She is ADILA ...

Monday, May 16, 2011

Kenapa cik D berblogging ?

Assalamualaikum.
cik D sengih-sengih. Oke, sudah tidak merajuk lagi dengan blogspot. Kalau merajuk, xder laaa entry baru (-_-)

Tengah lepak-lepak sambil gelak-gelak, terpikir plak nak btaw semua nape cik D join utk berblogging sama. Sebab cik D pom tak pernah buat entry nie, oke ... cik D spent masa utk yg 1st & last nie huhuhuhuhu !


Keterujaan melampau bila menulis
oke utk pengetahuan u all, cik D memang suka menulis. Tambah-tambah bab karangan. Orang kata cik D jiwang. Oke laaa, jiwang + sensitif sikit. Tapi cik D tak mudah nak menangis even cik D sensitif pom. Sebab cik D tabah hehehehehe ... Korunk pom mesti ada keterujaan kan, bila nak post entry baru. Yelah, blog kan tempat kita bercerita melalui penulisan. Bila ada idea, laju jer tangan nie bergerak, tapi bila xde mood, haram memang xde idea sikit pom.

Rasa nak ikut perkembangan semasa lah
sekarangkan dunia IT. Segalanya di hujung jari anda! Rasa rugi plak bila tak ikut trend nie. cik D tengok + survey-survey cket, memang ramai giler blogger di sini. Tak kiralah siapa tuannya itu, cik D dapat rasakan setiap orang ada kreativiti masing-masing. Seperti yang cik D cakap, penulisan itu seni. Ia digambarkan dan dibezakan melalui cara penyampaian masing-masing. Jika dulu orang menyebarkan penulisan mereka di atas kertas, diari but now .... nie dia nie dia !! Blogspot ada ... apa lagi, diari maya-lah plak.

Nak carik ketenangan di sini
bagi cik D bila menulis, cik D akan repeat jugak baca benda yang sama even beratus kali pom. Bila cik D baca banyak-banyak, secara automatiknya cik D akan mudah dapat generate idea baru di sini. Memang penulisan boleh bagi cik D ketenangan. Segala rasa cik D terluah dengan penulisan. Itu depends pada pandangan masing-masinglah kan. Ada jugak jenis suka straight to the point, ada yang berkarya, ada yang buat muka. Macam-macam action utk luahkan apa yang terbuku di hati. Bagi cik D simple saja, sebab cik D malas menghabiskan air liur cik D, penulisanlah menjadi medan utk cik D meluahkan dan di sini ketenangan cik D bila cik D dilanda masalah. 

Boleh ade ramai member kat sini
oke, ini secara tidak langsungnya, cik D akan dapat kawan di sini. Aktiviti follow u-follow me back nie dah lama cik D buat dan memang cik D suka sangat dengan aktiviti nie. Selain menaikkan jumlah follower blog nie sendiri, ia jugak boleh menjadi penyumbang idea cik D. Orang nie banyak ragamnya, banyak jenis yang cik D jumpa kat blog nie. Blogger otai, blogger jiwang, blogger suka sentap-menyentap nie, blogger femes ... macam-macam idea diorang dan tak terjangkau dengan entry-entry mereka. Memang hebatlah cara mereka berfikir. Dan tak salahlah kalau follower mereka beribu-ribu orang pom =)

oke ... Done !

2 comments:

Atie Zieya said...

jgn majok2 da k...hehehe

mizzD said...

oke ... x majuk daaa =)