She is ADILA ...

Thursday, January 16, 2014

Keliru. Mana satu pilihan hati nihhh ???

#Home

Alhamdullilah selesai solat maghrib tadi, aku langsung dengan baca Yassin di malam Jumaat penuh barakah ini. Alhamdulillah, masih diberikan umur yang panjang untuk menaip disini. Lepas siap segalanya teringin pulak nak menulis diruangan ni. Dah 10 hari jugak tak singgah disini.

Kehidupan hari hari dilalui dengan macam macam kerja yang perlu dibuat. Kadang kadang otak tak sempat nak proses data suruh menulis disini. Hari ini malam yang sangat sangat selesa menulis bait bait indah. Madahnya malam ni... hiks.

Nak kongsi 1 cerita suka. Aku bersyukur sangat sangat bila dapat tawaran untuk sambung master. Alhamdulillah, tercapai jugak niat aku. Tapi buat masa ni tawaran ini masih menjadi tawaran bersyarat sebab result akhir degree aku masih belum keluar. So kiranya aku ni lulus bersyarat lah. Insya Allah result akan keluar 14 feb ni, then aku mungkin akan sambung study pada middle march. Ini perkiraan aku lah. Dan ini cerita Jumaat lepas.

So, cerita keduanya, aku nak bercerita pasal pergi 2 tempat interview. First dekat bank rakyat machang untuk position brsmart. Pegilah aku, interview dengan pengurus bank rakyat machang. She is a lady, that im so proud with her. Dia offer kat aku utk marketing side, jual brsmart loan, dengan so minimum wage rm600 sahaja. Alamak , tu yang aku tak berkenan tu. Im not demanding, but the wage is so low compared with economic hiking right now. So aku reject bebaik, so far she doesnt said anything. Kira aku datang berhemah, dan menolak dengan baik dan berhemah lah. Second part, aku pegi interview dekat RHB easy kuala krai for sales executive position. Alhamdulillah aku dapat, setelah diinterview oleh seorang panel yg agak garang. Uishhhhh. Lady jugak, but this one so young. Ofrer wage rm1800 cenggitulah. So, dia dah bgi offer then tunggu surat untuk pegi latihan 2 weeks kat kl, then berkhidmat di kiosk pos machang. Insya Allah.

The problem is, what should i do? Nak keje ke nak sambung master? Hur,mm dah penat snagat otak ni berfikir. Camne nihhhh adila oiiii

No comments: