She is ADILA ...

Thursday, June 2, 2011

Sayang, manusia nie boleh berubah taw !

Saya masih ingat lagi, masih ingat lagi. Awak ungkap ayat nie pada saya. Saya balas balik kat awak, saya cakap saya takkan berubah! Saya akan sayang awak sampai bila-bila.
Betul cakap awak, manusia boleh berubah. Sama macam awak. Awak berubah dan terus berpaling pada dia. Sikit pom awak tak bagi peluang bila saya cepat melatah melenting marah-marah awak. Tahukah awak, saya marah sebab saya sayang awak? Tahukah awak saya marah awak sebab saya cintakan awak? Tahukah awak saya marah awak sebab saya sayangkan hubungan kita?
Tapi awak buta! Awak marah saya, awak cakap saya cemburu, awak cakap saya close minded! Siapa tak sakit hati bila awak berdampingan dengan orang lain dibelakang saya? Tahukah awak, awak menyakitkan hati saya?Tahukah awak sejauh mana saya berharap pada awak? Last-last awak tinggalkan saya macam tu saja! Bukan sehari dua, tapi sudah 5 bulan.
Masa itu baru lintas kat kotak fikiran saya kata-kata awak tu. Awak selalu cakap manusia boleh berubah. Dan sekarang awak dah pun berubah. Berubah sangat-sangat. Sedih! Sedih bila saya langsung tak bernilai kat mata awak. Sedih bila awak langsung tak menghargai kasih sayang saya selama ini. 
Sejak saya tahu awak bahagia dengan dia, saya cuba ikhlaskan hati saya utk lepaskan awak. Saya ikhlaskan hati redha dengan takdir ini. Berkali-kali saya ucap saya nak tengok awak bahagia. Berkali-kali saya cakap saya ikhlas lepaskan awak. Berkali-kali jugak saya pujuk hati saya dengan mengatakan Tuhan dah janjikan seseorang yang lebih baik utk saya. 
Sebab itu saya rela lepaskan awak. Saya tak sedih. Sebab sedih buat saya hilang semangat. Saya cakap saya nak buat awak bangga dengan diri saya. Sejak hari tu saya dapat terima kenyataan bahawa memang saya dah  jauh sangat dengan awak. Tuhan makbulkan doa saya! Saya doa biar Tuhan ikhlaskan hati saya lepaskan awak pergi.
Sejak awak pergi, kadang-kadang ada jugak awak text message kat saya, sekali dua awak ada call saya. Saya anggap tu macam panggilan biasa. Even berkali-kali saya cakap saya taknak dengar suara awak lagi, tapi percayalah saya jugak merindui suara itu. Suara yang selalu menemani saya setiap saat selama 2 tahun. Jauh disudut hati, saya taknak simpan apa-apa kenangan lagi, sebab saya taknak sedih-sedih lagi.
Dan sejak saya bertemu dengan "si dia", saya akui saya senang berdampingan sebagai kawan dengan "si dia". Saya beritahu awak. Saya nak awak tahu yang saya jugak mampu bahagia sama macam awak dan dia. Awak cakap lagi ayat tu, manusia ni bila-bila masa boleh berubah. Saya terkedu! Saya tahu itu sindiran pedas dari awak. Tahukah awak, utk saya berubah seperti hari ini, saya jugak terpaksa lalui saat sakit hati bila awak dengan mudahnya berubah! Jadi tak perlulah awak cakap saya ni jenis seseorang yang mudah berubah.
Tahukah awak saya jadi trauma dengan kaum sejenis awak disebabkan terlalu hancurnya perasaan pada awak? Bagi saya, pengalaman jadi guru terbaik dalam hidup saya. Sekarang, saya lebih berhati-hati dalam menilai perasaan orang. Prinsip saya mudah saja awak, "bercintalah pada yang sudi, berkasihlah pada yang sayang" sebab saya terasa indah bila orang menghargai diri saya.
Satu jer kat-kata yang saya nak sampaikan pada awak,

Manusia memang boleh berubah. Tapi harus diingatkan manusia hanya akan berubah bila ada yang mendesak ia utk berubah.

Sekian.

No comments: