She is ADILA ...

Wednesday, January 1, 2014

2014 Pembaharuan , 2013 Kenangan

#Home

Assalamualaikum. Belog usang yang tertinggal sekian lama. Last update September 2013. Masya Allah, mana perginya niat di hati nak ber"blogging". 24 jam yang diberi olehNya masih tak cukup buat hamba daif seperti aku.

Belog usang di ketepikan. Praktikal, thesis, advisor meeting di dahulukan. Sehingga menjengahnya tirai 2014. Cerita 2013 dah jadi cerita tahun lepas. Belek slot Archives, berakhir dengan September 2013. Hanya mampu senyum, sengih kambing. I'm wordless. Jari pantas tekan "new post". Malam ini malam pembukaan 2014. Malam terbukanya belog ini. Tadi pom dah ragu ragu sebab lupa link belog. Penuaan sedang berlakukah? Sejurus dengan angka 24 tahun, sudah tua? Begitu? 

Lupakan cerita lupa nak buka belog, lupa link, lupa nak update.Tahun baru, hari baru, cerita baru. Boleh?

#throwback December 2013
Alhamdulillah 5hb ritu selesai sudah internship aku. Tuhan saja tahu betapa lamanya aku menghitung saat itu. Gembira, sayu, syahdu tatkala melangkah keluar kaki dari Unit Pembangunan, lantas bergerak turun ke aras 1 untuk fingertap kali terakhir jam 3.32pm. Masih aku ingat masa itu. Syahdu! Berkurun lama aku disitu, menyayangi tempat itu sesungguh hati, menerpa masuk sebagai ahli keluarga kecil pembangunan. Aku masih rasa hati aku di situ, biarpun jasad berlalu begitu. Diraikan dalam majlis kecil, aku bahagia, tumpang rasa bersyukur sekurang kurangnya jasaku dihargai. Selamat tinggal PTJM ! Sejak itu bermulalah kehidupan aku dengan thesis yang akan submit seminggu selepas tamat internship, lepas tu Viva pulak. Alhamdulillah, segalanya selesai. 1hb Jan 2014 aku baru hantar copy thesis untuk dibuat hardcover. Amin

#throwback Birthday September 2013
Gila tak suka dapat gift cincin emas dari sang kekasih. Pengsan japppp !!!

#Hari ini
Tiada azam untuk tahun baru. Cuma ada 3 wish list yang akan ditunaikan sebelum tamatnya 2014. Cari kerja, pergi konvo, bersedia jadi tunang orang. Wehuuuuuuuuuuuuuu. Wish list starts from todayyyyy!!!

You all???

No comments: