Aku sanggup order kek dari kawan kat Kelantan masa aku kat Shah Alam hari itu. Mujurlah kebetulan ada yang nak menyinggah kat Shah Alam, bolehlah datang hantar kek aku sekali. Pernah sekali tu aku order kek dari teman kepada sahabat aku. Cheesekut dari Johor. Sedap sangat.
Ini FB tokey kek sedap. Trust me kek coklat moist dia sangat sedap Mardiana Muhammad
Itu gambaran gila aku pasal kek. Selalu aku perasaan bila time raya nak buat kek. Nak hidang kat tetamu. Sampai masa Hari Raya. Hampehh hahahaha..........Dan kerana kek dialah menyebabkan aku mencari Mr Google untuk godek godek resipi kek.
Resipi ini aku dapat kat Resipi Sheila Rusly :)
Bahan bahannya:
Bahan A
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
Bahan B
1 1/4 cawan gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecik esen vanilla
4 biji telur
Utk topping:
1/2 cawan susu pekat
1 sudu mentega
1 sudu serbuk kok
Cara caranya:
Ayak Bahan A. Masak bahan B dengan api kecil sehingga sebati Masukkan telur, esen vanilla, bahan B, dan masuk sikit demi sedikit Bahan A. Kukus selama sejam. Sejukkan. Curah topping atas kek.
No comments:
Post a Comment