Pentingnya sesebuah pengalaman itu sebab ia membezakan kita dengan orang lain.
Saya bagi contoh seperti ini, saya dan sahabat sama sama pergi interview utk jawatan sales executive.
Pointer degree saya hanyalah biasa biasa. 3 lebih lebih je. Dekan pun sekali je.
Sahabat tu pointer kelas pertama. Berbeza kan? Saya nampak macam tak rezeki, sebab mesti company akan pilih orang yang resultnya hebat.
Tapi yang berlaku adalah saya yang berjaya. Kenapa?
Pointer tak hebat macam sahabat. Bezanya kami adalah dari segi pengalaman. Saya ada pengalaman. Pengalaman yang sangat biasa. Saya pernah jadi sales promoter kedai jam dan pernah juga jadi jurujual kat kedai telefon. Masa saya kerja dulu orang cuma pandang bagai budak baru habis SPM yang resultnya tak boleh masuk universiti.
Sedangkan masa tu saya kerja sambilan saja, kebetulan cuti semester.
Tapi pandangan orang tetap selekeh kan. Tetap rendah.
Tapi dek kerana pengalaman itulah membezakan saya dengan sahabat. Dia cemerlang tanpa pengalaman. Saya pula result lulus dengan baik dan berpengalamn. Industri akan memilih seseorang yang berpengalaman. Walaupun tarafnya SPM tapi pengalamannya bagus, tetap akan dipilih. Percayalah
Faham kan betapa bernilainya sesebuah pengalaman?
Bagaimana nak dapat pengalaman?
Usah memilih kerja. Kerjalah apa sahaja walaupun gajinya kecik, tapi pengalaman yang korang akan dapat itu tiada ternilai. Kerja apa sekalipun korang haruslah kreatif. Jangan hanya sebab nak dapat gaji. Tapi fikirlah bekerja untuk mendapat rezeki serta ilmu.
Contohnya, yang saya dapat ialah ilmu untuk memasarkan produk. Saya belajar macam mana nak tarik pembeli untuk membeli dengan kita walaupun kedai sebelah jual benda yang sama. Macamana adab dengan pelanggan, cara nak layan pelanggan, cara memujuk. Itu perlu ada skills.
Carilah pengalaman sebanyak mungkin. Sebab pengalamanlah akan membezakan awak dengan sahabat awak. Pengalaman tak boleh dibeli taw, pengalaman itu kena datang bila awak buat dan awak lalui pahit manis nya.
Sebab tulah orang kata pengalaan itu berharga :)
No comments:
Post a Comment