She is ADILA ...

Saturday, June 25, 2011

Sejak saya bukan lagi jadi milik awak

Awak. Dah lama rasa saya jarang bercerita tentang awak. Rindu! Kerana rindu, saya buat entry khas utk awak.

Awak. Awak dah lupa kat saya ke? Lama saya tunggu awak datang utk say something kat saya. But its never happen! Saya tahu awak dah terlalu jauh dengan saya. Perginya awak buat saya sedar betapa tidak bernilainya saya pada awak. Betapa terlalu terhegeh-hegehnya saya sayang awak selama ini. Maafkan saya, sebab terlanjur sayang awak dengan sepenuh hati.

Awak. Saya tahu awak sedang bahagia. Bahagia saya bila saya tengok awak bahagia. Sebab dulu awak pom pernah membahagiakan saya kan. Betapa saya menghargai kasih sayang awak selama ini. Samaada ia ikhlas atau tidak, itu tak menjadi masalah buat saya. Sebab saya terasa bahagia memiliki kasih sayang awak. Selalu saya panjatkan doa semoga awak senantiasa bahagia tidak kira dengan siapapun pilihan awak.

Awak. Jangan pernah berharap pada yang tidak pernah beri kita apa-apa harapan. Kata-kata itulah yang saya pegang sampai hari ini. Jangan salahkan saya bila hati ini atau mata ini tak akan sudi berpaling pada awak walau sekali pun tatkala ketika itu ada suara yang saya rindui memanggil-manggil saya. Bagi saya, sekali saya nekad utk lepaskan, itu bermakna takkan sesekali saya hadir lagi dalam hidup awak walau sesaat.

Awak. Saya bahagia bila tengok awak bahagia. Tamat.

p/s: "awak" dalam warkah ini tuju utk Mohd. Faizal Ahamat ~

No comments: