She is ADILA ...

Wednesday, February 5, 2014

Belajar Bencinta

Kehidupan hari hari berubah wajah. Sebab itulah kehidupan itu indah, sebab penuh warna warni. Warna warni itu tanda bahagia. Bahagia itu menyulam senyum simpul. Bahagia tu satu perkataan yang terlalu subjektif.....

Benci @ cinta

Sama ada kita dulu menbenci lalu benci itu bertukar jadi cinta
Atau sama ada dulunya kita terlalu mencintai lalu ia berakhir dengan kebencian

Semua orang pernah mengalami fasa ini. Bencinta. Aku sendiri pernah mengalami. Keduanya. Dulu terlalu menyayangi lalu dek sakit hati yang amat sangat, aku terus membenci dia dan melupakan dia. Soal benci pulak, aku bukannya terlalu membenci. Tapi lebih kepada tak suka. Tak suka dia memula, last last jatuh cinta.

Heaven rasanya...... ;)

Walau apa pun kita rasa, walau apa pun perasaan kita, jangan biarkan ia terlalu. Mean keterlaluan mencintai, contohnya. Keterlaluan membenci. Sebab kadang kadang Allah menguji kita dengan pelbagai bentuk. Dia turunkan perasaan lalu Dia tukarkan perasaan itu menjadi sebaliknya. Sebab itulah kita wajar berserdahana dan belajar bersyukur.

Berserdahana? Serdahana bukan sekadar dari segi membeli belah sahaj. Serdahana boleh tampil dalam hubungan juga. Kita kena letakkan had pada perasaan kita. Supaya apa sesuatu kemungkinan berlaku atau musibah melanda, kesabaran boleh menyejukkan jiwa kita. Dengan sabar mungkin boleh memulihkan apa saja masalah.

So moralnya. Jangan keterlaluan sangat mencintai atau pun membenci sesorang. Nanti Allah balikkan hati kita pulak. Berserdahanalah!

No comments: