She is ADILA ...

Saturday, January 25, 2014

Kehidupan hari hari bergelar pengganggur

#Home

Assalamualaikum. Ketika dada dada akhbar menyajikan berita tentang betapa sejuknya pantai timur Malaysia, aku sedang mengadap laptop sambil pakai sweater. Ok disahkan udara disini agak sejuk, tak perlu kipas laju laju, tak perlu aircond (sejuk hingga cucuk tulang hitam), tak perlu mandi banyak kali (dek sejuk yang melanda). Bulan ini bulan save. Save duit dari bayar api dan air (yang selama ini cecah berpuluh hampir beratus). Udara menjimatkan sikit duit rakyat Malaysia yang semakin hari semakin "nazak" menjalani kehidupan hari hari.

Hari hari aku berlangsung macam biasa. Weekdays pergi kedai (dalam pukul 12). Buka bisness pukul 12 sangat sangat buat aku free dan tak terkejar kejar pagi ini. Boleh settle benda benda lain kat umah (basuh baju, sidai baju, tolong masak etc). Kelebihan bekerja sendiri berbanding makan gaji. Buat masa ini aku masih bergelar pengganggur. Eh.. dah boleh clarify sebagai pengganggur terhormat ke? Eh tak boleh lagi, sebab ada member cakap selagi tak keluar result akhir, tak boleh gelarkan diri pengganggur (okkk bai). 

Esok lusa dah cukup lah sebulan aku habis viva (viva dulu berlangsung 29 Disember lepas). Kiranya dah sebulan aku terperak kat rumah. Eh, tak terperap lah sangat sebab setiap weekdays aku kena jaga kedai cybercafe. Ok, hari hari aku online lah (baru kena). Malam ini along naik bas, balik Kelantan cuti katanya sampai 3 Februari. Wahhh ... seronok sikit along ada. Selalunya, weekend je rumah aku ramai sikit (sebab kakak ada). Weekdays hanya ada abah, mak, aku dan adik sahaja. Baby pom datang officehour jer (mak aku jadi babysitter jiran sebelah). 

Malam ini jugak Kelantan lawan Sarawak, game bola kat tv mane entah. Aku jarang amik port. Yang aku tahu aku dan mak terlepas tengok Masterchef dek bola tuh (gerammmm nyeee).

So malam ni ....... zzzz

No comments: