She is ADILA ...

Sunday, February 19, 2012

Isteri untuk Akhirat


Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: “Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.”

Friday, February 17, 2012

Bersyukur sebab Kita Sempurna

Sepintas lalu saya terfikir utk coretkan satu cerita. Cerita yang saya lalui sejak 3 bulan lalu. Dikelilingi orang ramai setiap hari. Dibasahi dengan pelbagai gelagat, cerita masing masing. Kadang kala tersenyum, kadang kala perasaan marah menerpa. Bagai menumbuk numbuk dada. Bengang seketika bila didatangi dengan gelagat yang kurang waras cerdiknya itu.

Orang kurang siuman !

Itu yang saya cuba gambarkan disini. Tidak semestinya imej yang dibawakan itu comot, kotor, berbau najis. Tidak! Ia juga hadir seindah indah rupa manusia. Namun kurangnya dari segi akal pemikirannya. Kadang kadang berfikir terlalu mendalam boleh menyebabkan fikiran itu dibawah keadaan kurang siuman. Maaf. Saya bercerita tentang satu kisah benar.

Ia berlaku apabila saya mengenali seorang lelaki yang agak warak. Penampilan yang menunjukkan dia seorang ustaz atau ahli agama. Kata-katanya sering berunsurkan agama. Pada mulanya saya kurang percaya dia mempunyai sedikit masalah mental. Namun, setelah saya amati dengan jelas dan mengenalinya dalam tempoh masa 3 bulan. Ya saya mengakui. Dia mengalami sedikit gangguan mental. Mungkin disebabkan dia terlalu taksub dengan penghayatan agamanya. Atau .... entahlah.

Ramai. Terlalu ramai penduduk di Malaysia mengalami masalah mental. Angka bilangannya semakin hari semakin bertambah. Kadang kala saya terfikir mengapa kejadian seperti ini berlaku. Adakah kerana tekanan yang menghimpit diri kita yang semakin hari semakin membebankan. Atau adakah kerana kurangnya ilmu agama di dada sehingga kurangnya nilai sabar dalam diri. Entah. Cuma semakin hari saya berasa semakin bersyukur kerana masih hidup dalam keadaan sempurna. Ucaplah Alhamdulillah ... semoga Tuhan semakin mempermudahkan urusan duniawi kita. Amin, mudah mudahan.

Ijazah Sarjana Muda - Mac 2012

Alhamdulillah. Syukur.

Tahniah. Anda berjaya ditawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) (Kewangan) bagi Sesi Mac 2012 ... bla bla blaaaaaaaaa 

Tak dapat nak gambar perasaan masa tu. Tuhan jer tahu betapa hilangnya debaran yang memuncak sejak seminggu lalu. Masa tu jam baru pukul 4.56 petang pada petang 2 Februari lepas. Nak klik "Setuju Terima Tawan" xdapat. Bila jam tepat pukul 5.00 petang, server terus down. ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee . yang penting result dah tahu. Orang first saya call ialah Abah. "Abah cakap kat mak tu dapat UiTM KB .. Finance". Tu pesanan ikhlas dari penaja oke. Sebab pagi pagi lagi mak pesan dapat tahu result call mak. Jadi orang pertama ialah abah mak. Next along yang jauh di Sungai Buloh. "Along.. ai dapat KB oke. Goodbye. Tak jadi Puncak Alam". Along frust ! katanyer* Next sang kekasih. "B ... ai dapat KB laaa. oke nak tinggal u dah. Tata !". Sang kekasih renung alam. Hai ... selamat dapat KB. Kalau dapat jauh tidak ker naya nanti. Silap aribulan dia pasang lain =)

Kawan kawan share ... eh dapat situ. eh ko dapat mane? eh aku dapat sini. ting tong ting tong ! sampai malam

Masa tu xtahu cerita pom ada yang tak dapat. Then bukak FB kat umah. Tengok ada sorang classmate tengah online. Tanye dapat mane. "EH .. KITA TAK DAPAT. bla blaaaaa blaaaaaaaaaa" Terkedu ! Tak tahu pape nih. Mane informer? Awat aku sorang jer tak tahu ade yang tak dapat. Hitung hitung rupanya ramai jugak yang tak dapat. Mood berubah. Mau taknyer... 3 tahun bina persahabatan, bina cita cinta ... tengok tengok ade yang tak dapat sambung. Tipu tak sedih. Sedih! Selidik punya selidik ... UiTM perketatkan sikit pengambilan ISM dek kerana lebihan yang amat. Dalam hati, alhamdulillah ! Dapat jugak tempat di UiTM. Kalau tak, akulah orang yang paling tak sedar diri masa frust. Apepun life must go on. Cuma hard sikit sebab keterujaan nak sambung dan impikan "Gerenti dapat". Semua orang macam tu kan.

Buat yang sedang mendaki utk habiskan diploma tu, haaaaa sini akak nak cakap korunk study rajin rajin. Sesal takkan datang dulu sebab dia dah cakap Sesal tu datang kemudian hari.
 

AJL 26 : Gaun Alyah memikat hatiku =)

Menarik. Itu kata kata pertama keluar dari mulut saya. Teruju bagai nak tahu bagaimana tema air ini disatukan di atas pentas megah itu. Nampak pelik atau makin menarik? Ternanti nanti juga bagaimana reaksi pada yang hadir. Nampaknya ia POSITIVE ! Accepted =) *thumbs up*

Pembukaanya sudah cukup menarik. Artis artis elegance berkongsi pentas! Keterujaan mendengar gemersiknya suara Jamal Abdillah mengalun lagu. Hadirnya Ratu Jazz menggamit pentas. Kencangan lagu Awie buat mata penonton terpaku seketika. *bermetafora sekejap* Namun hakikatnya pembukaan itu telah menunjukkan sesuatu yang luar biasa akan berlaku. Opsss saya sudah sengih sengih tidak sabar nak tengok AJL berlangsung.

Mata fokus dari satu lagu ke satu lagi. Tidak berganjak sedikitpun. Paling memukau pandangan ialah gaun Alyah. Penyampaian lagu Kisah Hati amat bekesan. Ditambah pula dengan gaya ala ala Barbie Doll. Wahhhh ... nak pakai gaun ni ... nak pakai gaun ni *amatlah tidak sedar diri*.

Sang kekasih sempat cakap "xpe nanti kahwin awak pakai macam tu k" (pemberi harapan dan pemusnahnya)

Oke oke ... yang penting lagu Beribu Sesalan sangat sangat best. Ditunggu tunggu juga bagaimanalah agaknya 3 Suara malam ni. Nampaknya rona unggu tidak begitu berkesan di hati ini *maaflah*. Tetapi tetap memuja 3 Suara ketika semi final AJL aritu. Rona hitam mengusik kalbu. (Fanatik hitam)

Ok. Pasrah Awan Nano menang. Tapi tidak menidakkan kemenangan itu. Ia wajar menang. Simple tapi mendalam. Terkesima tatkala mendengarnya. Ok ok ok ... mula minat Awan Nano #

ok bye ~ frust jugak !

p/s: hampir sebulan AJL berlalu baru nak hapdet. nampak sangat AJL begitu berkesan rite! opssssss bukan berkesan tapi disebabkan pemalas yang amat. titik.

Mini Bajet Kahwin buat pembaca sekalian

Kenapa saya buat mini bajet kahwin? Haaa tertanya tanya bukan... Sekadar ingin berkongsi apa yang saya perlu dikongsi saja. Saya nak kahwin? Oppsssssssssss ... itu lambat lagi. Jom kita selidik sikit ---->

Mini Bajet Kahwin Cara Simple !

1. Kad kahwin - opsss anda tidak perlu berbelanja mewah ye. cukuplah sekadar lengkap tertera apa yg dikehendaki saja. tidak perlu berbelanja besar untuk kad kahwin. lebih jimat, gunakan saja 1 kad utk kedua dua belah pihak. untungkan? print saja sebanyak mana yang anda mahu. lebih banyak anda print, lebih untung. beserdahanalah utk buat kad kahwin. tahukah anda jemputan hanya membaca seimbas lalu saja kad kahwin anda. opsssssss itu hakikat ! sama seperti anda bukan =)

2. Door gift - jadi keutamaan berbelanja besar utk meniru sebahagiaan golongan artis. sekarang sudah menjadi satu trend bagi door gift berbentuk cawan, replika atau sebagainya. alahai .... jangan membazir. lebih elok letakkan saja coklat, kek kecik, jeli warna warni. itu lebih sesuai diberikan kepada tetamu. tambahan pula diberikan pada si cilik. pasti tersenyum bila mendapat hadiah comel comel berbentuk makanan. pasti ia tidak merugikan. percayalah ....

3. Pelamin - kata orang sesekali berbelanja besar tidak mengapa. pasal pelamin itu atas kehendak dan citarasa masing masing. bagi saya cukuplah ia simple tapi menarik. bagi saya, ianya bagai pelengkap gaya untuk bergambar. ahhh ... untung dapat saya kan. tidak terlalu bergaya dalam sesetengah aspek. ini adalah dari cara mak say ! heeeeeeeee

4. Fotographer - perlu ke? bagi saya tidak perlu sesuatu yang protokol. cukuplah sekadar mengambil gambar dari ahli keluarga sendiri. ianya tidak nampak asing dan janggal. lebih mesra adalah .... bergambar dari semua sudut beramai ramai. pasti menyeronokkan.

5. Hantaran - mengikut bajet yang sedia ada. pastikan ia tidak menjejaskan kedudukan ekonomi anda. diingatkan ! bukan esok saja anda akan hidup. kehidupan selepas berkahwin perlu diambil kira juga. ingat yer.


Kenapa perlu adanya aspek pembaziran dalam perkahwinan? Listkan betul betul. Insyaallah ianya tidak akan jatuh kepada pembaziran. Pembaziran itu amalan syaitan bukan. Berbuat amallah dalam setiap tindakan. Insyallah pasti mendapat keredhaanNya.

Perkahwinan yang terbaik adalah perkahwinan yang diredhai olehNya. Sama sama kita mendoakannya amin... =)

Nafas baru ... cerita baru

Alhamdulillah sudah masuk tahun kedua menghamparkan diri di permaidani yang beribu ribu corak. Salah satunya corak yg saya cinta. Permaidani apakah yang dimaksudkan in? Ohhh .. pasti anda hairan bahasa apakah yang semakin hari semakin pelik saya gunakan? Permaidani yang saya hamparkan ada sebuah blog yang pemilik tetapnya adalah saya sendiri. Sudah lama memikirkan cara apakah yang akan menampakkan penulisan itu hebat. Lalu saya fikirkan sesuatu.


Nah ............... satu latar belakang yang jelas nampak matang. Usai dengan usia yang menjengah 22 tahun.



Lagi satu .... namanya jua ! Saya letak ia biar nampak agak klasik. Elegan bukan?


Entah. Ini yang saya fikirkan. Mungkin selepas melihat blog isteri kesayangan Ally Iskandar yang nampak hebat walaupun simple. Tidak terlalu over. Tidak terlalu biasa. Kata katanya penuh hikmah. Mungkin ia akan jadi dorongan buat saya.

Terimalah. Teratak Kasih .... utuh buatmu sayang ! lengkap saya sediakan buat penggemar kaki pusing pusing di blog saya. Assalamualaikum.

Lelaki ini ...

Entah mengapa hati seakan akan berbunga berlagu kecil sewaktu namamu di sebut sebut. Penangan apakah ini? Siapa dia yang pernah membuka luas pintu hati ini setelah robek robek hatiku dihiris hiris kecil? Mengapa dia? Mengapa bukan yang lain? Yang cintanya hanya sekadar mainan. Yang cintanya akan ku balas dengan kecurangan. Yang cintanya tidak setia padaku.

Mengapa? Mengapa lelaki ini hadir terlalu cepat?

Lelaki ini adalah lelaki yang mengajar aku erti cinta. Sejatinya hanya ikhlas terdampar untukku. Sayangnya yang dilabuhkan di hati sepiku ini. Kasihnya yang utuh segar di sanubari ini. Yang mimpinya sama dengan mimpiku. Yang hatinya berbisik mengalun lagu serupa denganku. Lelaki ini ! Ya ... lelaki ini yang terpahat di hatiku.

Ya Allah .. Kau satukanlah hati ini jiwa ini biar ia indah dan bahagia seperti yang Kau janjikan ~