She is ADILA ...

Sunday, October 25, 2015

Tugas mengajar perlu belajar

Sejak dari diploma saya angan angankan nak belajar sampai masters.
Orang cakap bila ada masters you boleh jadi teneaga pengajar a.k.a pensyarah :)


Masa tu adore sangat nak jadi pensyarah. Yelah zaman diploma dikelilingi pensyarah pensyarah 
muda. Dah lah lawa kemain dress up, cantik pulak tu, muda, bijak. Nampak diorang mengajar rilex sangat. Tak lah sepenat kerja cikgu. Cikgu kena mengajar budak budak. Pensyarah ajar budak lepasan sekolah dah. That means diorang ajar orang dewasa.
Kefahaman orang dewasa dengan budak budak sekolah lain. Sebab tu nampak tugas pensyarah ini rilex memanjang. Gaji banyak hahhaha



Itu point utama!



Sampai degree dah rasa letih dah, lepas tu give up tak nak lah sambung masters sebab belajar susah. Masa tu fikir lepas kena marah @ masa kena buat balik paper research yang salah. Keinginan nak kerja selain pensyarah pulak timbul. Sebab degree finance, diploma banking cita cita nak jadi banker pulak. Sebulan lepas jadi banker, ok rasa penat cuak giler kena hadap muka customer (sebab jadi sales executive kan). 


Then sambung pulak masters.



Perjalanan masters penuh airmata. Give up kadang kadang. Disebabkan masters penuh airmata, tekad dah dalam diri walau apapun berlaku nak jadi pensyarah jugak. Sebab rasa payah kan nak dapatkan masters. So bila dah dapat masters demand nak jadi pensyarah up lah kan.




Then dapatlah rezeki jadi pensyarah sambilan. 




Kau rasa apa? 
Baru tahu erti penat lelah belajar sebab nak mengajar. Semua benda kena ada dalam otak. Hari hari otak kena function. Sebab lecturer kan hebat bab menjawab soalan dari students.
Hari hari hadap buku sampai khatam bab demi bab. Rasa otak dan badan rehat hanya time tido sahaja. Masa drive pun tengah pikir pasal schedule. Prepare things before class itu harus kena ada.




Memang penat. Tapi suka.
Sebab minat.

No comments: