She is ADILA ...

Thursday, November 10, 2011

Hargailah kasih sayang perempuan itu

Kamu tahu ?
perempuan itu bersedih sedih seharian mengenangkan nasibnya yg tidak begitu indah lagi. hampir setahun dia mengabdikan diri menyintai kamu sepenuh hati. tapi kamu... bagai bermegah diri bila dapat melukakan hatinya. tegarnya kamu !

Kamu tahu ?
hatinya berbunga tatkala kamu ucapkan kata sayang, cinta padanya. tak terdetik sedikit pun dihatinya utk berpaling tadah. baginya, kamulah yg paling dicintai. si dia berterus terusan pikat hatimu dengan berikan kasih sayang sejati. tapi kamu, sanggup mencurangi !

Kamu tahu ?
saat kamu memperkenalkan si dia kepada kawan kawanmu atau keluargamu, dia sudah mengimpikan kehidupan yg lebih baik denganmu. si dia bukan hanya menjanjikan percintaan semata mata. si dia sudah berfikir bilakah kamu ingin melamarnya. di hati sudah terucap kata kata bahagia di sampingmu. tapi kamu .... bukan sekadar si dia sahaja kamu perkenalkan pada keluarga dan kawan kawanmu, tapi hampir semua perempuan kamu bawa !

Kamu tahu ?
bila kamu tidak menelefonnya atau bertanya khabarnya, hatinya sudah gundah gelana. makan tak mahu, tidur tak nyenyak. seharian memikirkan kamu, keadaan kamu, mengapa kamu melayannya sebegitu. ahhhh .... serba tidak kena. tapi kamu ... entahlah. barangkali kamu sedang dating !

Kamu tahu ?
ketika dia suka bercerita, dia mahu kamu memberikan respons terbaik dengannya. dia sedang menilai kamu adakah kamu mampu dijadikan pendengar yg terbaik buatnya. tapi kamu, sesedapnya mengata si dia banyak mulut, kuat membebel !

Kamu tahu ?
seharian dia dirumah, dia suka berbual tentang kamu pada keluarganya atau teman rapatnya. apa saja cerita tentang kamu disampaikan. jangan bimbang si dia tidak akan memburukkan kamu. malahan sentiasa memuji kamu itu ini . tapi kamu, seakan akan menyorokkan dia dari pengetahuan teman rapatmu atau keluargamu. bagai si dia tiada dalam kamus hidup kamu saja !

Kamu perlu tahu tentang itu ... sebab si dia tidak akan meluahkan ia dengan kata kata tapi hanya dengan perbuatan yg melambangkan KASIH SAYANGNYA ~

 

No comments: