She is ADILA ...

Sunday, September 6, 2015

Tips buat Bakal Pengantin

Memandangkan sista nak kahwin tak sampai beberapa hari je lagi, aku rasa ini masa sesuai untuk aku kongsi pengalaman urus majlis dia. Aku dilantik sebagai tukang pegang duet aka account manager dia. So semua urusan pembelian pembayaran apa apa sahaja kena melalui aku dulu. Untuk pengetahuan korang sista aku ni boros orangnya hihihi

Diamanahkan jaga duet, aku ibarat credit controller dia. Aku jadi penasihat utama. Disebabkan dia agak boros, aku takut dia lebihkan pembaziran je. Tak elok kan membazir. Amalan syaiton!

#checklist untuk kahwin

Carik wedding planner bagus tapi save bajet
Asyik asyik tengok FB wedding planner ada pro and cons yang jugak. Tapi korang kena ingat dan tentukan bajet korang. Sekarang ini tak susah nak carik WP yang bagus bagus sebab dalam FB belambak. Tunggu add friends je. Kalau boleh korang carikah WP yang bagus dan murah.

Untuk wedding sista, WP dia haruslah D'rias.
Lokasi: Ketereh Kelantan
Harga: Rm 2500
Pakej: Baju 3 persalinan (laki+pempuan), pelamin, hiasan meja beradap, make up 2 kali, bunga tangan, kasut beserta aksesori.

Cantik? Haruslah cantik. Ini suggestion dari kawan kawan sista sendiri. 
Boleh view FACEBOOK CIKMIE


Doorgift beli yang patut patut sahaja
Doorgift benda yang paling penting untuk tetamu. So, aku bajet senang je, bagi saja doorgift jenis makanan kat tetamu yang datang. Untuk rombongan pengantin dan kawan kawan je kita bagi yang special sikit. Jimat okayyy. 


Cincin atau gelang? Ikut kemampuan lebih Afhdal
Sesetengah golongan manusia malu bila nak bawak cincin. Kecik katanya. Tak padan langsung. Bagi gelang nampak bergaya sikit. Akak aku pun mula mula nak gelang, tapi atas faktor faktor tertentu takdapat bagi gelang. Mampu beli cincin je. Tak pe, janji dapat jugak. Syukur kan!


Hantaran nak letak apa?
Iphone? Ipad? Beg MK? Orang cakap alah kahwin sekali je beli lah yang boleh buat kenangan. Biar mahal sikit. Heyyyy cik kak sayang, korang nak beli sekali tu je ke barang barang macam tu. Lepas ni taknak beli dah ke beg tangan? Kire pakai yang beg hantaran tu jela kannnn.... hihihihi

Mentaliti singkat sangat kadang kadang orang kita. Macam beg, kasut, telekung solat tu beli yang biasa biasa sudahlah. Macamlah lepas kahwin tu korang taknak beli yang lain. Macam jam tu aku pun suggest belilah yang mahal sikit. Boleh pakai lama. Jadi pembeli yang bijak ok. 
Jangan dek tittle pengantin tu korang lupa untuk jadi pembeli yang bijak hihihi


Kepentingan kad kahwin
Untuk majlis akak aku ni memang aku book online saje utk kad kahwin dia. Itupun aku pandai carik timing dapat lah harga offer kaw kaw kaw.... 
500 pieces RM 130.00 mampu???
Kena pandai carik ok. tak de salahnya beli kad kahwin murah. Kepentingannya untuk tengok date dia je kan. so, kenapa mahu membazir?


Untuk korang yang nak kahwin, bolehlah rujuk pengalaman aku ni untuk buat majlis korang. InshaAllah jimat. 
korang nak jimat tak?

No comments: