She is ADILA ...

Wednesday, October 14, 2015

Kelebihan Part time Job

Sesetengah orang tak suka pada kerja sambilan. Macam tiada masa depan bila kerja sambilan sahaja.
Lebih baik cari kerja tetap yang punyai gaji tetap bulanan.


Saya juga mula mula fikir sama macam tu.
Tapi bila dah terjebak dengan part time job ini rasanya lebih menyeronokkan.
Dulu dulu saya pernah jadi photographer sambilan. Pernah juga shoot untuk wedding.
Masa tu saya masih student. Then bila dapat pula offer untuk shoot second time terpaksa tolak,
Sebab timing tak kena. Ada final tak silap saya.


Sekarang ini terjebak lagi dengan part time job.
Setiap hari Isnin saya jadi tutor utk Finance subjek kat Universiti Malaysia Kelantan.
Hari hari lain saya bebas buat aktiviti saya sendiri.
Seperti hari ahad, selasa dan khamis saya jadi runner. 
Runner hanya makan masa 10-15 minit sahaja.
Tugas saya hantar parcel ke pejabat pos laju. 


Bayangkan kalau saya jadi runner utk 5 pihak. 1 pihak sekali hantar barang RM 10. 
Kalau 5 pihak saya dapat RM 50 utk kerja dalam masa 10-15 minit sehari.
Kalau penghantaran setiap 3 kali seminggu saya dah dapat RM 150 seminggu.
Belum campur gaji saya jadi tutor yang dibayar Rm 50/ untuk sejam. 
Sehari saya perlu mengajar 4 jam, so dapatlah RM 200.


Bagusnya kerja part time ini sebab 
1# tak terikat dengan jadual
2# boleh buat banyak kerja 
3# income masuk dalam banyak cara 


No comments: