belakang saya.
Tapi, kenapa akhirnya awak pergi?
Tapi, awak jugak selalu ungkap,
"saya akan sentiasa ada dalam setiap nafas awak"
kerana keramat azimat itulah saya sentiasa bersemangat
sebab itu saya yakin awak akan selalu ada dengan saya

Awak... awak jarang ungkap kata sayang kat saya
awak suka cakap "biar saya sendiri tahu tentang hati saya"
tahukah awak ....
saya menagih ungkapan itu sehingga saat awak pergi.
tapi kenapa?
kenapa sukar sangat utk awak ungkapkan ....

Awak ketahuilah saya ....
Sayang awak~


Ade apa dengan Blog cik D?



  • dalam blog cik D adenyer segala aktiviti-aktiviti yang cik D buat. kan cik D suka menaip kan, so every yang cik D buat cik D akan transfer'kan dalam bentuk tulisan... so sape2 yang nak tahu aktiviti cik D, mai laa jenguk-jenguk blg cik D
  • dalam blog ini jugak adenyer segala promosi. biasenya promosi tu cik D buat bila cik D sukakan sesuatu hehehehe .... contoh promosi yang ade dlm blog cik D mestilah promosi karipap big yang aunt cik D buat ... hmmm nak tahu??? tengok lebih lagi kat laman promosi
  • gambar-gambar cik D dan family cik D.... semua ade oke
  • cik D suka hias blog. kalau perasan, cik D nie suka sangat tukar templates..tapi kali ini ... no no nehi nehi ... cik D cukup puas hati dengan adenyer gambar cik D sebesar-besarnya di hadapan page ini hehehehe 

blog kamu ade ape yer >>>
share yer =)