Berminat nak sambung belajar lagi?
Tapi tak tahu proses macamana?
Sini saya nak share pengalaman saya sendiri memohon Master kat UiTM.
Semoga boleh membantu mana mana yang nak sambung Master kat UiTM ok!
Mula mula sekali beli no Pin Master kat BSN yer.
ada sesetengah orang cakaplah (tak tahu fakta @ auta ini) student UiTM tak payah beli no Pin Master. Pergi je kat Bendahari.
Layari laman web IPSIS
kebiasaannya permohonan akan dibuka awal pada awal April hingga Jun (bagi intake September) dan September hingga Disember (bagi intake Mac). So, time tu korang kena alert sendirilah. Caranya google je selalu laman web Ipsis ini. Web ini selalu saja update news, announcement etc. So kat situ korang akan selalu dapat info.
Lepas tu korang akan mohon melalui Ipsis lah. Pilih mode apa yang korang nak sama ada
Fulltime , Part Time @ Evening Track
bole choose ikut availability anda sendiri. Bagi fresh graduate (yang belum kerja macam saya ritu) memang saya akan apply fulltime lah. Part time ini kelas weekend sahaja. Evening track pulak kelas weekdays tapi start kelas malam. Bagi orang yang jwanya besar saja boleh masuk evening track punya kelas (pagi bekerja, malam belajar.... bayangkanlah).
Selain daripada pilih mode, korang jugak kena pilih jenis master apa yang korang nak buat.
Coursework or by Research
part ini korang kena tanya hati jugak. Kalau korang minat sangat buat research, bercita cita tinggi nak sambung balik research korang time degree dulu, bolehlah apply master by research. Keje korang buat paper jelah. Attend conference, haaa camtu...
Tapi kalau korang berkeinginan lebih nak duduk lagi kat meja study dalam kelas dengan kawan kawan, suka present dalam kelas, suka jawab test (hihihihi) so boleh have fun pilih coursework.
Lepas dah selesai pilih semua semua tu. Korang send lah application form by post. Selain daripada application form, kena ada surat sokongan dari lecturer korang @ advisor thesis korang masa degree. Beserta dengan 1 essay biography anda. Boleh google Admission link tu. Kat situ ada cara cara macamana nak tulis essay tu.
Kat sini korang boleh usha usha flow korang jadi student baru nanti. Heheheh
Then bila dah siap hantar form semuanya, nanti selalulah update status anda kat situ yer. Nanti akan dapatlah email Tahniah Anda Berjaya bla.... bla.....bla....bla.....
lepas tu get ready lah, anda akan dipanggil temuduga oleh pihak UiTM.
Dulu dulu masa aku kena panggil interview tu aku tengah dalam mode nak viva thesis masa degree. Cuaknye lahaiiii.... tapi aku gagahi jugakkk...
Then bila semua dah siap interview, dah balik, tunggulah email lain.
Sama ada anda berjaya atau tidak :)