sengaja saya update entry ini. comei kan? kamu pernah terima hadiah secomel ini? haaaaaaaaaa ... yg pernah menerima pasti teruja dengan kecomelan cupcakes itu. tambahan pula hadiah dari sang kekasih ! wah ... romantis sangat. yang pasti saya masih belum mendapat hadiah secomel ini hahaha... tapi keterujaan utk menghadiahkan kepada yang tersayang membuatkan saya cepat cepat search maklumat utk gift comel ini.
kawan kawan, jom view sedikit info tentang kek comel ini :
Kek cawan (Inggeris: cupcake, fairy cake) ialah kek kecil yang disediakan untuk seorang dan biasanya diletakkan dalam cawan kertas. Seperti kek besar yang lainya, aising dan lain-lain hiasan, seperti taburan diletakkan bersama kek.
Kek ini selalunya disediakan semasa berlangsungnya suatu sambutan, seperti majlis hari jadi. Kek cawan adalah pilihan mudah bagi kek kerana ia tidak memerlukan pinggan, perkakasan, atau membahagikanya kepada beberapa bahagian kerana saiznya yang agak kecil. Kek cawan yang pertama, dicipta pada awal tahun 1800-an.
Kek cawan biasa selalunya dibuat menggunakan bahan yang sama seperti kek biasa yang mana mengunakan bahan seperti mentega, gula, telur dan tepung.
info: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kek_cawan
walaupun penghasilan sejak dari tahun 1800-an, namun di Malaysia sekitar 3-4 tahun kebelakangan ini baru timbulnya penghasilan kek cawan yg comel ini. ia kelihatan comel dan sangat sesuai dihidangkan dalam pelbagai jenis majlis, tidak kira ianya berbentuk koporat ataupun majlis keraian. masing masing cuba menghidupkan motif majlis dan diberi gambaran di atas kek cawan itu.
dekorasi kek cawan yang boleh menambat hati semua peringkat usia. boleh dihidangkan di majlis hari lahir, majlis perkahwinan, malahan untuk makan petang yang simple. ia juga boleh didekorasikan mengikut citarasa masing masing. seperti contoh :
yang pasti kehadiran hadiah secomel ini pasti akan membuatkan hati si gadis berbunga riang. jadi si kekasih haruslah pandai mencari hadiah utk diberikan kepada yg tersayang. sekurang kurangnya ia dapat mengukirkan senyuman di bibir pasangan anda ! Selamat mencuba =)
*image by Google
*image by Google
No comments:
Post a Comment