She is ADILA ...

Saturday, January 25, 2014

Kehidupan hari hari bergelar pengganggur

#Home

Assalamualaikum. Ketika dada dada akhbar menyajikan berita tentang betapa sejuknya pantai timur Malaysia, aku sedang mengadap laptop sambil pakai sweater. Ok disahkan udara disini agak sejuk, tak perlu kipas laju laju, tak perlu aircond (sejuk hingga cucuk tulang hitam), tak perlu mandi banyak kali (dek sejuk yang melanda). Bulan ini bulan save. Save duit dari bayar api dan air (yang selama ini cecah berpuluh hampir beratus). Udara menjimatkan sikit duit rakyat Malaysia yang semakin hari semakin "nazak" menjalani kehidupan hari hari.

Hari hari aku berlangsung macam biasa. Weekdays pergi kedai (dalam pukul 12). Buka bisness pukul 12 sangat sangat buat aku free dan tak terkejar kejar pagi ini. Boleh settle benda benda lain kat umah (basuh baju, sidai baju, tolong masak etc). Kelebihan bekerja sendiri berbanding makan gaji. Buat masa ini aku masih bergelar pengganggur. Eh.. dah boleh clarify sebagai pengganggur terhormat ke? Eh tak boleh lagi, sebab ada member cakap selagi tak keluar result akhir, tak boleh gelarkan diri pengganggur (okkk bai). 

Esok lusa dah cukup lah sebulan aku habis viva (viva dulu berlangsung 29 Disember lepas). Kiranya dah sebulan aku terperak kat rumah. Eh, tak terperap lah sangat sebab setiap weekdays aku kena jaga kedai cybercafe. Ok, hari hari aku online lah (baru kena). Malam ini along naik bas, balik Kelantan cuti katanya sampai 3 Februari. Wahhh ... seronok sikit along ada. Selalunya, weekend je rumah aku ramai sikit (sebab kakak ada). Weekdays hanya ada abah, mak, aku dan adik sahaja. Baby pom datang officehour jer (mak aku jadi babysitter jiran sebelah). 

Malam ini jugak Kelantan lawan Sarawak, game bola kat tv mane entah. Aku jarang amik port. Yang aku tahu aku dan mak terlepas tengok Masterchef dek bola tuh (gerammmm nyeee).

So malam ni ....... zzzz

Thursday, January 16, 2014

Keliru. Mana satu pilihan hati nihhh ???

#Home

Alhamdullilah selesai solat maghrib tadi, aku langsung dengan baca Yassin di malam Jumaat penuh barakah ini. Alhamdulillah, masih diberikan umur yang panjang untuk menaip disini. Lepas siap segalanya teringin pulak nak menulis diruangan ni. Dah 10 hari jugak tak singgah disini.

Kehidupan hari hari dilalui dengan macam macam kerja yang perlu dibuat. Kadang kadang otak tak sempat nak proses data suruh menulis disini. Hari ini malam yang sangat sangat selesa menulis bait bait indah. Madahnya malam ni... hiks.

Nak kongsi 1 cerita suka. Aku bersyukur sangat sangat bila dapat tawaran untuk sambung master. Alhamdulillah, tercapai jugak niat aku. Tapi buat masa ni tawaran ini masih menjadi tawaran bersyarat sebab result akhir degree aku masih belum keluar. So kiranya aku ni lulus bersyarat lah. Insya Allah result akan keluar 14 feb ni, then aku mungkin akan sambung study pada middle march. Ini perkiraan aku lah. Dan ini cerita Jumaat lepas.

So, cerita keduanya, aku nak bercerita pasal pergi 2 tempat interview. First dekat bank rakyat machang untuk position brsmart. Pegilah aku, interview dengan pengurus bank rakyat machang. She is a lady, that im so proud with her. Dia offer kat aku utk marketing side, jual brsmart loan, dengan so minimum wage rm600 sahaja. Alamak , tu yang aku tak berkenan tu. Im not demanding, but the wage is so low compared with economic hiking right now. So aku reject bebaik, so far she doesnt said anything. Kira aku datang berhemah, dan menolak dengan baik dan berhemah lah. Second part, aku pegi interview dekat RHB easy kuala krai for sales executive position. Alhamdulillah aku dapat, setelah diinterview oleh seorang panel yg agak garang. Uishhhhh. Lady jugak, but this one so young. Ofrer wage rm1800 cenggitulah. So, dia dah bgi offer then tunggu surat untuk pegi latihan 2 weeks kat kl, then berkhidmat di kiosk pos machang. Insya Allah.

The problem is, what should i do? Nak keje ke nak sambung master? Hur,mm dah penat snagat otak ni berfikir. Camne nihhhh adila oiiii

Sunday, January 5, 2014

Selesai segalanya.... syukur Ya Allah!

#Home

Kemain bizi arini. Keluar rumah dari pagi, petang baru tiba. Ke mana sebenarnya? Sebenarnya ke keyb atas urusan thesis. Syukur.... hardcover thesis sudah siap. Dah siap g anta kat second advisor ngn kibrary lagi. Rasa berbaloi puas hati tgk hardcover biru thesis penama Nuradila bibti Mohamad Nasir ni. Huhuhuhuhuhu

Sambil2 hantar thesis, terus buat sekali dengan clearance then amik surat pengesahan tamat belajar. Tak payah berkali kali pegi keyb huhuhuhuhu... mula mula abang kat hea tu taknak buat lagi surat pengesahan. Sebab law ikut prosedur kena isi borang dulu, lepas 2,3 hari tu baru bole amik surat. Pujuk punya pujukkkk yessss terus dapat.... ekceli kejap je sebenarnya buat surat tu. Suka kan korang delay delay work!

Then, lepas tu pegi lunch ngn b. Ok prosperity doule chicken 1 , untuk dia beef punya. Kekenyangan then terus move to kuv0bangkerian. Pegi mydinmall beli barang2 sikit. Then balik rumah. Keluar wholeday ni memang tak diakui penat. Tapi berbaloi semua settle.

Degree, i'm finish ! Will miss youuuu

Friday, January 3, 2014

Bukan rezeki lagi

#home

Macam biasa hari Jumaat xde special thing nak buat.just duk kt umah dan buat keje rumah jer. Baru lepas makan then layan lagu "di penjara janji song by Awie". Sangatlah heaven kehhidupan dirumahkan.

Petang kelmarin, aku ade la mohon keje kt tmpt kawan adik aku dia. Ni ade centre celcom, so dia nak pakai pekerja lah. Aku yang excited gila babas ni gatalkan kaki tangan pegi la jumpa dia. Kedai dia kat bandar machang jer. Orang baik. Pung pangg pung pang briefing aku. Tehn aku setuju nak keje kat kedai dia.

Bila balik, abah pulak ckp tak payah la keje, tolong jaga kedai abah. Betul jgk kan. Aku tadi teruja sebab dengar tang gaji 600 tu. Then, aku pk susah jugak aku nak keje. Sebab aku nak pg interview sana sini lagi. Susah susah. Banyak masalah pulak timbul bila keje ngan org ni. Nanti silap haribulan background aku pulak tercalar dek takley bagi komitmen.

So, aku dengan rendah diri bgtaw la yang aku tak boley keje. Bukan rezeki aku lagi tu. Ade banyak lagi jobs yang aku perlu crik. Sabarlah.

Thursday, January 2, 2014

Triffle mudah, senang, lazat

#Home

Baru kelmarin aku buat triflle utk kali ke 3. Barang2 dah lama sebenarnya aku beli barang, tapi kelmarin baru buat triffle. Sebabnya? Makanan kat umah ini terlalu banyak. Mak pesan habiskan 1 per 1 makanan dulu baru buat yang lain. Hiks.

Dulu, bila ada je majlis2, selalu je aku jumpa triffle. Sukanya aku dengan triffle sangat sangat banyak. Jumpa jer triffle mesti makan. Macam jakun kan. Nak buat tak pandai. Last2 aku godek2 belog my resipi, aku search triffle. Banyak banyak triffle resipi yg aku amik ni lah yang aku terasa paling mudah dan senang ++sedapppp. Ok jom view resipi ini:

Bahan bahannya:

#untuk lapisan kek
GUNA KEK GULUNG 2 BIJI

#untuk kastrad
KASTARD 1 CAWAN, GULA SETENGAH CAWAN, SUSU CAIR SETIN, AIR SETIN SUSU CAIR (GUNA TIN SUSU CAIR)

#untuk lapisan jelly
BUAH KOKTAIL SETIN, SERBUK AGAR2 SEKOTAK (GUNA JENAMA KRISTAL), AIR 2 CAWAN

Cara caranya:
1. Susun kek gulung dalam bekas yang cerah. Potong sama tebal, susun rapat2.
2. Kemudian, masukkan kastrad, gula, susu cair dan air dlm kuali. Gaul sehingga sebati di luar. Kemudian bila dah sebati, letakkan atas dapur panas, kemudian kacau sehingga aduan jadi lekit dan meletup letup (tanda mendidih). Kemudian, curah ats kek td. Ratakan.
3. Susun buah koktail atas aduan itu.
4. Kemudian panaskan kuali dan letak serbuk agar2 yang dicampur dengan air. Bila sudah masak, curahkan ats kek tersebut. Kemudian, jadilah 3 layer.. kek, kastard, jelly.

Sekian. Selamat mencuba. Resipi mudah dari saya.

Wednesday, January 1, 2014

Melayan perasaan sedihkah @ gembirakah

#Cybercafe

Kadang kadang kita sendiri tak mengerti apa perasaan kita. Tambah tambah lagi berbicara tentang bekas kekasih, or lebih feminin panggil ex, huhuhuhuhuhu.... Kadang kadang yang terlebih emo akan menderita bila tahu ex dah menikah dengan orang lain. Meroyan menggila bagai. Tapi aku tetap cool. Cool yang amat sangat sampai orang lain tolong tanya kat aku, tak sedih ke?

Jawapan aku simple saja, dia (rujuk pada ex) bukan sesiapa bagi aku, bukan sahabat, bukan musuh dan bukan kekasih. Dia cuma orang yang pernah aku kenal. 

Sangatlah klise gile jawapan aku bagi. Bila aku cakap macam tu mesti isteri dia sangat senang dengan jawapan aku kan. Laki bini tu akan senang dengan jawapan aku yang sangat lah klise tu kan. Itulah menyelamatkan keadaan aku dan mereka. Tiada masalah dengan orang. Malas bikin masalah timbul banyak, baik aku bagi jawapan yang boleh buat mereka lupa tentang siapa aku sebelum ini.

Jujurlah, aku tak sakit hati dengan mereka. Perkahwinan itu suci, lantas aku dengan ikhlas hati mendoakan kebahagiaan mereka.

Sesetengah orang tu meroyan bagai bila dapat tahu ex menikah dengan orang lain. Bagi aku kenapa nak meroyan. Tuhan dah tetapkan jodoh kita. La Tahzan (jangan bersedih), insya Allah ada hikmahnya nanti. Be positive. Orang mesti cakap aku senang bercakap sebab dah ada pengganti. Dulu masa sebelum ada pengganti sama jer. Ye, tak diakui aku pom sama je masa dulu. Tapi aku ikhlaskan hati berkawan dengan sesiapa saja. Masa tu aku boleh menerima sesiapa saja jadi kawan aku. Secara automatiknya Tuhan tu balikkan hati aku dari jadi kawan sampai lah jadi kekasih. Nampak sangat perhubungan itu lebih bererti kan dan alhamdulillah dari 2011 hingga kini kami masih bergelar kekasih. 

Syukur Tuhan, Kau lenyapkan kecerahan hati aku dan Kau binasakan dengan ribut taufan, lalu Kau hadirkan pelangi sekian lama basah menghujaniku. Syukurrr !

2014 Pembaharuan , 2013 Kenangan

#Home

Assalamualaikum. Belog usang yang tertinggal sekian lama. Last update September 2013. Masya Allah, mana perginya niat di hati nak ber"blogging". 24 jam yang diberi olehNya masih tak cukup buat hamba daif seperti aku.

Belog usang di ketepikan. Praktikal, thesis, advisor meeting di dahulukan. Sehingga menjengahnya tirai 2014. Cerita 2013 dah jadi cerita tahun lepas. Belek slot Archives, berakhir dengan September 2013. Hanya mampu senyum, sengih kambing. I'm wordless. Jari pantas tekan "new post". Malam ini malam pembukaan 2014. Malam terbukanya belog ini. Tadi pom dah ragu ragu sebab lupa link belog. Penuaan sedang berlakukah? Sejurus dengan angka 24 tahun, sudah tua? Begitu? 

Lupakan cerita lupa nak buka belog, lupa link, lupa nak update.Tahun baru, hari baru, cerita baru. Boleh?

#throwback December 2013
Alhamdulillah 5hb ritu selesai sudah internship aku. Tuhan saja tahu betapa lamanya aku menghitung saat itu. Gembira, sayu, syahdu tatkala melangkah keluar kaki dari Unit Pembangunan, lantas bergerak turun ke aras 1 untuk fingertap kali terakhir jam 3.32pm. Masih aku ingat masa itu. Syahdu! Berkurun lama aku disitu, menyayangi tempat itu sesungguh hati, menerpa masuk sebagai ahli keluarga kecil pembangunan. Aku masih rasa hati aku di situ, biarpun jasad berlalu begitu. Diraikan dalam majlis kecil, aku bahagia, tumpang rasa bersyukur sekurang kurangnya jasaku dihargai. Selamat tinggal PTJM ! Sejak itu bermulalah kehidupan aku dengan thesis yang akan submit seminggu selepas tamat internship, lepas tu Viva pulak. Alhamdulillah, segalanya selesai. 1hb Jan 2014 aku baru hantar copy thesis untuk dibuat hardcover. Amin

#throwback Birthday September 2013
Gila tak suka dapat gift cincin emas dari sang kekasih. Pengsan japppp !!!

#Hari ini
Tiada azam untuk tahun baru. Cuma ada 3 wish list yang akan ditunaikan sebelum tamatnya 2014. Cari kerja, pergi konvo, bersedia jadi tunang orang. Wehuuuuuuuuuuuuuu. Wish list starts from todayyyyy!!!

You all???