She is ADILA ...

Tuesday, September 8, 2015

#Perhentian Island

Dah lama sebenarnya plan nak pegi bercuti dengan geng geng shahalam ni. 
Tapi dek kesibukan yang melampau, lepas tu payah pulak nak bagi komitmen sorang sorang, tertangguh tangguhlah percutian menarik ni. 

Mula mula kami plan nak p dengan geng geng pempuan semuanya.
Masa tu semester 1. Last last bila dah nampak permainan masing masing, takjadi!
Sedih dah kat situ.

Then masa semester last ritu plan lagi. Kali ni geng bestfriend gila gila nak p.
Terdirinya drpd aku, ja, tqah, hilmi, ayu, intan, is, apek dengan epul.
kemainlah sorang sorang google nak p duk chalet mane, nak amik pakej mane.

tapi akhirnya.
yang betul betul pegi hanya aku, ja, tqah dan hilmi je.
yang lain ke lautan dalam!
hihihihi

cuma adalah penambahan anggota seramai 6 orang!
kami bawak dee (kawan shah alam jugak), marc (bf aku), bad (bf ja), cikngoh, teq and payex.
cikngoh & payex tu bff marc :)

terjadilah percutian menarik 23-25 Ogos lepas


otw dari jeti Kuala Besut
seronoknye makkkk hangggggggg!!! 
D'ROCK GARDEN jadi lokasi chalet kami dekat LONG BEACH PERHENTIAN ISLAND
kami naik bot dari JETI KUALA BESUT selama 45 minit jer
kat situ paling best sebab jadi lokasi tumpuan visitor dr pulau lain
disebabkan kami sampai pun dekat pukul 2 dah masa tu, so kami semua rehat rehat kat bilik.
then petang tu pulak p mandi mandi kat pantai.

mandi petang hitamkan muka
lepak minum petang 
second day tu kami snorkeling kat 4 tempat
1. kat tempat paing cantik kat situ airnya biru sangat (maaf lupa nama)
tapi kalau nak p kat situ pakej nye RM70 taww
2. kami pegi kat ikan nemo banyak banyak, bagi makan ikan lagi
3. kami pegi kat Lata Air Berani, mandi kat situ sejuknyeeee
4. shark point kami lalu sahaja, semua takmauuu turun snorkeling
5. turtle point! best tengok turtle besar :)

kami nak p snorkelingggg
4 jam jugak kami snorkeling. hitam muka!
petang tu sambung mandi kat pantai lagi. yang lelaki lelaki pulak sibuk nak main bola masa tu

go pro kan hadoooo
group kami
last day
kami pegi naik kat kincir angin!  

jauh jugak perjalanan pendakian 900 anak tangga tu kan. dan lagi lama bila kaki aku luka kena coral masa second day tu. lagilah amik masa lama untuk turun. sobsss

muka sedih kena paksa pegi kincir angin

hitam kan kami! atas kincir angin ni taww

next, kami nak datang lagi! perhentian island tak pernah mengecewakan kami :)
















No comments: