She is ADILA ...

Wednesday, May 18, 2011

Ayah Su, pergimu takkan kembali

Assalamualaikum.

14 Mei 2011, aku dikejutkan dengan berita kematian ayah su. Sehari sebelum ayah su pergi, aku dapat berita ayah su tenat. Tapi, aku tak pergi tengok pom. Sebab hari tu, abah aku ke Kedah. Abah balik pom lewat dah, xkan aku nak tinggal rumah macam tu aje, kesian plak abah ngan mak balik jauh-jauh orang plak xde kat umah.

Setahu aku, ayah su sakit TB. Dan setahu aku jugak, orang yang sakit TB nie takkan mati disebabkan penyakit itu. Ini pihak hospital sendiri yang memaklumkan perkara ni. Mungkin sudah Ajal... Takdir dah tetapkan ayah su pergi pada hari tu. Apa boleh buat kan...

Masa ayah su sakit, banyak kali jugak aku pergi melawat ayah su. Mula-mula ayah su sakit, dia alami sakit kepala tahap maksimum. Kesian aku tengok ayah su. Lepas sakit kepala, ayah su start xley makan minum, macam tekak dia nak telan benda yang masuk dalam mulut. Seksa aku tengok ayah su. Minum air pom kena baring elok-elok, minum ikut straw lagi. Kesian sangat kat ayah su. Then, ayah su pakai pampers. Dia macam hilang sense utk buang air kecil mahupun air besar.

Ada jugak family ayah su bawak berubat cara kampung. Ada yang cakap ayah su kena buatan orang. Sejauh mana kesahihannya, itu tak pasti. Yang pasti ayah su makin susut badannya dari hari ke hari. Ayah su yang aku kenal, orangnya bertubuh agak tinggi dan sasa. Masa ayah su sakit, tubuhnya mencengkung. Kurus !

Pada hari kematiannya, aku hadirkan diri seawal 10 pagi lagi. Sesampai aku kat rumah ayah su, aku duduk sebelah jenazahnya, aku bacakan surah Yassin. Aku tengok muka ayah su, biasa saja, tiada perubahan. Suhu badannya masih panas. Cuma kaki dan cuping telinganya sejuk. Maybe kesan amik ubat TB yang membuatkan tubuh ayah su jadi panas. Setahu aku masa ayah su hidup, ayah su ulang alik ke hospital utk makan 11 biji sehari.

Part yang aku tak boleh tengok sekali masa jenazah ayah su dikapankan kemudian diberi penghormatan terakhir. Sedih sangat masa tu! Anak ayah su kecil lagi, baru 2 tahun lebih, he doesn't know anything. Cuma dia tengok abah dia pakai serba putih. Itu sahaja! Aku bagi penghormatan terakhir sehinggalah selesai dikebumikan. Baru 4 tahun aku mengenali ayah su, kini dia telah pergi buat selamanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Amin ~

p/s: Ayah su merupakan bapa saudara sabitku.

No comments: